Masak telur rebus adalah cara yang paling senang untuk mak-mak lakukan. Hanya masukkan air dan telur. Tunggu mendidih dan masaklah. Namun ada juga mak-mak yang nak cepat, guna cara ‘shortcut’.
Begitulah, kalau ada cara yang paling cepat dan jimat masa, sudah tentulah mak-mak akan lakukan. Tanpa sedar, cara yang mak-mak buat ini boleh bahayakan keluarga bila ambil makanan ini.
Salah satunya adalah masak telur dengan campurkan dengan makanan lain. Walaupun kita dah basuh telur itu, tapi ia belum tentu bersihnya. Mungkin ada lagi sisa-sisa kotoran yang tka terlihat dan boleh membawa kepada penyakit bawaan makanan.
Inilah yang dikongsikan oleh Dr Azila Mohd Kasim yang mengambil info dari My Portal Health. Tak perlu nak jimat masa tapi ia memberi kesan dan masalah kesihatan lain.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Telur Tahan Lama, JANGAN BASUH Kecuali Simpan Dalam Peti Ais, Elak ‘Pencemaran Silang’
Telur Jadi Ringan, Berbau ‘Tembelang’ Bila Simpan Lama, Jangan Pandang Ringan TARIKH LUPUTnya
Info Lebih Menarik DI SiNI
Tip seperti masak telur dalam nasi, masak telur dalam mee dan sebagainya banyak berlegar-legar di media sosial.
Betul ia menjimatkan masa namun perlu dititik beratkan juga kebersihan dan keselamatannya. Pastikan cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
Ini kerana jika pengendalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan
Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteria Salmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria tersebut.
Terdapat 2500 spesies Salmonella yang dibawa oleh haiwan ternakan dan haiwan-haiwan liar. Haiwan ternakan seperti ayam, itik atau spesies burung yang dijangkiti oleh bakteria Salmonella boleh merebak hingga ke dalam isi telur yang dihasilkan.
GEJALA/TANDA
Gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut:
• Cirit-birit
• Kekejangan pada perut
• Demam tinggi antara 39.4 – 40 oC
• Kurang selera makan
• Sakit kepala
• Selema dan batuk
• Pendarahan usus
• Mudah letih
• Ruam pada kulit
.
KOMPLIKASI :
Komplikasi serius berikutan daripada simptom awal yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya mungkin akan membawa kepada pendarahan usus yang biasa akan muncul pada minggu ke-3.
Selain itu, kanak-kanak atau bayi akan mengalami komplikasi gangguan pada otak yang berkemungkinan akan mengalami sawan.
Oleh yang demikian, semua individu perlulah segera mendapatkan rawatan awal sekiranya gejala atau tanda jangkitan bakteria salmonella berlaku.
RAWATAN
Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari.
Namun begitu, langkah-langkah berikut perlu diambil sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:
• Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
• Elakkan mengambil antibiotik kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama.
Walau bagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
• Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
• Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.
.
PENCEGAHAN :
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan prosedur selamat bagi pengguna serta pengendali makanan berasaskan telur.
Berikutnya merupakan beberapa langkah yang boleh diambil:
Pengendalian makanan berasaskan telur:
Hati-hati, beringat sebelum terkena.
Kalau makan untuk diri sendiri mungkin tidak mengapa. Masalah akan timbul jika makanan yang dimasak untuk buat jualan..risiko tetap ada.
Mingguan Wanita : Hati-hati ye mak-mak, rebuslah seperti biasa, tak perlu nak campurkan dengan makanan lain. Lebih selamat.
Sumber: Dr. Azila Mohd Kasim & Portal MyHealth
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita