Bimbang dan ingin elak buah mangga termahal di dunia dicuri, sepasang suami isteri nekad upah empat orang pengawal keselamatan dan enam ekor anjing untuk menjaganya.
Maklumlah buah mangga jenis ini jarang-jarang ditanam di India dan harga juga sangat mahal. Oleh sebab itu pemilik pokok ini nekad bertindak sedemikian rupa.
Berikutan buah mangga premium Miyazaki Jepun termahal di dunia ditanam di Jabalpur India, pemiliknya terpaksa menggunakan khidmat enam ekor anjing menjaga tanaman tersebut.
Kisah menarik ini menjadi tular di laman sosial apabila pasangan suami isteri, Rani dan Sankalp Parihar turut mengupah empat pengawal keselamatan bagi melindungi dua pokok mangga yang kini sedang berbuah dalam kuantiti tujuh biji dan setiap satunya dianggarkan berharga Rs 21,000 (RM1,173), lapor Hindustan Times.
Dua pokok itu telah ditanam beberapa tahun lalu setelah mereka membeli dari seorang lelaki ketika dalam perjalanan menaiki kereta api ke Chennai.
Pada mulanya, Parihars terkejut apabila mendapati pokok mangga itu mengeluarkan buah dengan warna, saiz berbeza dari kebiasaan dan menyedari buah tersebut adalah yang paling mahal di dunia serta jarang ditemui.
Justeru, mereka nekad untuk mengupah pengawal keselamatan bersama anjing bagi mengelakkan buah berkenaan dicuri serta mengekalkan kualiti.
Mereka juga dikatakan mahu melindungi mangga tersebut agar dapat menghasilkan lebih banyak anak pokok pada masa akan datang.
Baca Juga Di sini:
Mangga, Super Hebat, Ada Lebih 20 Vitamin & Mineral Berbeza!
Pulut Lemak Mangga, Campur Beras Sikit, Dah Masak Disenduk Tak Melekat
Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman
Mangga Miyazaki yang jarang ditanam di India dinamakan ‘Taiyo no Tamago’ atau Telur Matahari.
Buah ini pernah ditawarkan harga 500,000 Yen (RM18,450) dalam acara lelongan di pasar borong di wilayah Miyazaki pada tahun lalu.
Mangga itu biasanya mempunyai berat lebih dari 350 gram dan mengandungi kandungan gula 15 peratus atau lebih tinggi.
Mingguan Wanita : Harga mahal seperti ini sudah pasti rasanya sangat sedap. Harapnya pemilik ini dapatlah menjual buah mangga premium ini kelak.
Sumber: Sinar Online
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial