Bimbang dan ingin elak buah mangga termahal di dunia dicuri, sepasang suami isteri nekad upah empat orang pengawal keselamatan dan enam ekor anjing untuk menjaganya.
Maklumlah buah mangga jenis ini jarang-jarang ditanam di India dan harga juga sangat mahal. Oleh sebab itu pemilik pokok ini nekad bertindak sedemikian rupa.
Suami Isteri Nekad Upah 4 Pengawal Keselamatan 6 Anjing
Berikutan buah mangga premium Miyazaki Jepun termahal di dunia ditanam di Jabalpur India, pemiliknya terpaksa menggunakan khidmat enam ekor anjing menjaga tanaman tersebut.
Kisah menarik ini menjadi tular di laman sosial apabila pasangan suami isteri, Rani dan Sankalp Parihar turut mengupah empat pengawal keselamatan bagi melindungi dua pokok mangga yang kini sedang berbuah dalam kuantiti tujuh biji dan setiap satunya dianggarkan berharga Rs 21,000 (RM1,173), lapor Hindustan Times.
Dua pokok itu telah ditanam beberapa tahun lalu setelah mereka membeli dari seorang lelaki ketika dalam perjalanan menaiki kereta api ke Chennai.
Elak Buah Mangga DiCuri
Pada mulanya, Parihars terkejut apabila mendapati pokok mangga itu mengeluarkan buah dengan warna, saiz berbeza dari kebiasaan dan menyedari buah tersebut adalah yang paling mahal di dunia serta jarang ditemui.
Ads
Justeru, mereka nekad untuk mengupah pengawal keselamatan bersama anjing bagi mengelakkan buah berkenaan dicuri serta mengekalkan kualiti.
Mereka juga dikatakan mahu melindungi mangga tersebut agar dapat menghasilkan lebih banyak anak pokok pada masa akan datang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Cara tanam taugeh dalam bekas air kotak recycle ini ini sebenarnya unik dan mudah saja. Masa yang diperlukan untuk menuai hasil pun cuma 4 hari saja. Selepas belajar tip mudah tanam taugeh ini, anda pasti takkan buang ke tong sampah lagi bekas air kotak saiz besar yang sudah kosong.
Sebabnya cuma dengan bekas air kotak, kacang hijau dan air anda dah boleh tanam taugeh sendiri dan nikmati hasil yang memuaskan. Inilah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Nadiah.Beliau praktiskan cara mudah ini dan hasilnya boleh dapat sebesen taugeh yang boleh bertahan 2 ke tiga hari.
Cara Tanam Taugeh Dalam Air Kotak Recylce Saiz Besar
Mula-mula sediakan 1 senduk kacang hijau, 1 kotak besar bekas air kotak.
Kemudian, kerat sedikit bucu air kotak supaya air boleh keluar selepas di siram.
Haa.. inilah buat macam ni nak tanam taugeh. Bersihkan dulu kacang hijau. Masukkan kacang dalam lubang air kotak itu sampai habis.
Siram kacang.
Biarkan air keluar habis. Letak dalam kedudukan macam ni. Jangan bagi air bertakung nanti taugeh jadi buruk.
Tip: Siram lebih 5 kali sehari dan ulang 3 hari berturut-turut. Taugeh yang ditanam nanti akan bercambah dalam bekas air kotak recycle itu dengan banyaknya.
Selepas hari ke-empat dah boleh dituai. Macam inilah nanti hasil tanam taugeh yang mak-mak dah cuba di rumah.
Tip Simpan Taugeh Mak-mak Wajib Tahu
Selepas dituai, rendam dalam air dan simpan dalam peti sejuk.
Ia boleh bertahan selama 2 ke 3 hari.
Cara tanam taugeh ini juga boleh dipraktikkan dalam bekas yang lain, cuma mak-mak perlu tutup rapat dan elakkan daripada cahaya mata hari. Tapi cara tanam taugeh yang Puan Nurul Nadiah kongsikan ini paling praktikal sekali. Mudah pun mudah!
Sumber/Foto: Facebook Nurul Nadiah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai yang terkesan akibat Covid-19, apabila kehilangan pekerjaan serta pendapatan. Terutamanya dalam bidang penerbangan cukup terjejas teruk. Kesedihan diberhentikan kerja yang dicintai pasti dirasai, namun perlu segera bangkit melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup apatah lagi pelbagai komitmen perlu dilangsaikan. Walaupun ‘kerjaya baru’ mungkin tidak setanding pekerjaan sebelum ini.
Maurice Maureen Avila, salah seorang bekas pramugari yang diberhentikan kerja pada 16 Oktober lalu selepas syarikat penerbangannya menanggung kerugian akibat COVID-19.
3 Tahun Jadi Pramugari
Avila mengakui merasa sedih selepas tiga tahun mencari rezeki sebagai pramugari, hingga menyebabkannya hilang selera makan dan menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.
Akur dengan apa yang terjadi, Avila bangkit dan meneruskan kehidupan dengan menjual tong gas (LPG).
“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.
“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.
“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Meskipun rutin hidupnya kini berubah, beliau menerima takdir dan selesa menjalani hidupnya kini dengan menjual tong gas.
MW:Jadi buat yang terkesan hilang pekerjaan akibat pandemik covid-19 ini, jangan berputus asa. Segeralah bangkit dan teruslah berusaha melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.Rezeki pasti ada di mana-mana.
‘Lahirkan bayi dalam usia 51 tahun.” Wanita hampiri menopaus teruja besarkan anak. Ini adalah keajaiban Tuhan bila wanita ini hamil dan selamat melahirkan bayinya dalam usia 50 tahun.
Seperti yang diketahui bahawa tahap kesuburan wanita berkurangan bila meningkat usia, namun apa yang berlaku pada wanita ini cukup mengagumkan.
Seorang wanita berusia 51 tahun di Amerika Syarikat berjaya mencapai impian untuk menjadi ibu setelah melahirkan dua anak ketika mengalami peralihan menopaus, lapor akhbar New York Post semalam.
Wanita dipanggil ‘Em’ itu berkongsi beberapa klip video dalam aplikasi TikTok mengenai pengalamannya menjadi ibu ketika sudah berusia dan menyukainya.
Dalam Usia 51 Tahun
“Keajaiban memang berlaku. Dia (anak) berumur satu tahun dan saya berusia 51 tahun.
“Melahirkan anak semasa menopaus adalah perkara terbaik pernah berlaku kepada saya!,” tulis Em dalam satu klip video di mana dia kelihatan gembira mendukung anak perempuannya.
Dalam satu klip video berasingan, Em menjelaskan bagaimana dia melahirkan bayinya pada usia 50 tahun.
“Saya tidak terlepas satu saat pun daripada detik-detik itu. Kehidupan bersamanya pasti akan menjadi perlahan dan akan menikmatinya,” katanya.
Video-video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
Teruja Besarkan Anak
“Saya berusia 43 tahun dan ingin berkahwin semula serta mahukan seorang anak. Ini menunjukkan impian saya tidak mustahil. Saya gembira untuk kamu,” kata seorang netizen.
“Ibu saya melahirkan saya ketika berusia 50 tahun. Saya adalah antara kanak-kanak yang paling bertuah,” komen netizen lain.
Em mengandung pada usia 48 dan 49 tahun. – Agensi
Mingguan Wanita : Dikurniakan cahaya mata adalah momen terindah dalam hidup seorang ibu apatah lagi di saat dia memasang impian untuk memiliki anak.
Pengasuh didakwa bunuh anak jagaan 3 tahun, menangis teresak ketika dibawa ke mahkamah. Esak tangisan seorang suri rumah yang menghadapi tuduhan membunuh anak asuhan...