Elak Bayam Brazil Dimakan Ulat, Tanam Bawang Putih Sekali, Siput Pun Lari

Share

Tanaman bayam brazil anda diserang ulat beluncas, guna saja petua bawang putih ini. Bukan sahaja ulat, siput pun tak berani dekat. Memang kecewa bila hasil tanaman kita yang kita bela siang dan malam dimakan ulat beluncas atau siput.

Selalunya pokok sayur yang daunnya hijau seperti bayam brazil dan lebat menjadi mangsa ulat dan siput. Mungkin petua ini dapat membantu mak-mak yang berhadapan degan masalah yang sama.

Ikuti perkongsian Suzurina Binti Muda di Group Beginner Tanam Pokok & Sayur ini:

PETUA BAWANG PUTIH, RUGI TAK BACA..

Assalamualaikum WBT…

Ini cara saya tanam bayam brazil dengan bawang putih, cucuk saja bawang putih seulas-seulas atau satu labu bawang putih pun boleh. Kadang saya beli yang sudah siap kupas itu saja, terus cucuk dekat pokok bayam brazil.

Macam saya buat itu (seperti dalam gambar), nanti bawang putih akan naik hidup sama dengan pokok bayam itu. Masa tanam pokok cili awal-awal pun saya buat macam ini. Boleh juga buat macam ini dekat pokok-pokok yang lain.

Dapat Petua Bawang Putih Dari Youtube

Sebenarnya, saya dapat video sharing ini dari youtube.
Dulu saya blender bawang putih dan spray pada pokok. Agak renyah jadi lama-lama tak terbuat dah, sejak jumpa video itu, ini saja yang saya buat.

Sebelum ini tak boleh makan bayam brazil tu, penuh dengan ulat beluncas halus, geli pulak. Siput pun tak suka kot bau ni, sebab selepas letak bawang putih, tak ada lagi siput halus-halus termasuklah yang besar-besar.

Bau Bawang Putih Elak Ulat & Siput

Bukan binatang lari, hantu pun lari bau bawang putih ni.

Alhamdulillah, sekarang ini dah cantik bayam brazil saya..

Semoga bermanfaat ilmu ni dari saya.

Sila share ok.

Terima kasih admin.
#PKPP2020

MW: Semoga petua bawang putih ini dapat membantu mak-mak di rumah bagi menyelamatkan pokok bayam brazil yang dimakan ulat dan siput.

Sumber: Suzurina binti Muda

Published by
Nur Syazwani Mehat