Orang Melaka yang ingin menikmati keenakan hidangan Mexico yang halal, kini tidak perlu pergi jauh. El Ocho Mexican Eatery kini telah membuka cawangannya di Negeri Bersejarah itu.
El Ocho Mexican Eatery bersama MN Coffee baru-baru ini membuka pintu restoran dan kafe baru mereka yang terletak di No 35, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, Melaka.
Memilih lokasi strategik di tengah Bandaraya Melaka, restoran dan kafe ini bakal menjadi antara tarikan gastronomi terkini untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan Mexico serta gabungan kopi yang sememangnya sukar untuk dilepaskan.
Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan menu yang kaya dengan pelbagai pilihan, termasuk tacos enchiladas, dan quesadillas, yang semua disiapkan menggunakan bahan-bahan segar dan rempah asli.
Gabungan ini juga mempromosikan inklusiviti budaya, memungkinkan orang Malaysia dari berbagai latar belakang untuk menikmati masakan Mexico dengan lebih selesa, kerana El Ocho Mexican Eatery merupakan kafe milik penuh Bumiputera dan halal.
Antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan di El Ocho Mexican Eatery termasuklah Pulled Beef Tacos, satu hidangan Mexico yang menawarkan kombinasi tekstur lembut daging yang telah dimasak perlahan dan kekayaan rasa yang luar biasa.
Setiap hidangan didatangkan dalam portion hidangan sederhana dan mudah disesuaikan dengan pelbagai selera dan bahan tambahan. Tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan popular di El Ocho Mexican Eatery. Malah, setiap menu yang terdapat di El Ocho Mexican Eatery telah digabungkan dengan citarasa tempatan untuk memenuhi selera tempatan.
Bercerita soal dekorasi pula, El Ocho Mexican Eatery mengetengahkan konsep dining yang santai dan mesra keluarga untuk menikmati hidangan istimewa bersama-sama dengan gabungan rona yang terang dan pastinya membangkitkan selera.
Meskipun ruang dalaman agak sempit, namun pelanggan boleh menikmati hidangan di El Ocho Mexican Eatery ataupun bersebelahan dengannya iaitu di Malaiqa by Gula Cakery yang juga merupakan milik Gula Cakery.
Nikmat Secawan Kopi
MN Coffee, di sisi lain, akan menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal. Kedua-dua tempat ini dirancang dengan suasana yang nyaman dan dekorasi yang menarik, menciptakan ruang yang sempurna untuk makan santai atau bersantai sambil menikmati kopi.
Tambah Arieni lagi, El Echo Mexican Eatery ditubuhkan selepas salah seorang cef di Gula Cakery Group mempunyai kemahiran menyediakan hidangan Mexico. Memandangkan dirinya juga amat meminati hidangan Mexico yang kaya dengan kepelbagaian rempah ratus, El Echo Mexican Eatery dibuka secara rasminya pada 2022 di Setia Alam, Selangor.
“Setiap menu yang terdapat di El Echo Mexican Eatery dihasilkan melalui proses R&D bersama team Gula Cakery yang berkebolehan dalam pelbagai jenis makanan. Manakala El Ocho pula bermaksud “Nombor 8”yang melambangkan gabungan lapan individu penting di dalam team El Ocho Mexican Eatery,”ujarnya mengakhiri perbualan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI