Jejari kentang goreng memang antara makanan yang disukai oleh ramai kanak-kanak bahkan orang dewasa pun suka kan? Memang ralit bila makan sebagai kudapan saat menonton TV, bersembang dan sebagainya. Biasanya stok jejari kentang ini memang ada di dalam peti sejuk, yang dibeli di pasar raya. bila nak, keluarkan dan goreng.
Namun, tak sama yang dibeli di luar dan dibuat sendiri. Bila buat sendiri daripada A-Z, mak-mak boleh tahu apa kandungan di dalamnya. Taklah risau kot ada bahan pengawet atau bahan perasa tambahan yang berlebihan. Tak gitu?
Ha…Sekarang anda boleh buat sendiri jejari kentang goreng di rumah. Ikuti perkongsian daripada Nurul Ain Syed Mohd (fb: https://www.facebook.com/ainsyeh). Cuba tau, rugi tak cuba! Rasanya sama sedap yang dibeli di restoran makanan segera kat luar tu! Yang pasti, lebih sihat ye!
Beberapa biji kentang – Tak kisah berapa biji
Beberapa biji limau nipis
2-3 sudu makan tepung jagung
Sedikit lada sulah – pilihan
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Potong dulu kentang ikut selera masing-masing. Nak cantik, potong seperti dalam gambar menggunakan pemotong besi bergerigi. Kemudian basuh bersih beberapa kali.
Nak lagi rangup dan pejal (tak lembik), rendam dengan air yang bercampur dengan air perahan limau nipis selama 5-10 minit. Ada beza tau jika tak rendam dan bila direndam ye. Toskan.
Setelah itu di dalam periuk, panaskan air dan tambah garam sikit. Rebus kentang tadi separuh masak, anggaran sekitar 5 minit (jangan lama-lama nanti hancur). Angkat dan toskan. Sejukkan. Pindahkan dalam bekas/mangkuk yang sesuai dan pastikan dah tos betul-betul tau (tak berair).
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng jejari kentang hingga masak. Selebihnya boleh masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak goreng.
Tadaa! Dah siap. Enak dimakan dengan sos sebagai kudapan pada bila-bila masa saja. Anak-anak gerenti suka! Mak ayah pun suka kan?