Eina Azman Mohon Doa “Berharap Selepas Pembedahan Ini Sakit Saya Akan Hilang Selamanya”

Share

Datin Paduka Eina Azman mohon doa, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 26, menerusi entri di akaun Instagramnya mendedahkan sebelum ini dirinya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016.

Pembedahan biopsy merupakan satu prosedur pembedahan dengan mengampil sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.

Eina Azman Mohon Doa

Malah Eina juga tampil berkongsi situasi kesihatannya yang terkini. Menurut isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini, dirinya baru tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu pembedahan, semalam.

“Salam semua, alhamdulillah selepas lebih enam jam akhirnya saya bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej bertanyakan kenapa saya tidak berkongsi apa-apa berita di Instagram.

“Dan ramai yang ingin tahu saya sakit apa. Sejak akhir-akhir ini saya akui kurang sihat.

“Saya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016. Dan sakit saya masih tidak hilang.

Sebelum Ini Masih Bengkak & Sakit

“Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.

“Saya berharap selepas pembedahan ini sakit saya akan hilang selamanya. Doakan saya,” mohon Eina seperti mana yang ditulis di akaun Instagramnya.

“Tidak Bermaksud Menyinggung Sensitiviti Sesiapa” Eina Azman Akui Ada Masalah Kesihatan“

‘Saya Tukang Masak Harian Keluarga..’ Kata Rafflesia, Yang Juga DP Eina Azman

“Mummy Selalu Pesan IKAT PERUT SUAMI Dengan Air Tangan Sendiri” Eina Azman Anggap Ibu Idol

a

Rakan Selebriti Doakan Kesejahteraan Kesihatan Eina

Sumber / Sumber Foto : Instagram Eina Azman

Mingguan Wanita : Semoga Eina Azman cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Published by
Norhayati Binti Suboh