Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelakon Edika Yusof sekitar jam 10 pagi bagi menyelesaikan tuntutan cerai yang dibuat oleh isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47.
Mengakui masih cuba menyelamatkan perkahwinan yang terbina 22 tahun namun dirinya reda jika di pihak isteri masih mahukan perceraian.
Memetik video dikongsi Media Hiburan, jelasnya dia masih berusaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina.Malah dirinya mengakui mahu memohon kerjasama pihak mahkamah untuk sesi kaunseling dan nasihat pakar.
Mendakwa isterinya menghidap meningitis iaitu jangkitan kuman ke otak sekali gus membabitkan kesihatan mentalnya, Edika turut berharap isterinya mendapatkan rawatan dan nasihat pakar.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya.-Edika Yusof Pernah Alami Anxiety. Pendam Sendiri, Tak Ada Tempat Luah.
“Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan sebab apabila membabitkan isu mental, kita serahkan pada yang pakar. Kalau dia (isteri) tak okay juga, kita berikan apa yang dia nak (bercerai).
“Kalau orang dah minta cerai, kita tak nak teruskan, buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang dan saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga.
“Kita kena mengikuti kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita. Apapun, mungkin ada silap saya dan untuk itu, saya pun tidak menyalahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tapi dia (isteri) yang tak nak,” katanya.
Kisah rumahtangga pasangan ini menjadi tumpuan kerana dilihat dirinya kekal setia menjaga isteri yang kurang upaya walau menyedari dirinya boleh mencari yang lain.
Pada 24 Mac lalu, peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Menurut Mohd Yazid, mahkamah menetapkan tarikh hari ini sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama pada bulan lalu. Tidak diketahui sebab utama Nor Hidayah menuntut cerai, hari ini keduanya hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes mereka.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nasrulhaq yang dilihat menemani ibunya di mahkamah hari ini selain Fereena Nurulhaq.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.