Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah  Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelakon Edika Yusof sekitar jam 10 pagi bagi menyelesaikan tuntutan cerai yang dibuat oleh isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47.

Mengakui masih cuba menyelamatkan perkahwinan yang terbina 22 tahun namun dirinya reda jika di pihak isteri masih mahukan perceraian.

Edika Berusaha Selamatkan Perkahwinan

Memetik video dikongsi Media Hiburan, jelasnya dia masih berusaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina.Malah dirinya mengakui  mahu memohon kerjasama pihak mahkamah untuk sesi kaunseling dan nasihat pakar.

Mendakwa isterinya menghidap meningitis iaitu jangkitan kuman ke otak sekali gus membabitkan kesihatan mentalnya, Edika turut berharap  isterinya mendapatkan rawatan dan nasihat pakar.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Anggap sahaja ini hadiah hari lahir saya.-Edika Yusof Pernah Alami Anxiety. Pendam Sendiri, Tak Ada Tempat Luah.

Ads

Isteri Edika Yusof Fail Cerai “Kalau Saya Sudah Sampai Ke Tahap Pergi Ke Mahkamah, Sudah Tentu Ada Sebab Yang Sangat Kukuh”

Edika Berusaha Selamatkan Perkahwinan, “Kalau Isteri Berkeras Cerai Saya Ikut Apa Dia Nak…

“Kalau Isteri Berkeras Cerai Saya Ikut Apa Dia Nak…

“Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan sebab apabila membabitkan isu mental, kita serahkan pada yang pakar. Kalau dia (isteri) tak okay juga, kita berikan apa yang dia nak (bercerai).

“Kalau orang dah minta cerai, kita tak nak teruskan, buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang dan saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga.

Ads

“Kita kena mengikuti kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita. Apapun, mungkin ada silap saya dan untuk itu, saya pun tidak menyalahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tapi dia (isteri) yang tak nak,” katanya.

Kisah rumahtangga pasangan ini menjadi tumpuan kerana dilihat dirinya kekal setia menjaga isteri yang kurang upaya walau menyedari dirinya boleh mencari yang lain.

Pada 24 Mac lalu, peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.

Menurut Mohd Yazid, mahkamah menetapkan tarikh hari ini sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama pada bulan lalu. Tidak diketahui  sebab utama Nor Hidayah menuntut cerai, hari ini keduanya hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes mereka.

Ads

Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu  Fardeen Nasrulhaq yang dilihat menemani ibunya di mahkamah hari ini selain  Fereena Nurulhaq.

TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-

“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.

Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI