Ebit Lew Sayu Hati “Doakan Supaya Datuk M Daud Kilau Sihat, Diberi Kekuatan Umur Panjang”

Share

Seperti yang diketahui umum, keadaan kesihatan penyanyi jolokan Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 82, semakin uzur apabila diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lalu.

Penyanyi lagenda tanahair yang pernah masyhur dengan rangkaian lagu-lagunya seperti Sirih Pinang, Cek Mek Molek itu mempunyai kencing manis, jantung dan kini, kurang pendengaran. Beliau juga sudah tidak boleh berdiri lama, kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.

Ebit Lew Cari 100 Orang, Bekerja Di 10 Cawangan ElewsMart

Pesan Ebit Lew,”Belanja Atas Isteri & Keluarga SEDEKAH Paling BESAR Nilainya”

Datuk M Daud Kilau yang kini tinggal bersama isteri, Datin Rohani Awang Ngah, 63, dan anak lelakinya turut baru-baru ini menerima kunjungan dari Pendakwah dan Sukarelawan terkenal, Ebit Lew.

Seperti mana yang dikongsi di laman Facebook, Ebit Lew sempat berkongsi pengalaman semasa menziarahi Datuk M Daud Kilau.

Ustaz Ebit Lew Sempat Suapkan Makanan

“Sebak sayu hati rasa baru ziarah Dato M Daud Kilau dan datin di Bagan Datuk. Walau uzur beliau masih senyum ceria semangat melayan tetamu. Sedap laksa. Beliau berdoa bersama-sama tadi. Lemah lembut orangnya. Tak bagi kami balik kalau tak makan. Semua kru kena makan, saya suap beliau. Katanya kali pertama ni kena suap dengan ustaz.

“Doakan Saya Yer” Datuk M Daud Kilau

“Alhamdulillah saya berkongsi sedikit hadiah dengannya. Ulang-ulang cakap terima kaseh. Dan banyak sangat ni. Tak nak ustaz susahkan ustaz. Apalah sangat dengan hadiah berbanding doa dari yang baik dan mulia. Doakan saya yer. Doakan supaya Dato M Daud Kilau sihat dan diberi kekuatan umur panjang memberi manfaat untuk ummah dan ibadah.
“Tadi beliau sempat menyanyi bersama. Macam dengar dekat radio lagi. Sedap suara,” kongsi Ebit Lew.

Prihatinya Warganet, Doakan Datuk Cepat Sihat

 

Sumber/Foto: Facebook Ebit Lew
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Published by
Norhayati Binti Suboh