Tidak mahu memanjangkan perselisihan yang melanda dirinya, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuat pendekatan maafkan semua orang dan dirinya juga memohon maaf. Demi keharmonian dan tidak mahu memanjangkan sengketa.
Pintanya lagi agar semua bersatu hati. Kerana perselisihan yang berlaku ini tidak akan memberi untung kepada sesiapa pun. Malah, akan jadi lebih merugikan kepada diri sendiri.
Baca sini : 14 tahun jadi sahabat baik Ebit Lew, kes orang sakit hati, ugut tu perkara biasa.
Fahamkan perkongsian Ustaz Ebit Lew,
Saya benar-benar maafkan dari hati semua yang memfitnah dan menjatuhkan saya. Saya maafkan semua yang pernah panggil saya syaitan, dajjal, babi,bodoh, penunggang, dan lain-lain. Saya maafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah ayah saya,bidadari saya, dan anak-anak saya. Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila.
Saya dengan ini dari hujung rambut sampai hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja yang langsung atau tak langsung atas apa yang berlaku ini. Niat saya hanya nak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ye pada semua.
Saya berpesan pada diri saya dan kita semua supaya bersatu hati dan marilah kita bersama berdoa supaya Allah angkat musibah covid ini. Semoga Allah beri kekuatan pada barisan hadapan dan semua yang ditimpa virus ini sembuh. Berat keadaan negara kita semua.
Sedang kita berselisih begini ramai orang miskin dan anak yatim lapar. Ramai hilang kerja dan tempat tinggal. Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila 2 orang berselisih keduanya tidak untung. Tapi yang untung ialah syaitan.
Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya ya.
Cukuplah sampai sini ye. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat mak ayah saya.
Mingguan Wanita : Mendoakan yang baik-baik untuk semua.
Sumber/Foto : Ebit Lew
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW