Ebit Lew Beli Air 2 Lori, Agih Pada Tempat Terkesan Masalah Air

Share

Ada orang kata, biar tiada elektrik jangan tiada air. Sebab air ini satu keperluan penting untuk semua orang. Jadi, bila berhari malah kerap kali diuji masalah air, alangkah gundahnya hati.

Lagi-lagi isirumah yang ada orang tua sakit, anak-anak kecil, ahli keluarga ramai. Resahnya menunggu air tiba itu, Allah saja yang tahu susahnya macam mana.

Terkenangkan kesusahan orang ramai yang berdepan masalah air di Selangor, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew cuba membantu sedaya usahanya demi meringankan beban mereka.

Usahanya membeli dua lori air untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan pinggiran Batu Caves ini sesuatu yang wajar dicontohi oleh orang lain.

Beli Air Dua Lori Bantu Kawasan Masalah Bekalan Air

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan.”

Bagi memenuhi keperluan orang ramai yang terkesan ini, Ustaz Ebit mula keluar rumah sejak malam tadi. Malah, sampai ke pagi ini beliau masih berada di lapangan.

Kongsinya, “Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.”

Baca sini : Ustaz ada tak amalan supaya suami pandang saya

Dan ini yang menggerakkan hati Ustaz Ebit mahu memberi bantuan.

Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.”

Sebelum ini, Ustaz Ebit juga turut turun padang menyediakan pengangkutan bas untuk membantu mahasiswa yang terjejas untuk pulang ke kampung akibat pandemik Covid-19. Malah, turut membuka pasaraya mampu milik yang memudahkan belian barang harian untuk mereka yang kurang berkemampuan.

Ustaz Ebit Bantu Semua Orang, Tak Bezakan Kaum

Dan kerana, kerendahan hati inilah Ustaz Ebit Lew disayangi ramai. Malah, mereka yang pernah menerima bantuannya tahu Ustaz membantu siapa saja tanpa mengira siapa pun. Jika Allah gerakkan hatinya.. itulah yang akan Ustaz Ebit bantu.

Kata-kata Ustaz ‘Allah sayang kita’ itulah yang selalu disebut-sebut setiap kali ustaz jumpa siapa pun. Dalam tak sedar, kata-kata itu melekat sikit demi sedikit di hati kita. Untuk lebih berbuat baik kepada siapa pun. Kerana, Allah sayang kita.

 

Sumber/Foto : Ebit Lew

Published by
NETTY AH HIYER