Musim Raya ni mesti ramai mak-mak yang ada perancangan untuk nak tambah atau nak tukar barang kemas kan. Waktu Raya ni lah selalunya nak melaram dengan barang kemas baru. Salah satu cara yang biasa digunakan, jika tak berapa ada bajet beli barang kemas adalah dengan menukar emas lama atau ‘trade in’ dengan emas baru. Menurut perkongsian Norhana Binti Hashim
, sebenarnya mak-mak tak perlu pun trade in barang kemas untuk beli barang kemas baru kerana ia merugikan.“Ramai wanita yang suka trade in barang kemas. Tahukah anda? Perbuatan tersebut amat merugikan anda sendiri.Kenapa saya kata begitu?
Sebab bila kita trade in barang lama pada yang baru, aset emas kita tetap tidak bertambah malah berkurang. Selain itu perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar emas yang baru jika harga tukaran barang kemas kita rendah. Jadi disitu kita dah rugi besar sebenarnya.”
Jadi disini saya mencadangkan JANGAN TRADE IN!!
1. Bawa emas lama ke ArRahnu dan dapatkan wang tunai.
2. Bila sudah menerima wang tunai, anda boleh pergi beli emas baru dengan nilai wang yang kita dapat atau tambah sedikit bagi barang kemas yang nilai lebih dari nilai pajak sebentar tadi.
3. Jadi sudah boleh melaram dengan barang kemas baru.
4. Lepas raya,kumpul duit tebus semula barang kemas lama.
5. Bila dah tebus kita sudah menambah nilai asset kita.
6.Maka ulang langkah ini setiap tahun.
Maka tiap-tiap tahun boleh pakai barang kemas baru.
Senangkan? Aset pun semakin bertambah.
Semoga Bermanfaat & Selamat mencuba
Sumber:Norhana Binti Hashim