Musim Raya ni mesti ramai mak-mak yang ada perancangan untuk nak tambah atau nak tukar barang kemas kan. Waktu Raya ni lah selalunya nak melaram dengan barang kemas baru. Salah satu cara yang biasa digunakan, jika tak berapa ada bajet beli barang kemas adalah dengan menukar emas lama atau ‘trade in’ dengan emas baru. Menurut perkongsian Norhana Binti Hashim, sebenarnya mak-mak tak perlu pun trade in barang kemas untuk beli barang kemas baru kerana ia merugikan.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Ramai wanita yang suka trade in barang kemas. Tahukah anda? Perbuatan tersebut amat merugikan anda sendiri.Kenapa saya kata begitu? Sebab bila kita trade in barang lama pada yang baru, aset emas kita tetap tidak bertambah malah berkurang. Selain itu perlu mengeluarkan duit yang lebih untuk membayar emas yang baru jika harga tukaran barang kemas kita rendah. Jadi disitu kita dah rugi besar sebenarnya.”
Jadi disini saya mencadangkan JANGAN TRADE IN!!
Tapi Cuba teknik ini:
1. Bawa emas lama ke ArRahnu dan dapatkan wang tunai.
2. Bila sudah menerima wang tunai, anda boleh pergi beli emas baru dengan nilai wang yang kita dapat atau tambah sedikit bagi barang kemas yang nilai lebih dari nilai pajak sebentar tadi.
Ads
3. Jadi sudah boleh melaram dengan barang kemas baru.
4. Lepas raya,kumpul duit tebus semula barang kemas lama.
Ads
5. Bila dah tebus kita sudah menambah nilai asset kita.
6.Maka ulang langkah ini setiap tahun.
Ads
Maka tiap-tiap tahun boleh pakai barang kemas baru.
Senangkan? Aset pun semakin bertambah.
Info Ekstra!
Tempoh pajak di ArRahnu ialah 6 bulan.
Untuk pajakan emas kali pertama, Ar Rahnu biasanya beri 65% dari harga emas.
Pajakan untuk kali kedua Ar Rahnu akan beri 70% dari harga emas.
Jika mahu harga yang lebih tinggi, boleh pajakkan di Ar Rahnu Agro Bank, kerana boleh beri sehingga 80% dari harga emas.
Jika dalam masa 6 bulan tak berjaya tebus,boleh bayar bunga dan boleh sambung tempoh tarikh matang untuk 6 bulan lagi.
Isteri Dr Say, Dr Azura Abas sudah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3kg di Subang Jaya Medical Centre (SJMC). Dr Shazril Shaharuddin yang lebih dikenali sebagai Dr Say berkongsi bayi dan isteri yang bersalin secara caeser sudah dibenarkan pulang.
Bagaimana pun, dia perlu berdepan kemungkinan membayar bil bersalin dalam anggaran RM10,000 ke RM15,000. Sebaik bil diperoleh, jumlah sebenar rupanya mencecah RM20,000.
Resah betul nak sampaikan berita itu pada isteri. Sebolehnya tak mahu isteri tahu. Akhirnya bila dapat tahu, isteri pula rasa bersalah sampai berjurai air mata. Dan ini cara Dr Say pujuk dan tenangkan hati isteri.
Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan Tak Boleh Diganti
Setelah 4 hari warded, harini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesar, saya boleh agak-agak kosnya yakni dalam RM10k-15k. Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnya bang. RM20k total.
Saya jadi resah memikirkan bagaimana saya nak sampaikan nombor kepala 2 ni kepada bini. Bini start pushy-pushy tanya berapa bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampikan berita nombor kepala 2 tu kepadanya.
Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal.
Saya tenangkan bini “unny cube fikir balik, dengan 20k ni lah u berjaya gave birth to something yang teramat mustahil tuk kite dapatkan. Moreover cube u bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok.” Biniku berjaya ditenangkan.
Mungkin ada yang berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berado je tu.”
Tapi given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place.
Kepada yang mengenali kami mungkin tau kenape baby kami ni merupakan satu keajaiban buat kami. Kepada yang baru mengenali kami, meh saya simpulkan dalam satu part.
Saya dan bini berkahwin sejak 2014. Kami mengamalkan lifestyle yang agak sihat namun begitu kami tidak dikurniakan rezeki dari-Nya sehinggalah tanggal 10 Ogos 2018 pabila bini saya disahkan mengandung. Masa tu memang kami happy ke langit sebab yelah dekat 4 tahun kami menunggu.
Tup tap masa 27 minggu mengandung, bini saya mengalami pendarahan yang agak teruk sehingga dimasukkan ke wad. Happy ke langit kami kini bertukar suram menjulam kerana punca utama pendarahan tidak dapat diketahui walaupun baby aktif bergerak dan bini tak mengadu kesakitan.
Pregnancy diteruskan dan Alhamdulillah tiada lagi pendarahan. Namun begitu jatuh ditimpa tangga kami tidak berakhir di situ.
Tiba-tiba Denyutan Jantung Baby Merudum..
Due date baby lahir sepatutnya 17 Mei 2019. Tiba-tiba air ketuban bini pecah sedikit awal on 5 Mei 2019 which is normal, cumanya tiba-tiba denyutan jantung baby merudum dan tuk mengelakkan baby lemas, pembedahan emergency cesarean harus dilakukan secepat mungkin. Semasa operation didapati tali pusat mengikat leher baby kami teramat ketat tapi baby kami berjaya diselamatkan.
Sepatutnya end of story la kan? No peeps, mase tengah operation tu jugak, pakar menemui banyak lekatan di organ-organ dalaman bini disebabkan bini saya pernah undergo operation tuk burst appendicitis mase dia berumur 17 tahun.
Pakar sendiri terkejut akan bagaimana bini saya boleh hamil kerana lekatan terlalu teruk yang menganggu anatomi saluran peranakkan bini.
Kalau korang rase ni tak ckup miracle, tak tau nak cerita camane lagi dah. Syukur Alhamdulillah yang teramat sesangat kepada Allah atas pemberian terbesar dalam hidup kami ni. Sebenarnya kalau baby kami girl, memang kami nak namakan dia Mireille (miracle in French), tapi sebab boy nama tak abis pikiaq lagi huhu.
Kehidupan di Norway. Tiba-tiba terus rasa nak pindah ke sana terutamanya bila dengar kelebihan yang diperoehi oleh rakyat di sana. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Begitulah.
Bila dengar memang nampak keterujaan dengan cara kehidupan di Norway. Tapi kita tak tahu yang lain. Tak kisahlah yang penting ia memberi keberuntungan buat rakyat di sana.
Apa yang bestnya kehidupan di Norway ni? Cuba baca perkongsian daripada Mohd Fadzil Mohd Tahir, mesti terus rasa nak duduk sana ye.
Hari ni Aqeef buat IC Norway dengan Abah je… Mama kena hantar abang long dengan kak ngah pergi tadika pagi-pagi. Tak apalah, asalkan ada bekal susu, Aqeef takde hal la .
Lepas dah ada IC Norway, barulah boleh apply passport Malaysia dekat Malaysian Embassy di Stockholm, Sweden pula.
.
Abah cuti tak ingat dunia, enjoy terus. Tinggal terus pasal kerja kan. Tapi bila dah terbiasa dengan cara kerja Malaysia ni, hati tetap terfikir-fikir pasal kerja…
.
Padahal orang sini kalau cuti, memang betul-betul cuti, SV tak cari langsung, perkara urgent boleh bertukar jadi tak urgent sebab aku tengah cuti. SV cakap, kalau semua benda urgent, maknanya satu pun takde yang urgent sebenarnya… Dah cuti tu cuti je lah puas-puas..
So, kita enjoy la 2 minggu terakhir cuti ni.. Aydeen Nuh pun pagi tadi masa siap-siap nak pergi sekolah boleh pula dia cakap, “I don’t want to go to school, I want holiday”
Okay, set… Abah plan holiday 2 minggu…
Isteri Cuti Bersalin
Berapa lama dapat cuti kalau bini bersalin kat Norway???
Ada 2 situasi; si ibu bekerja atau tidak bekerja.
Untuk kes kami, Syikin Al-Hadad tak bekerja. Jadi government bagi cuti bergaji pada si ayah 2 bulan. NTNU pula bagi lagi additional 2 minggu. Puas hati…
.
Si ibu yang tak bekerja pula dapat duit poket 90,000 krones = RM 45,000 lump sum untuk perbelanjaan setahun. Lepas setahun, kalau si ibu masih tak bekerja dan jaga baby kat rumah, government akan bayar ‘gaji’ pada si ibu. Berapa banyak??
Tak nak bagi tahu lagi la sebab belum dapat lagi kan…
Kes kedua kalau si ibu bekerja, government akan bagi cuti bergaji selama setahun kepada pasangan suami isteri, kena kongsi la, kalau si ibu ambil 6 bulan, si ayah akan ambil lagi 6 bulan.
Bila cuti, kerja memang boleh ditinggal terus tak perlu sakit kepala nak kena buka email ke, kena jawab whatsapp boss ke. Tinggal je terus… Boss ke, colleague ke, client ke, memang tak cari kita langsung. Sebab diorang pun tak nak diganggu masa diorang bercuti kan. Ni baru betul-betul give and take…
Mingguan Wanita : Nampak syok sangat ni. Tapi kita tak tahu cara kerja kat sana atau peraturannya. Nak sedapkan hati. Tak kisah negara atau negeri lain pun, bersyukurlah. Kehidupan perlu diteruskan.
Pesanan buat mak-mak, cuba check dalam pantri ada tak terbeli sardin jenama TL Tan Lung dan jenama TLC ini. Jika ada, lebih baik buang. Manakala jika berura-ura nak beli sardin jangan terbeli jenama ini.
Ini kerana dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, telah menarik balik dua produk sardin dalam tin dari China. Iaitu Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC diarah ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Tidak Memenuhi Akta Makanan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata arahan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kepada dua syarikat pengimport sardin dari China iaitu syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd kerana produk yang diimport tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
“Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
“Pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran sentiasa dilakukan dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil,” katanya.
Temui Cacing Mati
Menurut beliau lagi, Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan yang menjadi viral di laman sosial berkaitan cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dalam tin dari negara China.
“Laporan itu menyatakan bahawa pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produknya dari pasaran selepas pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.
Jadi mak-mak mohon prihatin dengan sardin yang dibeli untuk hidangan keluarga iya. Jangan terbeli Sardin dua jenama ini.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.