Dulu Tiada Pilihan! Serap Segala Kesakitan Walaupun Bukan Penyebab Masalah, Sekarang Wanita Lebih Bijak

Share

Dulu wanita tiada pilihan! Mereka serap segala kesakitan walaupun mereka bukan penyebab masalah, tetapi sekarang wanita lebih bijak. Mereka lebih sayangi diri sendiri, memilih untuk mengutamakan diri sendiri.

Namun tidak bermakna wanita hari ini lebih pentingkan diri, sebaliknya wanita sekarang lebih rasional.

Menjadikan apa yang berlaku sebagai ujian, kemudian mereka terus bangkit dan move on demi diri sendiri dan masa depan.

Dulu Tiada Pilihan!

Kongsi Dr Saidatul Husna, dulu orang perempuan tiada pilihan, semua kesakitan mereka serap walaupun ada waktu penyebab itu bukan daripada mereka.

Sekarang orang perempuan sudah bijak, tiada siapa lagi boleh menyakiti melainkan mereka sendiri yang buka ruang untuk disakiti.

Dulu orang perempuan berharap agar dilimpahi kasih sayang daripada lawan jenis. Merayu rayu agar disayangi, diberi perhatian.

Setiap masa berangan supaya difahami. Akhirnya bila jangkaan itu gagal, mereka pun sakit. Mulalah memendam seorang diri.

Serap Segala Kesakitan Walaupun Bukan Penyebab Masalah

Hari ini mereka sudah bijak. Katanya sudahlah berharap kepada orang. Lebih baik jujur sahaja dalam hubungan, beritahu apa saja yang mereka mahu.

Jika masih diabai, tidak dipeduli, tak apalah mereka pilih untuk fokus pada ketenangan dan kedamaian jiwa sendiri.

Sekalipun sebagai isteri atau ibu, mereka masih tetap memilih untuk sayangkan diri sendiri dalam masa yang sama terus mengasihi anak, berkhidmat untuk pasangan dan keluarga.

Sekarang Wanita Lebih Bijak

Mungkin terlalu lama sakit dan kehilangan diri sendiri kan, jadi bila diberi peluang kali kedua, lebih baik bangkit sungguh sungguh.

Senyumlah yang paling manis untuk dirimu.

Hadirkan kepuasan apabila menabur bakti, menyayangi keluarga dan orang lain dalam masa yang sama kalian tidak lagi hilang nilai dan kasih sayang pada diri sendiri.

Berbahagialah. Kecantikan akan berseri secara luar biasa apabila kalian sudah mula menerima sepenuhnya siapa diri kalian.

.
Be kind to yourself, accept the real you and spread the love to everyone.

Senyum ya cantik!
Saidatul Husna
Jemput ke channel telegram saya untuk belajar ilmu berkaitan sayang diri t.me/ContentSaidatulHusna

Mingguan Wanita : Setiap manusia, ujiannya berbeza-beza. Tidak bahagia bersama pasangan, mungkin Allah telah aturkan yang lebih baik selepas penceraian berlaku. Begitu juga sebaliknya.

Sumber : Dr Saidatul Husna

 

Published by
Nur Syazwani Mehat