Ternyata memang benar hidayah itu milik Allah, siapa sangka daripada remaja yang suka melepak dan gemarkan lakukan aktiviti akhirnya berubah sejauh ini.

Oleh sebab itu jangan dikenang sejarah hidup seseorang sebaliknya lihatlah pengakhirannya kerana hidayah Allah tidak mengenal siapa.

Bayangkan, “Dulu tak tahu dosa pun kerana kami bukan dari keluarga alim. Terima kasih suami telah menarik saya ke jalan Allah.”

Kisah perubahan pasangan muda ini patut dijadikan iktibar dan mungkin memberi harapan pada mak,ayah di luar sana yang ingin berubah. Ikuti perkongsian Puan Ain Rosdi dan fahami mesej yang cuba dia sampaikan.

Kami Berubah Selepas Diijabkabulkan

“Kita berubah sama-sama ya”

“Awak jadi isteri saya satu hari nanti”

Berubah jadi seorang yang lebih baik sebelum diijabkabulkan. Alhamdulillah. Hidayah itu milik Allah.

Kami berdua dari keluarga yang biasa-biasa, dan hidup suka melepak, lagha waktu sekolah dulu tahun 2008. Tingkatan dua Ain sudah mula kenal husband (husband di tingkatan 4).

Kami Bukan Dari Keluarga Alim

Kami bukan dari keluarga yang alim dan kuat agama.

Bayangkan, dari seorang yang suka melepak dan lagha dengan dunia, kaki gamers, kuat merokok.

Tapi bila dia mula cari Allah, hidup dia berubah. Benarlah orang kata, hidayah itu milik Allah. Manusia adalah milik Allah. Nak dapat hidup yang lurus dan berkat carilah Allah.

“Dulu Tak Tahu Dosa Pun, Kami Bukan Dari Keluarga Alim”. Terima Kasih Suami!
Kredit foto: Fabebook Ain Rosdi

Sekuat mana sehebat mana pun ujian, bila kita berpegang pada agama dan sentiasa utamakan Allah, Allah akan kuatkan semangat kita kuatkan hati kita supaya tak goyah.

Makin lama kami berkawan, Ain nampak perubahan husband Ain, tiba-tiba dia belajar agama. Masa itu Ain tak tahu apa yang menggerakkan hati dia untuk belajar agama. Waktu umur dia 20/21.

IKLAN

Lepas dia belajar agama, husband start jaga solat. dia pernah hantar text “Kita berubah sama-sama ya.”

Baca Juga Di sini:

Gadis Mualaf Ini Bersungguh Belajar Membaca Iqra & Menulis Jawi, Bersyukur Hidayah Allah

8 tahun Jadi Artis Sendu, Hati Tak Tenang & Jiwa Kosong, Hidayah Allah Sangat Mahal 

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Dulu Dosa Pun Tak Tahu

Ain faham lah maksud dia. Kami punya sosial dulu, pegang tangan itu tak rasa apa dah. Tak tahu dosa pun “Dulu Tak Tahu Dosa Pun, Kami Bukan Dari Keluarga Alim”. Terima Kasih Suami! Tapi bila dia kata begitu, Ain faham yang dia nak kami sama-sama berubah ke jalan Allah.

Masa itu perasaan Ain happy sebab nampak husband Ain mula berubah ke arah kebaikan tapi Ain pula macam biasa hidup seperti selalu. Hanya pakai tudung tapi solat tetap tak jaga. Aurat pun tak jaga.

Hari demi hari dan tahun demi tahun nampak sangat perubahan husband Ain dan dia sangat istiqamah ke jalan Allah.

IKLAN

Dia selalu nasihat Ain apa yang Ain kena ubah. Sebab masa ini kami jauh, Ain study dekat Kulim.

Sampailah satu hari, ujian hebat buat hubungan kami. suami pesan “Jangan merayu pada manusia tapi merayulah pada Allah, Dia yang menggerakkan hati kita.”

“Dulu Tak Tahu Dosa Pun, Kami Bukan Dari Keluarga Alim”. Terima Kasih Suami!
Kredit foto: Ain Rosdi

Terima Kasih Suami

Dan sejak dari situlah Ain mula ubah diri Ain untuk dekat dengan Allah. Jaga solat jaga pakaian (apa yang husband Ain selalu pesan).

Alhamdulillah bersyukur sangat sejak itu Ain mula istiqamah dengan cara pemakaian dengan lebih tertutup.

Benarlah hidayah itu milik Allah. Kita diberi ujian kerana Allah sayang. Bila kita diuji tulah sebenarnya hidayah untuk kita. Untuk kita berubah jadi lebih baik.

Cari dia. Kita senang ke susah ke sentiasalah cari Allah, kerana Dia Maha Memberi Rezeki.

Jangan sangka orang yang jahat selamanya jahat dan jangan pula sangka orang yang baik selamanya baik. Kekadang yang jahat Ini bila diberi hidayah, dia lah yang sangat menjaga agama dia.

Kami Insan Terpilih, Allah Bagi Hidayah

Kami bukan dari keluarga yang warak tapi kami hanya insan hina yang terpilih diberi hidayah dari Allah.

IKLAN

Tak minta banyak, minta Allah kekalkan hati kami untuk sentiasa dekat dengan-Nya dan istiqamah ke jalan-Nya.

Ini jalan yang kami lalui, alhamdulillah sekarang sudah 4 tahun berkahwin dan ada tiga cahaya mata.

Doakan semoga Allah redha dengan perjalanan kami dan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke Jannah.

“Dulu Tak Tahu Dosa Pun, Kami Bukan Dari Keluarga Alim”. Terima Kasih Suami!
Kredit foto: Facebook Ain Rosdi

Suami Yang Menarik Untuk Kenal Allah

Terima kasih suamiku yang menarik aku untuk kenal Allah dengan lebih dekat. Yang banyak mengajar tentang agama. Semoga syurga buatmu dan jadikanlah aku bidadari syurgamu.

Insyaallah amin. *taip ni pun sambil meleleh air mata*

Buat awak diluar sana, sehina mana pun diri awak, jika awak nak berubah, ubahlah kerana Allah.

Manusia tak layak untuk menghukum. Jangan terlalu fikir apa yang orang akan kata tapi pandanglah Allah. Dia yang Maha Pengampun. Dia juga yang akan terima taubat kita bukan manusia.

Jangan takut berubah, takutlah jika Allah tak terima kita sebagai hamba-Nya. Allah sangat baik, carilah Dia.

Semoga apa yang kita niat untuk buat kebaikan Allah redha. Insyallah aamin! “Dulu Tak Tahu Dosa Pun, Kami Bukan Dari Keluarga Alim”. Terima Kasih Suami!

#Aieniqjourneysince2008
IG – https://www.instagram.com/ainrosdi94/
Telegram – https://t.me/LoveYourSelfWithAinRosdi

MW: Kisah pasangan ini sesungguhnya memberi inspirasi buat kita semua yang masih lagi ingin mencari jalan untuk dekat pada-Nya. Semoga Allah teguhkan hati kita dan terus istiqomah di jalan Allah.

Sumber: Puan Ain Rosdi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI