“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Artikel Berkaitan:
Sebelum Mula Deko, Buang Dulu Barang Rosak, Semak Mata Memandang
Kediaman Cantik Ikut Bajet Sendiri, Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis & Mudah Dibersihkan
Walaupun Kuarters Tetap Nak Hias Cantik-Cantik, 2 Minggu Deko Dapur BAJET
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padi
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Sumber : Siti Fatimah Ahmad