
Isi Kandungan
Toggle“Dulu rasa tak mampu.” Selepas 12 tahun, deko sikit demi sikit dan ini hasilnya. Memang cantik, kemas dan tenang mata memandang.
Perkongsian Puan Siti Fatimah Ahmad di pages Kelab Kaki Deko mendapat perhatian ramai kerana ilham dekorasi yang sedikit demi sedikit sejak 12 tahun lalu menghasilkan dekorasi yang sangat wow.
Rata rata komen dari netizen cukup teruja dan segelintir daripada mereka menjadikan Puan Siti Fatimah sebagai pemangkin semangat untuk mereka menghias kediaman sendiri.
Dulu Rasa Tak Mampu
Alhamdulillah…. Sikit demi sikit mendekorasi, selepas 12 tahun baru dapat hasil macam ini. Masa mula masuk rumah dulu, sofa pun tak ada.
Buat yang mana penting dulu macam kitchen cabinet, siling kapur dan grill. Perabot dan lain lain beli sikit, sofa pun beli yang terpakai.
Maklumlah sebab bukan berduit sangat. Tapi semangat hendak mendeko itu buat saya berusaha lebih dan jadikan motivasi untuk lebih bekerja keras.
Artikel Berkaitan:
Sebelum Mula Deko, Buang Dulu Barang Rosak, Semak Mata Memandang
Kediaman Cantik Ikut Bajet Sendiri, Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis & Mudah Dibersihkan
Walaupun Kuarters Tetap Nak Hias Cantik-Cantik, 2 Minggu Deko Dapur BAJET
Selepas 12 Tahun
Saya suka rumah yang bersih kemas dan cantik. Sebenarnya, harga perabot bukanlah ukuran tetapi kalau mampu apa salahnya demi kepuasan diri. Apa pun dekolah ikut kemampuan masing masing….
Ucaplah perkataan yang baik baik, insyallah mana tahu suatu hari nanti ada rezeki kita.
Deko Sikit Demi Sikit Ini Hasilnya
Saya dulu pun rasa tak mampu bila tengok sofa cantik, tapi saya berazam untuk dapatkan sesuatu.
Cukuplah coretan dari kami orang jelapang padielok dak deko kami hampa. Kami bukan tauke beras na, kami hanyalah suri rumah sambil berniaga online.
Komen Netizen:
Mingguan Wanita : Sebenarnya dalam dekorasi ini, paling penting adalah minat dan usaha. Walaupun tak mampu, usahakan deko mengikut kemampuan sendiri. Seronok bila balik ke rumah, rumah dalam kemas dan cantik.
Sumber : Siti Fatimah Ahmad
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Eksekutif Halal Ini Dedah Tip Makan Roti Canai Yang Bersih, Selamat Di Kedai

Isi Kandungan
ToggleSetuju kan, roti canai tu dah macam sarapan ruji rakyat Malaysia, selain nasi lemak dan kuih muih. Kadang itu tak cukup satu, ditambah lagi dua pinggan.
Sebab sedap punya pasal.
Suka atau tidak, sebelum nak nikmati roti canai itu, ada perkara yang mak ayah kena perhatikan betul-betul. Terutama bab kebersihan dalam proses pembuatan roti canai.
Kata, Penceramah bebas halal yang juga Mantan Eksekutif Halal, Ahmad Aminurrashid Abd Aziz (Murabbii Amin) ada tiga perkara berkaitan kebersihan yang perlu diambil kira.
“Amin, aku suka makan roti canai telur,” kata rahman kepadaku.
“Wah, aku pun suka. Tapi kenapa Rahman?”
“Jika telur itu tidak basuh, bagaimana ya?” Balas Rahman.
“Apa! Hahaha..”
Baiklah, hilangkan kegusaran hati itu mak ayah, hadamkan perkongsian tip-tip nak makan roti canai di kedai ini ya.
Praktik 3 Tip Ini Sebelum Makan Roti Canai Di Kedai
Pertama : Perhatikan Kebersihan Telur
Apa yang kita perlu tengok adalah telur.
“Peringatan” – Jangan tanya peniaga, telur dah basuh belum. Haha.. Nanti dia jawab lain.
Kebanyakkan telur yang tidak dibasuh kadangkala diletakkan di dalam bekas plastik untuk mengaburi kita. Bagi yang suka periksa, jelas ada calitan najis ayam pada kulit telur tersebut. Cara ini amat bagus, tetapi jangan la sampai bergaduh-gaduh. Tidak wajib pun kita usul, tuntutan sekadar biasa sahaja.
Baik.
Apa yang bahaya pada kulit telur yang kotor dan masih diselaputi najis ayam bukan saja membuatkan makanan menjadi tidak bersih, tetapi juga mengundang penyakit keracunan Salmonella dan boleh membawa kematian.
Ia, boleh membawa kematian akibat keracunan makanan.
Apabila telur ayam yang tidak dibasuh semasa pembuatan roti canai tersebut sekali gus turut mengotorkan tangan pengendalinya. Maka, pencemaran silang berlaku.
Tetapi peliknya, di situlah ramai pembeli yang beratur!
Manakala jika ia dah dibasuh, kebiasaannya peniaga akan meletakkan telur itu di dalam bekas plastik dan bukan dalam sarang telur.
“Ingat tengok di mana telur diletakkan.”
Kedua : Bagaimana Doh Diuli
Kebiasaanya untuk menghasilkan 200 ke 300 keping roti memerlukan doh dimuatkan sebesar besen untuk diuli.
Bayangkan, jika tiada mesin. Bagaimana cara doh itu diuli. Maka pelbagai cara dibuat. Mula-mula dengan tangan, selepas itu dengan siku. Dah lenguh semua, maka naik la poco-poco di atas doh itu. Ke kanan ah..ke kiri ahh..ke depan ahhh.. begitulah sehingga lembutnya doh itu.
Bab kata orang tua, sedapnya masakan disebabkan oleh air tangan pemasaknya.
Eeeee….
( Nota: Banyak kedai yang buat dengan kaedah yang betul, kene pandai pilih. )
Ketiga : Keadaan Penebar Roti Canai
Yang ini paling menarik.
Pernah dengar cerita roti canai paling sedap!
Sejarah menceritakan, ada satu kedai roti canai sangat popular (tempat dirahsiakan). Memang ramai orang yang pergi makan. Kira kalau makan sampai menjilat jari la. Sedap sangat.
Bagi sesetengah yang lain merasa memang pelik. Apa yang sedap sangat kedai itu.(Dipendekkan cerita). Akhirnya terbongkar la rahsia sebenarnya. Penebar roti itu memakai CINCIN BESAR pada jari kiri dia. Di situlah melekat “secret recipe” kesedapan roti itu.
Pergi tandas pun pakai, tebar roti pun pakai.
Gelikan!
Akhirnya, roti itu enak dimakan begitu sahaja, tanpa perlu kuah. Rasa masam.. pedas.. dan macam macam lagi. Haha.
Selain itu, tengok juga pada tangan penebar roti itu. Jika sebelah ada bulu dan sebelah lagi tiada bulu.. Mana hilangnya bulu tangan dia?
Jawapannya ialah, hilang semasa menguli doh tadi.
Haha..
Sebagai Pengguna, Kenalah Sentiasa Waspada
Kesimpulannya,
Tidak semua kedai seperti dalam penerangan. Ini hanyalah contoh-contoh. Tujuan saya kongsi adalah sebagai panduan untuk kita lebih berhati-hati.
Bagi peniaga pula, teruskan mengamalkan amal kebersihan yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hati-hatilah, apa-apa produk berasaskan telur seperti murtabak, kuih-kuih dan kuey teow.
“Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu.” (HR. Tirmizi)
Sumber/Foto : Ahmad Aminurrashid Abd Aziz
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Derita Patah Tulang Rusuk & Usus Pecah, Kanak-Kanak Lelaki 6 Tahun Maut Disyaki Didera Teman Lelaki Ibu

Isi Kandungan
ToggleAzabnya kesengsaraan fizikal yang ditanggung oleh anak kecil ini sebelum meninggal dunia akibat hilangya sifat perikemanusiaan seorang manusia.Dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus, itu penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak 6 tahun, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan, sehingga menemui ajal akibat disyaki didera oleh teman lelaki ibunya, kelmarin.
Terbongkar Selepas Bedah Siasat
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu terbongkar selepas pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu, semalam. Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul pada bahagian badan.
“Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis hari ini.
Azisman berkata mangsa telah meninggal dunia pada 4 pagi Rabu di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas tidak sedarkan diri dan muntah beberapa jam sebelum itu. Beliau berkata susulan kematian Mohamad Rayyan, polis telah menahan ibu mangsa berusia 31 tahun dan teman lelakinya yang berusia 26 tahun.
“Suspek serta ibu mangsa ditahan petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mempunyai 12 rekod lampau atas pelbagai kesalahan dan kebanyakannya membabitkan curi motosikal,” katanya.
Azisman berkata, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas pasangan itu bermula hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Ditemui Sihat Bulan Lalu
Sementara itu, bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi anak saudaranya pada Rabu.
“Rayyan dibawa ke hospital pada malam Selasa dan meninggal dunia beberapa jam kemudian.
“Saya hanya mengetahui dia dipercayai didera selepas laporan forensik yang dikeluarkan Hospital Sultanah Bahiyah pada 8 malam, semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hairil berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anaknya sekitar bulan lalu dan ketika itu keadaannya masih sihat.
“Saya berpisah dengan bekas isteri sejak tiga tahun lalu. Saya kerap berjumpa dengan Rayyan sebelum ini kerana dia tinggal dengan bekas mentua di Kampung Abi, di sini.
“Namun, sebulan lalu saya tidak dapat berjumpa dengannya selepas bekas isteri membawa Rayyan keluar dan tinggal dengan kekasihnya.
“Tetapi saya tak tahu di mana mereka tinggal kerana bekas mentua saya pun tidak dimaklumkan,” katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan tengah malam tadi Tanah Perkuburan Islam Kampung Abi Tok Hashim.
Semoga anak kecil ini dicucuri rahmat dan berbahagia disyurga hendaknya. Pesanan buat para wanita mahupun mak-mak, jangan sesekali sanggup ‘korbankan’ anak, pejamkan mata yang berlaku demi cinta buta. Anak kecil seharusnya disayangi dan dilindungi bukannya dijadikan tempat melepaskan segala amarah dan rasa benci.
Sumber: hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aktiviti Menarik Lagi Berbaloi Mak Ayah Boleh Gembirakan Hati Anak!

Isi Kandungan
ToggleHujung tahun, biasanya musim mak ayah luangkan masa bawa anak-anak pergi bercuti, jalan-jalan dan buat pelbagai aktiviti. Cuti sekolah yang berbaki hampir 2 minggu lagi ni, sebenarnya masih sempat lagi mak ayah nak gembirakan hati anak-anak.
Tak perlu pergi jauh pun, banyak sebenarnya tempat-tempat menarik boleh bawa anak-anak terokai pengalaman baru dan keseronokan bermain dengan pelbagai aktiviti best! Malah tak perlu risau ‘rabak poket’, mak ayah juga boleh banyak jimat tau, jika pandai cari dan beli tiket kemasukan secara online berbanding beratur beli secara walk in di kaunter. Ada caranya.. #JustKlookIt boleh nikmati penjimatan sehingga RM350!! Nak tahu lebih lanjut jom semak 5 aktiviti ini yang mak ayah boleh gembirakan hati anak-anak dan boleh dapat harga berbaloi-baloi.
Ini antara aktiviti menarik lagi berbaloi yang boleh dilakukan;
1. AQUARIA KLCC

Aquaria KLCC merupakan salah satu daripada 5 akuarium yang cukup terkenal di Asia. Mak ayah berpeluang membawa anak-anak menerokai lebih 20,000 hidupan, 250 spesies berbeza dari dalam dan luar negara, sekaligus mempelajari mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan laut.
Bayangkan dikelilingi pelbagai hidupan laut dan jerung apabila melalui terowong bawah air sepanjang 90 meter? Boleh melihat Sand-Tiger Sharks, Green Sea Turtles dan Red-Bellied Piranhas. Cukup menakjubkan! Pastinya anak-anak teruja dengan pengalaman ini.
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari: 10.00am-8.00pm (Kemasukan Akhir: 7.00pm)
Tak perlu beratur panjang, boleh beli tiket di SINI siap-siap, lebih jimat. Tunjuk je QR Code atau Printed Voucer masa nak masuk nanti.
2. SUNWAY LAGOON
Sunway Lagoon, Taman Tema WAJIB mak ayah kunjungi dengan anak-anak dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Baik anak kecil, kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Segala aktiviti cukup menarik untuk diterokai. Daripada keseronakan mandi manda di taman tema air Nickelodeon Lost Lagoon, mencabar dan menguji keberanian diri di Scream Park serta Extreme Park mahupun membawa mengenali lebih 150 spesies hidupan liar di Wildlife Park dan banyak lagi.
Dijamin, memang seronok! Pastikan simpan tenaga secukupnya dan bergembiralah sepuasnya bersama anak-anak disini.
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari: 10.00am-6.00pm
Setelah beli tiket secara online, tetap kena ambil tiket di kaunter untuk pas masuk. Harga berbaloi dan banyak diskaun bila beli di SINI.
3. SKYTROPOLIS INDOOR THEME PARK GENTING HIGHLANDS
Tak perlu risau nak bawa anak-anak bergembira atas sebab cuaca hujan atau panas. Skytropolis Indoor Theme Park Genting Highlands ini antara taman tema terbaru yang sesuai bawa anak-anak.
Dengan keluasan lebih 400,000 kaki persegi, taman tema seperti Tron ini mempunyai lebih daripada 20 permainan termasuklah yang mencabar dan yang mesra keluarga, sesuai untuk kanak-kanak dan semua peringkat umur. Dan semuanya berada dalam bangunan!
Namun, sebelum sampai ke taman tema yang terletak di First World Plaza ini, bagi anak rasai peluang menaiki Awana SkyWay gondola menikmati keindahan alam semula jadi. Mesti mereka seronok!
Waktu Operasi:
Dibuka Setiap Hari: 10.00am-10.00pm
21 Disember – 30 Disember: 10.00am – 12.00am
31 Disember 2019: 10.00am – 1.00am
Pastikan tempah tiket lebih awal ikut tarikh yang dirancang agar tak menyesal bila kehabisan tiket nanti. Boleh beli tempah di SINI untuk promosi diskaun yang ditawarkan.
4. KIDZANIA KUALA LUMPUR
Bermain sambil belajar! Di Kidzania, anak-anak berpeluang menerokai pengalaman pekerjaan sebenar, mengasah kemahiran, keyakinan diri, rasa tanggungjawab dan berdikari.
Terdapat lebih daripada 90 pekerjaan yang berlainan yang ada. Mereka boleh memilih menjadi pakar bedah, ahli bomba, wartawan, juruterbang, mekanik, model, doktor, pelukis dan pelakon serta banyak lagi. Malah siap diberi gaji dalam matawang KidZania yang digelar sebagai “kidZos” yang boleh disimpan di dalam akaun simpanan atau membelanjakannya di sana.
Anak-anak boleh tentukan bidang kerjaya yang diminati bila dah besar nanti dan merasai sendiri pengalaman pekerjaan tersebut. Pastinya memang menyeronokkan dan memberi inspirasi buat anak-anak nanti.
Waktu Operasi:
Ahad-Jumaat: 10:00am-5:00
Sabtu, Cuti Umum dan Cuti Sekolah: 10:00am-7:00pm
Tutup: Isnin (KECUALI Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
Kemasukan orang dewasa umur 18 tahun keatas perlu disertakan kemasukan kanak-kanak tanpa mengira peringkat umur. Boleh beli tiket di SINI untuk lebih banyak penjimatan dan berbaloi.
5. SUNWAY PYRAMID ICE SKATING
Inginkan kelainan, bawa anak-anak merasai sendiri pengalaman meluncur di gelanggang Sunway Pyramid Ice Skating yang bertaraf dunia ini. Jangan risau jika anak-anak masih beginner dan tak pandai meluncur buat kali pertama. Ada pelatih professional yang boleh membantu anak-anak meluncur dengan gembira dan yakin nanti. Aktiviti ini cukup menarik ia dapat memberikan kemahiran keseimbangan dan daya ketahanan buat anak-anak. Mesti kena cuba!
Waktu Operasi:
10:00am- 8:00pm (Isnin Hingga Jumaat)
9:00am-6:00pm (Ahad)
9:00am-9:00pm (Sabtu)
9:00am-9:00pm (Cuti Umum dan Cuti Sekolah)
Jangan lupa bawa stoking, sarung tangan dan esktra seluar nanti. Boleh nikmati pengalaman menarik ini dengan anak-anak, beli tiket di SINI. Jangan lupa tebus baucar di kaunter tiket untuk mendapat wristband bagi pas kemasukan.
Gembirakan Hati Anak-Anak Dengan Aktiviti Menarik Tanpa ‘Rabak Poket’? #JustKlookIt
Mak ayah boleh dapatkan pelbagai tawaran destinasi menarik yang menjimatkan dengan membuat tempahan pelbagai aktiviti istimewa ini di website KLOOK.Hanya dengan #JustKlookIt mak ayah dapat lebih banyak penjimatan tak perlu sampai ‘rabak poket’.
Tak perlu pening kepala merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman dengan anak-anak bukan sahaja di seluruh Malaysia tetapi juga destinasi luar negara.Ini kerana kebanyakan aktiviti yang ditempah pada hari yang sama mempunyai pengesahan pembelian serta-merta. Ini secara tak langsung membantu mak ayah merancang trip dan susun itinerari dengan anak-anak dengan lebih mudah.
Malah, tak perlu susah payah beratur panjang beli pass masuk dengan anak-anak bila beli secara walk in. Dalam erti kata lain #JustKlookIt boleh skip-the-queue privileges. Tiket pun tak payah print jika dah download apps Klook. Hanya tunjukkan tempahan yang dah buat di apps tersebut dan boleh terus masuk. Malah harga tiket pun lebih murah dan dapat diskaun. Mudah kan! Jimat masa.
Dengan #JustKlookIt ada lebih 100,000 tempahan aktiviti di lokasi tarikan perlancongan malah turut menyediakan perkhidmatan tempahan hotel, tiket masuk persembahan, taman tema, makanan dan minuman, pas pengangkutan, Kad Sim, WiFi dan banyak lagi di 350 destinasi dengan harga yang lebih menjimatkan! Menarik bukan!
JUALAN AKHIR TAHUN
Mulai sekarang sehingga 31 Disember rebut promosi #JustKlookIt nikmati penjimatan sehingga RM350!
Mak ayah boleh dapat diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM1,000 menggunakan kod promo: KLOOKIT100
Tak cukup dengan itu, nak lebih jimat lagi boleh dapat diskaun RM250 bagi pembelian minimum RM1,500 menerusi aplikasi mobile Klook di iOS dan Android dengan kod promo: KLOOKIT250
Bergantung pada terma dan syarat.
Sah untuk semua aktiviti KECUALI Tiket Universal Studio Jepun, Pas Ekspress, Swiss Travel Pass dan Swiss Half Fair Card.
Untuk maklumat lanjut mengenai Klook, follow mereka di Instagram dan Facebook hari ini, bagi tawaran dan promosi terkini yang sedang berlangsung.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI