wanita-hebat-asean

Jalan cerita setiap orang berbeza. Ada yang bermula dari bawah, dan ada yang sudah di atas. Ada juga yang di jatuhkan ke bawah dan naik kembali. Semangat tak pernah luntur itulah kuncinya.

Perkongsian Zunita Ramli akan kejayaannya hingga disenaraikan sebagai antara 10 wanita hebat ASEAN (negara-negara Asia Tenggara) menyuntik inspirasi.

Antara negara lain yang tersenarai dari, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myammar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Sebagai Pengasas Tokyo Organic HQ, beliau bekerja sama dengan syarikat-syarikat di Jepun malah perkongsiannya berkaitan negara matahari terbit itu seringkali tular di media sosial.

Dulu Ikut Abah Niaga Pasar Malam, Kini Tersenarai Antara 10 Wanita Hebat ASEAN

Dari Kecil Dah Biasa Ikut Abah Berniaga Pasar Malam

Sedar diri kau tu sikit

Benar, saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput je. Saya membesar dengan keringat arwah abah dan mak yang mencari rezeki besarkan saya.

Ads

Arwah abah, peniaga pasar malam je. Abah jual burger & ayam goreng. Seronok, sebab dapat makan burger dan ayam free. Hehe. Memang dari kecil, saya dah diusung ke sana ke mari dalam van dan dah biasa dengan panas terik, ribut petir masa berniaga.

Dan sampai sekarang, saya tak pernah malu nak mengaku benda tu.

Perjalanan Allah aturkan untuk saya, cantik sangat. Allah kurang kan kat sini, tapi Dia lebihkan kat sana. Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, tapi Allah anugerahkan saya minda yang baik.

Benda ni latih diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu. Nothing comes easy. I dont have anyone that can give whatever I want. I must work hard for it.

Baca sini : Dulu Hidup Susah, Pernah Terpaksa Jual Motor Nak Sara Keluarga

Ads

Pernah Ada Yang Nak Jatuhkan

Bila saya mula bisnes Tokyo Organic HQ, I know what I want. I want to touch billion of lives in this world with my products. I want to be a bridge between Malaysia, Japan and the world.

That’s why saya buat macam-macam kolaborasi dengan Tokyo Organic. Sebelum ni dengan syarikat Jepun, Salam Groovy Japan dan terbaru sekarang ni, koleksi raya TO x Tupperware Brands Malaysia dan TO x Nakanishi Wagyu . Bukan mudah nak yakin kan syarikat-syarikat ni bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang berlaku. Tapi Allah mudahkan jalan tu, alhamdulillah.

Tipulah kalau saya cakap sepanjang tu tak ada yang nak jatuhkan saya, nak musnahkan impian saya, nak runtuhkan semangat saya.. but they forgot what Allah had prepared me all these while. I may look soft from the outside but not from the inside.

Baca sini : Bermodal RM50 Mulakan Bisnes, Wanita Ini Mampu Menukar EX5 Menjadi Kereta Idaman

Ads

Dulu Ikut Abah Niaga Pasar Malam, Kini Tersenarai Antara 10 Wanita Hebat ASEAN

Antara 10 Wanita Hebat ASEAN

Dan bila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) di kalangan 10 wanita hebat ASEAN yang lain di Jepun oleh Asean-Japan Center , ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya.

I will never believe I have come to this stage. Jika saya beritahu diri saya yang umur 10 tahun dulu, saya takkan percaya saya sampai ke tahap ini. Yelah, orang kampung, sekolah kampung. Eh dulu pun tak reti cakap inggerishhh.

But now really.. nothing can stop me.
Because I believe,
The people who crazy enough to think they can change the world are the ones who do.

#CatatanZunitaDiJepun #TokyoOrganic

Mingguan Wanita : Bangga dengan kejayaan rakyat Malaysia di negara luar.

Sumber/Foto : Zunita Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI