Jalan cerita setiap orang berbeza. Ada yang bermula dari bawah, dan ada yang sudah di atas. Ada juga yang di jatuhkan ke bawah dan naik kembali. Semangat tak pernah luntur itulah kuncinya.
Perkongsian Zunita Ramli akan kejayaannya hingga disenaraikan sebagai antara 10 wanita hebat ASEAN (negara-negara Asia Tenggara) menyuntik inspirasi.
Antara negara lain yang tersenarai dari, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myammar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Sebagai Pengasas Tokyo Organic HQ, beliau bekerja sama dengan syarikat-syarikat di Jepun malah perkongsiannya berkaitan negara matahari terbit itu seringkali tular di media sosial.
Dari Kecil Dah Biasa Ikut Abah Berniaga Pasar Malam
“Sedar diri kau tu sikit”
Benar, saya bukan lahir atas dulang emas. Saya lahir atas lantai rumah papan yang hampir reput je. Saya membesar dengan keringat arwah abah dan mak yang mencari rezeki besarkan saya.
Ads
Arwah abah, peniaga pasar malam je. Abah jual burger & ayam goreng. Seronok, sebab dapat makan burger dan ayam free. Hehe. Memang dari kecil, saya dah diusung ke sana ke mari dalam van dan dah biasa dengan panas terik, ribut petir masa berniaga.
Dan sampai sekarang, saya tak pernah malu nak mengaku benda tu.
Perjalanan Allah aturkan untuk saya, cantik sangat. Allah kurang kan kat sini, tapi Dia lebihkan kat sana. Walaupun saya lahir dalam serba kekurangan, tapi Allah anugerahkan saya minda yang baik.
Benda ni latih diri saya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu. Nothing comes easy. I dont have anyone that can give whatever I want. I must work hard for it.
Bila saya mula bisnes Tokyo Organic HQ, I know what I want. I want to touch billion of lives in this world with my products. I want to be a bridge between Malaysia, Japan and the world.
That’s why saya buat macam-macam kolaborasi dengan Tokyo Organic. Sebelum ni dengan syarikat Jepun, Salam Groovy Japan dan terbaru sekarang ni, koleksi raya TO x Tupperware Brands Malaysia dan TO x Nakanishi Wagyu . Bukan mudah nak yakin kan syarikat-syarikat ni bekerjasama dengan kita, bermacam juga cabaran yang berlaku. Tapi Allah mudahkan jalan tu, alhamdulillah.
Tipulah kalau saya cakap sepanjang tu tak ada yang nak jatuhkan saya, nak musnahkan impian saya, nak runtuhkan semangat saya.. but they forgot what Allah had prepared me all these while. I may look soft from the outside but not from the inside.
Dan bila disenaraikan sebagai salah seorang Wanita Hebat (Fantastic Women) di kalangan 10 wanita hebat ASEAN yang lain di Jepun oleh Asean-Japan Center , ia memang sesuatu yang luar biasa bagi saya.
I will never believe I have come to this stage. Jika saya beritahu diri saya yang umur 10 tahun dulu, saya takkan percaya saya sampai ke tahap ini. Yelah, orang kampung, sekolah kampung. Eh dulu pun tak reti cakap inggerishhh.
But now really.. nothing can stop me.
Because I believe,
The people who crazy enough to think they can change the world are the ones who do.
#CatatanZunitaDiJepun #TokyoOrganic
Mingguan Wanita :Bangga dengan kejayaan rakyat Malaysia di negara luar.
Allahurabbi, malangnya nasib seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang kena cucuh api di kemaluan dan dirotan di bahagian kepala di pusat jagaan Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, Kuantan.
Kanak-kanak itu dikenakan hukuman tidak masuk akal oleh dua petugas pusat jagaan kanak-kanak, ini termasuk seorang lelaki dikatakan mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan.
Kejadian itu dilaporkan berlaku jam 7 malam dan disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial.
Apa yang difahamkan, kanak-kanak terbabit dipukul tanpa belas kasihan kerana melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar.
Bukan Nak dera Tapi Nak Ajar
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata dua petugas pusat jagaan itu sudah menghubungi bapa mangsa selepas menyedari video berkenaan viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Mereka sudah hubungi bapa kanak-kanak itu dan memaklumkan tindakan merotan mangsa dibuat sebagai proses pembelajaran, bukan untuk mendera.
Kalau ikutkan cerita, mangsa adalah anak tunggal dan sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rangin, tetapi dihantar ke tempat itu oleh bapanya selepas didapati tidak begitu berminat untuk belajar.
Pihak polis merampas rotan berukuran 58 sentimeter dan satu gunting rambut yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Mohamad Noor juga sudah meninjau pusat jagaan itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur penderaan cuba dilakukan terhadap mangsa.
Dua petugas pusat berkenaan yang berusia 42 dan 43 tahun ditahan jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan.
Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan pada bahagian punggung.
Manakala dua petugas pusat jagaan itu direman dua minggu bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
INFO: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Malang tidak berbau walaupun di rumah sendiri.Mohon mak ayah memantau pergerakan anak-anak kecil dimana sahaja mereka berada.Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian, pasti ada ‘kerja’ yang dibuatnya.
Seorang kanak-kanak di Sandakan terperangkap di dalam sebuah mesin basuh selepas dia memanjat mesin tersebut pagi tadi.
Kanak-kanak berusia tiga tahun yang dikenali sebagai Mohd Azam Razlan terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas terperangkap dalam bahagian pengering mesin basuh di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12 di Sandakan.
Kaki Terperangkap
Mohd Azam dikatakan bermain seorang diri dalam insiden pukul 10.30 pagi di rumahnya dan difahamkan mula menangis apabila salah satu kakinya terperangkap di dalam bahagian pengering.
Ibu mangsa yang terdengar tangisan anaknya itu bergegas membantu mengeluarkan kakinya tetapi gagal.
Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.43 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong bahagian pengering menggunakan peralatan khas” katanya.
Lebam Dikaki
Khatizah berkata kanak-kanak itu dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan hanya mengalami lebam di kakinya.Operasi mengeluarkan kanak-kanak itu selesai kira-kira pukul 11 pagi.
Alhamdulillah semuanya selamat. Buat mak ayah semoga lebih berhati-hati, mohon pantau keadaan anak-anak selalu dan jangan dibiarkan mereka bermain sendirian.
Hadiah hari lahir Sweet Qismina, Adam Lee ikat tali pertunangan. Wah sama cantik sama padan, semoga ikatan ini berakhir ke jenjang pelamin.
Mingguan Wanita doakan pasangan pelakon yang sudah menyulam percintaan selama tiga dipermudahkan jodoh mereka hingga ke tarikh pernikahan.
Sweet Qismina dan Adam Lee masing masing memuat naik gambar pertunangan di Instagram dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan suka melihat pasangan ini.
Seperti yang dimaklumkan, majlis pertunangan pasangan ini berlangsung pada 24 Oktober di sebuah rumah persendirian di Ampang dihadiri 20 orang tetamu di kalangan ahli keluarga masing masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hadiah Hari Lahir Sweet Qismina, Adam Lee Ikat Tali Pertunangan
Paling menggembirakan tarikh tersebut juga merupakab sambutan ulang tahun Sweet Qismina yang ke 24 tahun. Ternyata majlis pertunangan ini berganda kemanisannya buat gadis yang cukup ayu ini.
“Ini bukan babak penggambaran drama, tapi memang kami betul betul bertunang,” ungkap Sweet Qismina.
Peminat Sering Bertanya Bila Hendak Ada Ikatan
Pada majlis berkenaan, Sweet menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Adam.
“Lagipun peminat kami sudah lama menanti ada ikatan terjalin. Begitu juga peminat dari Indonesia yang bertalu talu tanya ‘kapan’ (bila) mahu ada ikatan sah.
“Jadi ini sebagai mukadimah sebelum kami melangkah ke fasa seterusnya,” kata Sweet Qismina yang telah lama merancang untuk mengadakan majlis pertunangan ini.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...