Hidup setiap orang tentu ada turun naiknya. Ketika diuji dulu hidup susah, wanita ini Ayda Rashidah Abd Rahman dan suami sampai terpaksa jual motor demi nak saya kehidupan keluarganya.
Malah, kereta yang ada pun dekat berbulan tak berbayar. Ibu anak tiga ini berkongsi perjalanan susah senangnya selepas berhenti kerja.
Hai, saya nak share story saya menjadi surirumah. Walaupun bukanlah fulltime tapi Alhamdulillah saya bersyukur sebab masa di rumah lebih panjang.
Saya Ex Staff KKM bahagian dental sejak tahun Ogos 2011- Mac 2021. Hampir 10 tahun saya berkhidmat bakti di KKM.
Alhamdulillah selepas fikir semasak-masak nya saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada cita-cita saya untuk menjadi usahawanita sepenuh masa.
Kenapa saya ambil jalan berhenti? Sebab perniagaan saya semakin berkembang dan perlukan perhatian lebih. Saya asalnya hidup susah juga dengan suami. Motor terpaksa jual untuk sara hidup. Kereta pun berbulan tak bayar. Sampai pernah terfikir untuk kerja selepas balik kerja.
Tapi aturan Allah itu lebih indah.
Saya ambil langkah pertama jadi Dship dan akhirnya ada empayar sendiri.
Menjadi surirumah itu bukanlah cita-cita tapi ia adalah kepuasan dalam hidup saya.
Uruskan anak-anak di depan mata. Itu kepuasan untuk saya.
Kalau sebelum ni, saya tak berapa endah sangat pasal keluarga sebab sibuk sekarang saya dah lebih banyak fokus pada bonding dengan anak-anak.
Saya memiliki 3 orang cahaya mata. 2 perempuan, 1 lelaki. 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun.
9 tahun berkahwin dengan lelaki yang sangat sempurna dimata saya. Susah dan senang dia sentiasa ada.
Orang cakap, anak-anak jangan dimanjakan. Saya tak manjakan mereka cuma saya lebih menghargai pemberian Allah yang saya rayu-rayu sangat untuk Allah bagi pada saya dulu walaupun satu.
Tapi Allah sangat baik. Sangat kaya. Bukan saya dapat satu, tapi tiga.
Saya pesakit PCOS both ovari & Ovarian Cyst. Setahun lebih saya turun naik pakar sakit puan untuk dapatkan anak pertama, sampaikan saya plan untuk ambil anak angkat. Setelah lakukan ujian klinikal dan makan ubat, saya belum hamil. Tapi Kuasa Allah kan. Saya hamil sendiri next cycle period tanpa ubat. Allahuakbar.
Hebat Aturan Allah untuk hambaNya.
Sebab itu saya belajar hargai. Hargai hadiah Allah bagi walaupun kadang-kadang saya bukanlah ibu yang sempurna. Ada khilaf dalam mendidik anak tapi saya cuba berikan kesempurnaan untuk mereka.
Terima kasih sebab sudi membaca coretan saya yang tak seberapa ini.
Saya masih belajar menjadi ibu yang kuat. Baru 7 tahun menjadi ibu. Masih baru lagi.
Mingguan Wanita : Kadangkala Allah uji hidup ini dengan bermacam kesukaran, kerana Dia nak beri kesenangan di penghujungnya.
Sumber/Foto : Ayda Rashidah, Mom of 3
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW