Dulu Duduk Rumah Buruk Beranai-anai, Hari Ini Wak Doyok Hadiahkan Ibu Sebiji Banglo Khas

Share

Sejuk perut ibu melahirkan bila mana anak terus berbakti pada ibu walau sudah berjaya dan kaya. Begitulah ikon fesyen termasyhur Wak Doyok yang dari mula menceburi bidang penuh glamor ini tak sesekali tersasar niatnya. Dari mula sampailah hari ini tetap diniatkan mahu gembirakan hati ibunya. Semua demi ibu.

Atas kemasan niat yang sebegitu, maka Allah permudahkan rezeki Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor pada hari ini, apabila dia dapat gembirakan hati ibu dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo yang dibuat khas untuk ibunya yang berusia 76 tahun.

Alhamdulillah, saya bersyukur yang teramat sangat kepada Allah. Hari ini saya dapat senyumkan, ketawakan, gembirakan ibu saya yang selama ini menjaga saya membesarkan saya. Memberi pendidikan akhlak yang baik untuk menjadikan saya insan yang berbakti kepada kedua ibu bapa saya.

Tiada yang berharga dalam hidup saya ia adalah untuk membahagiakan ibu dan bapa membalas jasa meraka. Saya bekerja siang dan malam mencari rezeki selama beberapa tahun saya usahakan dengan mengunakan nama saya iaitu Wak Doyok walaupun dicaci dihina dimaki disosial media.”

Menurut Wak Doyok lagi, matlamatnya adalah untuk keluarganya. “Selagi ibu saya masih ada selagi itulah saya terus menjaga dia. Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi ini adalah hadiah saya berupa sebuah rumah banglo yang saya buat khas untuk ibu saya yang berusia 76 tahun.s Dapatlah saya beri sedikit keselesaan untuknya menikmati sisa-sisa hidupnya di rumah baru ini

.”

Dulu Wak Doyok Sangat Susah

Tuan-tuan mesti tahu yang saya dulu adalah orang yang sangat susah sekali rumah buruk retak seribu anai-anai berkampung di situ. Betapa peritnya saya lalui liku-liku hidup untuk berada di tahap sekarang ini.

Saya berjaya bukan saya menipu orang atau menjatuhkan orang lain. Saya berjaya atas berkat doa kedua ibu bapa saya selama ini tak putus-putus berdoa agar anaknya berjaya. Bukan untuk kaya raya tetapi sekadar hidup selase di samping ibu dan bapa tercinta. Insyallah.

Tahun ini saya bersyukur yang teramat sangat saya dapat usahakan ibu saya pergi ke baitullah hil haram. Insyallah kalau tak ada apa-apa halangan sampai lah dia bertemu sebagai tetamu Allah

.”

Akhir kata apa yang saya kerjakan selama ini adalah untuk ibu saya bukan kerana kekasih hati teman wanita saya.

Itu semua boleh dicari tak hari ni tak lusa. Tetapi ibu hanya satu dalam sejuta. Sayangi lah ibu kita kerana dia adalah kunci segala rezeki dalam dunia ini. Dialah amanah Allah untuk kita menjaga sehingga hembusan nafaz terakhir.

Sumber/Foto : Instagram Wak Doyok

Published by
Netty Ah Hiyer