Kebiasaannya jika ingin ke mana-mana, selain ‘handphone’, duit mesti ada ada di tangan dan dibawa bersama. Kedengaran seakan mustahil tetapi seorang lelaki dari Jepun mampu meneruskan hidupnya tanpa menggunakan wang tunai sejak 36 tahun lalu apabila hanya berbelanja dengan baucar terkumpul.
World of Buzz melaporkan, Kiriya Hiroshi, 71, melakukannya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun.
Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan dibuat.
Kiriya mengumpul baucar yang diperolehnya itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran.
Dompetnya juga tidak diisi dengan wang tunai sebaliknya berisi baucar terkumpul yang diterimanya .
Tabiat Kiriya adalah merancang perbelanjaan dengan bijak dan tidak akan sesekali berbelanja melebihi nilai baucar dimilikinya.
Kiriya juga lebih selesa hidup sederhana dan tidak bermewah malah menggunakan basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Lelaki itu turut menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa bagi menambah pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.
Hasilnya, Kiriya berjaya membeli tiga rumah diidamkan dan sehingga kini, nilai sahamnya mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta).
Ia adalah hasil pelaburannya di 900 syarikat yang memberi baucar lumayan setiap tahun.
MW: Kalau begini salah satu cara berjimat apa salahnya. Tindakan yang bijak, jadi wang yang ada boleh disimpan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Bolehlah kita kumpul baucar banyak-banyak lepas ni.
Sumber: Hmetro, Worldof buzz