Duit Simpanan ‘Keluar Masuk’, Nak DISIPLIN DIRI, Minta Adik Beradik Tolong Jagakan

Share

Pernah tak, bila ada masa tertentu, kita mula ambil sedikit duit simpanan yang biasa kita simpan untuk kegunaan masa hadapan. Mulanya, hanya sekali saja, tapi lama kelamaan makin kerap kita keluarkan.

Ada mak-mak yang gunakan duit tabung ini sebagai salah satu simpanan kecemasan. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini, jadi duit inilah digunakan. Bukan sebab dalam bank tak ada duit tapi untuk kemudahan bila kita perlukan tunai. Itu tak mengapalah.

Tapi bagaimana pula dengan duit simpanan yang memang kita sudah asingkan siap-siap setiap bulan. Beruntunglah bagi yang memang disiplin dalam menyimpan duit setiap bulan. Malah, ada yang sanggup ketepikan sedikit wang untuk simpanan-simpanan yang tertentu lagi.

Namun, bagi mak-mak yang kurang disiplin dalam menyimpan, baik duit tabung mahu pun simpanan tertentu bolehlah minta tolong adik beradik yang boleh dipercayai atau ‘cermat’ dalam menguruskan kewangan.

Bukan bermakna adik beradik lain tidak boleh percaya tapi rasanya mesti ada salah seorang adik beradik kita cukup cekap dalam menyimpan duit. Jadi, tidaklah mak-mak asyik keluar masuk saja duit tabung. Bukan bertambah duit simpanan, takutnya makin berkurang pula.

Perkongsian daripada Nur Suaida Sakinah boleh dijadikan panduan buat mak-mak dalam menabung. Boleh juga ikut caranya yang disiplin dalam beberapa jenis simpanan tertentu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara MUDAH Transfer Duit Secara Online Dari Maybank2u Simpan Dalam ASB

Duit Poket Diberi Suami… Apakah Termasuk Nafkah Isteri?

Info Lebih Menarik DI SINI

Duit Simpanan – Tak Percaya Pegang Sendiri

Ada tak adik beradik yang nak simpanduit tapi tak percaya dekat diri sendiri sebab kerap korek balik?

“Nah, ini simpanan duit along su, dia mintak su pegangkan. Alhamdulillah bulan ni dia dapat saving lebih sikit jadilah tebal sampul hari raya tu.”

Saya pernah ertanya pada kakak kenapa tak simpan sendiri saja. Bukalah akaun bank yang tak ada kad, cuma ada buku saja lepas tu simpan dalam bank.

Dia jawab, “Tak naklah, kalau angah pegang selamat sebab angah kalau bab duit memang disiplin. Kalau cakap memang tak nak guna memang tak guna. Itu sebab along nak angah pegang kan.”

Itulah saya.
Kalau bab menyimpan duit menang sangat berdisiplin. Malah, saya sendiri ada beberapa jenis simpanan. Antaranya:

1. Simpanan jangka masa panjang
2. Hari raya
3. Roadtax
4. Anak-anak
5. Pendidikan
6. Travel
7. Perubatan

Sebelum ini, hanya ada satu simpanan sahaja dan tidak diagihkan seperti ini.

Kenapa perlu buat banyak saving macam di atas sebab kita tahu tujuan saving kita itu. Nanti nak guna kita ambil mana yang berkenaan sahaja. Simpana yang lain itu tidaklah bersentuh. Sedikit atau banyak simpan itu belakang kira, yang penting ada keinginan nak menabung.

Dari sikit-sikit jadi bukit kan. Nanti tak susah kalau ada kecemasan apa-apa di masa akan datang.

MW: Betul tu, kena ada banyak cabang simpanan, jangan letak dalam satu simpanan. Nanti, tiba masa nak pakai utnu satu keperluan, banyak pula diambilnya.

Sumber: Nur Suaida Sakinah

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Nora