Duit Pencen Memang Hak Anda, Tetapi Janganlah Berbelanja Hingga Tiada Perancangan

Share

Setelah berpuluh tahun bekerja, sudah tentu mak, ayah ingin merasa wang pencen yang selama ini dinanti-nantikan. Rata-rata antara kita tidak lama lagi akan bersara, sudah tentu sedari awal mengatur perancangan untuk membina rumah baru atau renovasi rumah sedia ada.

Lazimnya begitulah, pencen sahaja pasti buat rumah atau renovate. Bukan calang-calang kebiasaannya, maklumlah duit pencen banyak. Tetapi sedarlah wahai pesara dan bakal pesara, wang tersebut seharusnya digunakan sebaik mungkin.

Wang Pencen

Tidak dinafikan wang pencen adalah hak anda, tetapi janganlah keterlaluan dalam berbelanja. Sebaiknya lakukan perancangan agar hidup anda terjamin hingga ke akhir usia.

Tahukah anda?
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh bakal pesara atau pesara adalah, mengeluarkan perbelanjaan yang ‘sangat tinggi’ untuk renovate rumah menggunakan ganjaran persaraan yang diterima.


Ada yang sanggup tukarkan rumah setingkat kepada dua tingkat. Kos pula mencecah ratusan ribu ringgit.
Apabila ditanya, kenapa Encik atau Puan sanggup belanja untuk renovate rumah sebegitu banyak kosnya?
Biasanya akan dijawab, nak bagi anak cucu selesa apabila datang. Dan diharap akan kerap lah anak cucu balik ke rumah kami ni.

Tetapi Realitinya????

Anda telah bekerja berpuluh puluh tahun lamanya, akhirnya diberikan ganjaran atas segala titik peluh anda, sebaiknya jangan la belanjakannya untuk sesuatu yang kurang tinggi keperluannya.

Cukup sekadar ‘refurbish’ atau make up rumah anda seperti cat baru atau tukar peralatan yang rosak atau lama. Tidak perlulah sampai major renovation. Duit tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih berkeutamaan di masa akan datang.

Walaupun itu duit dan hak anda, namun perancangan yang strategik perlu dibuat.

Renung-renungkan …. dan selamat beramal!
Admin Ohsem

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pesara dan bakal pesara. Wang pencen yang anda terima hasil titik, peluh anda sendiri seharusnya digunakan sebaiknya terutamanya untuk perbelanjaan harian dan juga kesihatan, maklum sahaja usia makin meningkat.

Published by
Nur Syazwani Mehat