Kewangan

Duit KWSP Lebih Setengah Juta Habis Licin, Pesara Ubah Suai Rumah, Buat Kenduri Kahwin Anak

Share

Duit KWSP lebih setengah juta habis licin, pesara ubah suai rumah, buat kenduri kahwin anak. Setelah bertahun-tahun bekerja dan menyimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tiba masanya untuk menikmati hasil simpanan anda selepas bersara.

Namun, apakah kegunaan utama duit KWSP selepas bersara? Duit KWSP selepas bersara memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kesejahteraan kewangan dan kehidupan yang selesa.

Duit KWSP Lebih Setengah Juta Habis Licin

Kredit foto: Pexels

Perancangan yang bijak dalam menggunakan simpanan KWSP boleh membantu memastikan kehidupan selepas bersara lebih terjamin dan tenang. Oleh itu, adalah penting untuk merancang penggunaan simpanan ini dengan teliti dan mendapatkan nasihat kewangan jika perlu.

Bagaimanapun lain pula jadinya dengan seorang bekas pengurus sebuah syarikat jualan langsung bahagian Pantai Timur. Duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM750,000 yang diperolehnya habis dalam tempoh tujuh tahun digunakan untuk mengubah suai rumah dan kenduri kahwin anak.

Pesara Ubah Suai Rumah, Buat Kenduri Kahwin Anak

Bekas pekerja swasta terbabit, Abdul Rahman Abdullah, 64, berkata, sebelum itu, duit itu juga susut kerana digunakan bagi menampung kehidupan sepanjang tempoh persaraan bermula pada tahun 2017.

Lelaki itu menjelaskan, dia mengambil keputusan untuk bersara pada usia 57 tahun selepas berkhidmat selama 27 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di luar negara itu.

“Saya menerima wang persaraan berjumlah RM750,000 iaitu RM500,000 Akaun 1 manakala RM250,000 Akaun 2.

“Duit itu digunakan untuk mengubah suai rumah kira-kira sebanyak RM200,000 merangkumi pembinaan pagar konkrit, menambah bahagian dapur dan garaj.

“Sebanyak RM70,000 lagi digunakan untuk melaksanakan kenduri kahwin dua anak perempuan pada tahun 2016 dan 2018 manakala selebihnya habis digunakan bagi belanja makan, minum, kos elektrik, air dan internet serta petrol kereta sepanjang bersara,” katanya.

Kos sara hidup tinggi, harga barang mahal faktor wang persaraan cepat habis

Ujarnya, kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dengan harga barangan yang mahal juga menyebabkan wang persaraan tersebut cepat habis.

“Setiap kali keluar membeli lauk-pauk, perlu ada RM100 atau lebih dan nasihat saya kepada pesara agar perlu berjimat-cermat supaya wang KWSP dapat terus membantu kehidupan selepas tidak bekerja.

“Cuma saya bernasib baik kerana isteri (62 tahun) ialah pesara kerajaan yang menerima sejumlah pencen dan dapat membantu menampung perbelanjaan kami seterusnya dalam menghabiskan usia tua,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

Baca artikel lain juga: Dividen KWSP, Mufti Kelantan Nasihat Umat Islam Tukar Ke Simpanan Shariah “Berdosa Jika Degil…”

Suami Meninggal Dunia, Isteri Nak Tuntut KWSP Sebagai Harta Pencarian, Ini Fakta Peguam Syariah

RM600,000 Paras Simpanan Ideal Hidup Selesa Selepas Bersara Di Bandar, PM Tegas Tiada Lagi Pengeluaran KWSP

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim

Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.

Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

 

Published by
Has