Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu, Wanita Diperdaya Rayuan Haji

Share
Duit KWSP akaun 2 RM65K licin disapu, wanita diperdaya rayuan haji. Modus operandi scammer nampaknya lebih advance. Jika dahulu sekadar membuat panggilan telefon tetapi kini beralih ke arah mempedaya dengan menunjukkan muka pula.
Lebih membuat mangsa takut, scammer memakai baju seragam polis, seolah membuktikan mereka adalah pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu

Peringatan buat semua termasuk diri sendiri. Baru minggu lepas my bff kena scam. Hilang RM65k.
Kronologi dari cerita bff Sue. Dia dapat call dari Tabung Haji yang bagi tahu rayuannya untuk buat ibadah haji telah diluluskan. Bff sis cakap dia tak mohon pun tapi si scammer ni beriya-iya meyakinkan dan tetiba bagi tahu yang nama bff sis telah diguna pakai oleh orang lain.
So beliau sarankan untuk buka akaun Bank Islam lain dengan menggunakan nombor telefon yang diberi dan  bff sis pun ikut. Bff sis disarankan buat laporan polis dengan menggunakan online through phone.
Bff sis pun ikut laa. Talian phone yang disambungkan tertera tertulis IPD Ampang. Dalam soal jawab, tiba-tiba pegawai polis tu bagi tahu yang  nama bff sis ni dah ada waran tangkap terlibat dengan wang haram dan perlu membayar jaminan RM15k.
Bff sis ni pun ikut sebab dia rasa takut. Lagi-lagi polis tu buat video call siap dengan pakai uniform polis dan tunjuk surat waran tangkap tu.

Wanita Diperdaya Rayuan Haji

Beliau juga dipesan jangan bagi tahu orang lain sebab ini Akta Dalam Negeri. Akibat panik bff sis ni menurut je. Akibatnya wang dalam akaun Bank Islam hilang RM50K dan RM15K lagi bff sis transfer konon-kononnya untuk wang jaminan waran tangkap tu.
Lepas tu polis tu minta lagi RM48K. Waktu ni bff sis baru macam tersedar dan terus check bank duit dah lesap dan buat laporan polis. Polis pun cakap benda dah jadi. Akak pun kerja bank tapi benda ni jadi jugak.
Bff sis ni kerja bank sebelum ni. Baru je retired at age 50. Yang sadisnya kawan bff sis ni pun kena. Lagi banyak RM100,000 lebih. Dia tak cerita sebab rasa malu.
Please jangan malu untuk bercerita sekurang-kurangnya boleh jadi pedoman untuk orang laib. Buat my bff, tetap tabah & kuat ya. Dan lebih berhati-hati lagi.
Tak lama lagi, umur nak  55 tahun. Lagi banyak duit sebab pengeluaran KWSP. Sebab yang hilang RM65K ni duit KWSP umur 50.Akhir cerita tolong alert ya kawan-kawan. Sumber :- FB Sue Rosayu Ahmad. Gambar:-Sekadar hiasan dari Google.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAG RAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
NAK KAHWIN DUA TAK PERLUKAN TANDATANGAN ISTERI PERTAMA PUN, PEGUAM SYARIE KONGSI INFO KENA TAHU…
Published by
Almaswa Haji Che Ros