Duit Hilang RM1000 Gitu Je Dalam Akaun Bank, Rupanya Wang Dah Berpindah Jadi Milik Wanita Lain!

Share

Masih ingat tak dengan kes duit hilang milik seorang wanita dalam video berdurasi lebih 17 minit yang ditular di facebook baru-baru ini? Bukan sekali dua tetapi sudah banyak kes duit hilang dalam akaun tanpa dapat dikesan puncanya.

Apa yang tambah mencurigakan apabila pihak bank memaklumkan mangsa wang yang hilang dipindahkan ke akaun milik individu lain tanpa pengetahuan mereka.

Ibu kepada tiga cahaya mata, Puan Norshamili Osman, 41, memasukkan wang RM1,000 ke dalam akaun bank miliknya yang diperoleh hasil pemberian kerajaan Negeri Sembilan sebagai bantuan perniagaan 11 April lalu.

Namun dia sangat terkejut tengok baki cuma tinggal RM25 apabila dia cuba mengeluarkan wang di sebuah cawangan bank di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dia yang mencari rezeki sebagai pengusaha kantin di sekolah memandu di Port Dickson puas merayu agar pihak berkaitan memulangkan semula wang tersebut.

Duit Dah Berpindah Milik Masuk Akaun Seorang Wanita

Wanita ini sebenarnya telah merujuk perkara itu dengan kakitangan bank namun dimaklumkan duit itu dipindahkan ke akaun individu lain melalui sistem perbankan dalam talian.

“Pelik bagaimana proses pemindahan wang boleh berlaku sedangkan akaun itu sudah lama tidak digunakan.”

Susulan dengan kehilangan duit dalam akaun simpanan, pihak polis menasihatkan supaya Puan Norshamili membuat laporan polis secepat mungkin untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan pemeriksaan bank, wang RM1,000 itu dipindahkan ke akaun milik seorang wanita.

“Sebelum ini, saya pernah mendengar cerita rakan yang memberitahu duitnya hilang, tetapi tidak menyangka perkara itu terjadi kepada diri sendiri.” 

Kes Yang Sama Juga Berlaku

Nasib yang sama juga menimpa rakan Norshamili, Holma Abdul Aziz, 46, yang mana dia kerugian RM1,600 apabila wang dipinjam daripada rakannya yang dimasukkan ke dalam akaun bank turut lesap.

“Ada rakan memasukkan wang RM2,000 ke dalam akaun bank pada 2 Mac lalu sebelum saya mengeluarkan RM400 pada hari sama.

“Memang terkejut sebab tengok je baki cuma tinggal RM29 ketika mahu mengeluarkan wang di cawangan bank itu.” 

Apa yang menyedihkan, jawapan yang sama Puan Holma dapat daripada pihak bank yang mana memaklumkan duitnya dipindahkan ke dalam akaun milik seorang lelaki melalui sistem perbankan dalam talian.

Masalahnya wanita ini juga tak pernah membuka akaun untuk perbankan dalam talian menggunakan akaun bank berkenaan. Cuba fikir macam mana transaksi pemindahan boleh dilakukan melalui proses itu?

Tindakan Dari Pihak Bank

Agak buntu dan kesal namun pihak bank sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu sebaik dia membuat laporan di Balai Polis Lukut untuk tindakan lanjut.

Sumber Info: Metro Harian

Published by
Nadia