Mahunya ahli keluarga bakal pengantin lelaki terlopong bila mak ayah bakal pengantin perempuan meletakkan duit hantaran yang banyak. Mana nak ‘dicekau’ dalam tempoh masa yang telah ditetapkan berlangsung perkahwinan.
Kononnya duit hantaran yang banyak sebab anak perempuannya berkelulusan tinggi satu-satunya anak perempuan, duit untuk membiayai majlis perkahwinan nanti dan sebagainya. Namun, ada juga mak ayah yang langsung tidak meletakkan sebarang duit hantaran dan hanya bergantung kepada pihak lelaki.
Sebenarnya, duit hantaran ini siapakah yang berhak? Adakah dengan meletakkan hantaran banyak seolah mak ayah nak jual anak? Kalau apa yang dikongsikan oleh Ustaz Md Ma’az Sallim ini, duit hantaran ini adalah satu budaya dan tidak ada ketetapan pun.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sebelum Kahwin Semua Indah, Bila Dah Nampak ‘Warna’ Sebenar Pasangan, Buka Mulut Je Bergaduh
Dalam perkongsian video antara Sujimy Mohamad bersama Ustaz Md Ma’az Sallim ini membincangkan tentang duit hantaran yang menjadi hak siap bila berkahwin nanti.
Inilah jawapan Ustaz Md Ma’az Sallim.
“Saya nak kongsikan tentang perkahwinan saya dulu. Sebab masa itu, sebarang keputusan yang kita buat, mak ayah kena tahu. Saya terangkan pada bakal mentua, kalau saya beri 100% ikhlas untuk anaknya iaitu isteri saya. Jadi, mereka reda dan terima.
Kemudian, mak ayahnya tidak ambil tetapi duit itu adalah untuk dibelanjakan separuh atau pun kebanyakannya itu, dibelanjakan untuk katil, almari dan memang betullah barang-barang pengantin.
Sebab itu pun atas nasihat mak ayah mentua saya. Sebagai tanda kita menunjukkan penghargaan kepada suami yang bersusah payah mengumpulkan jumlah hantaran yang diminta pihak wanita itu.
Sekurangnya dengan duit hantaran itu kita boleh nampak. Beli katil pengantin untuk suami dan isteri adalah hasil daripada duit hantaran. Maka si isteri pun belanjakan itu untuk katil pengantin bersama.
Sebenarnya, hantarna bukanlah sesuatu yang dalam agama dan tak ada ketetapan dalam Islam. Cuma yang ada adalah mahar atau mas kahwin.
Hantaran ini mula diperbesarkan dan dibudayakan serta menjadi adat dan diperkenalkan di kebanyak kawasan, bukan saja Tanah Melayu tapi di negara lain juga. Hanya nama yang membezakan.
Bila tak ada hantaran, ia seakan memalukan.
Sebenarnya tidak, boleh saja tak ada. Ada sesetengah asangan yang langsung tak meletakkan hantaran dan ada mak ayah yang langsung tak minta hantaran.
Ada juga pandangan yang berbeza, perspektif berbeza, sampaikan timbul kontroversi, hantaran tinggi kerana nak jual anak.
Bukan begitu, letak harga 10K, 15k sebab anak berpendidikan tinggi
Sebenarnya, mak ayah nak lihat, komitmen anak menantu, kalau serius dengan anak mereka dan tahu kerja bagus, ada degree, dia boleh dapatkan 15K untuk perkahwinan ini.
Ada juga kes-kes yang memang mak ayah atau ayah yang boleh ‘bargain’, kesian anak menantu aku kerja siang malam, kononnya mak ayah akan hilang anak perempuan, akan pindah dari rumah dia pergi ke keluarga suami dan tinggal dengan suami.
sebahagian duit hantaran ini boleh juga diberikan saguhati kepada mak ayah, kasi penenang jiwa sedikit. Namun, ada mak ayah yang berpendapat, kita tak boleh ambil, bagi anak semua sebab itu adalah hadiah daripada suami dia beri pada isteri.
Banyak sangat pendapat dan saya kira tiada ada penetapan dan kembali kepada perbincangan ahli keluarga.
Mingguan Wanita : Selalunya kalau adat Melayu, mesti ada yang berbisik-bisik dan tanya duit hantaran pengantin. Kalau sedikit pun tak boleh, banyak sangat pula kata jual anak. Macam-macam. Tak kisahlah, yang penting perkahwinan itu diberkati dan berkekalan.
Sumber: Sujimy Mohamad
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita