Duit Celah Rumah, Simpan Tempat Macam Ini Pun Boleh

Share

Menarik sungguh perkongsian pengacara terkenal Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil tentang duit celah rumah ini.

Sebab, idea simpan duit celah rumah ini memang mak-mak suka buat. Sambil mengemas, memasak, membasuh pun boleh selit duit buat simpanan.

Haa.. jangan tak tahu. Bila dah lama kumpul, kira balik hasilnya memang boleh buat mak-mak teruja.

 

 

Kongsi Fara di instagramnya, duit syiling dalam rumahnya ini dijumpai di mana-mana saja tempat rare dalam rumahnya.

Tepi cushion,
dalam poket baju,
bag yang dah lama tak pakai,
dalam mesin basuh,
paling rare dalam fridge .. apo?! hahaha

Betul-betul rare tempat duit syiling itu dijumpai. Mak-mak pun tentu ada pengalaman yang sama.

Kata Fara lagi, “tempat rare korang jumpa syiling kat rumah cer bagitau kat mana.”

Sempat lagi Fara selitkan nota ini, “abaikan jarum peniti tu. orang pompuan memang macam gitu, beli la 10 kotak konon lepas bukak tudung senang nak cucuk .. mmm takde maknanya

.”

 

 

Hasil Tangkapan Duit Celah Rumah

Akui Fara, biarpun hasilnya sikit pada sesetengah orang, tetapi tidak pada yang lain. Dan ketika ini, Fara sedang fikirkan nak buat apa dengan duit syiling tersebut.

Dari dalam balang, tepi mesin basuh, dalam laci dan peti sejuk je ni.”

Hasilnya,

5 sen : RM 7
10 sen : RM62
20 sen : RM114
50 sen : RM115

Tengah fikir nak buat apa.. should i share? tapi sikit.. pada korang mungkin, tidak pada yang lain

.” Menerusi ruangan komen, Fara juga maklumkan ambil masa setengah hari untuk mengira duit tabungannya itu.

MW : Nak-nak hujung tahun ni, dah boleh kira duit selit celah rumah. Bolehlah simpan atau buat top up beli barang sekolah anak.

Sumber/Foto : Fara Fauzana

Published by
NETTY AH HIYER