Gambar sekadar hiasan.

Berbelanja zaman sekarang memang kena bijak. Suri rumah terutamanya yang bergantung kepada duit belanja daripada suami memang pening kepala setiap kali berbelanja membeli barang dapur.

Kadang-kadang anak-anak meminta nak makan itu dan ini, tetapi sebagai kepala rumah tangga, ibu akan sebaik mungkin pastikan duit yang diberikan suami mencukupi dan semua isi rumah dapat makan setiap hari.

Jika mak-mak dapat suami yang memahami, alhamdulillah. Kalau suami yang jenis berkira dan menyoal itu dan ini setiap kali minta duit untuk beli barang dapur, memang sakit kepala.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini:

Rutin Sabtu dan Ahad…
“Ayang, barang apa dah habis? Nak beli ikan atau ayam ke? Jom abang bawak”
Setiap hujung minggu, mesti akan bawa wife beli barang-barang keperluan yang dia nak… 100 peratus perbelanjaan ke atas barang-barang tersebut datang dari dompet suami.

Barang-barang makan baik mentah atau kering, itu tanggungjawab suami. Ianya ada di bawah terma memberi makan dan minum kepada isteri dan anak-anak.

Ads

Bawa beli ikan, ayam, sayur, buah, apa yang dia senaraikan, kita yang jadi suami kena beli.

Semua tu bukan masuk perut dia dan anak-anak sahaja, masuk perut kita juga. Kalau bagi RM 100 untuk dia beli, make sure RM 100 itu hanya untuk barangan yang dia nak beli. Ada suami bagi RM 100, tetapi dalam nilai itu jugalah minyak kereta, duit belanja anak sekolah dan lain-lain lagi.

Tinggal berapa baki yang isteri boleh guna?

Ads

Kalau selalu teman isteri beli barang-barang, kita akan tahu berapa harga barang. Kadang-kadang nilai yang kita bagi itu sebenarnya tidak mencukupi, tetapi isteri ini bijak, dia adjust bagi cukup. Ikan mahal dia tak ambik, dia ambik ikan biasa-biasa, udang, sotong, ketam, mungkin minggu gaji sahaja boleh beli. Time suami tengah bulan, dia tak beli.

Isteri Cekap Berbelanja

Mana ada isteri yang jenis tak fikir sebelum berbelanja.
Kalau bagi RM 50, dia belanja cara RM 50. Suami bagi RM 100, dia belanja cara RM 100. Tak pesan suruh jimat pun, dia akan jimat. Dia akan bagi balik duit lebih walaupun seringgit.

Esok Isnin, sebelum pergi kerja, buka beg duit dia, letak RM 50. Bukan duit untuk beli barang lagi, tetapi duit belanja. Duit belanja ini 100 peratus atas suami, berapa yang suami nak bagi. Mungkin ada benda-benda selain dari barang-barang keperluan rumah yang dia nak beli. Mungkin dia nak singgah kedai ECO lepas ambik anak sekolah.

Ads

Duit belanja dengan nafkah zahir tak sama…

Macam itulah cara hidup dalam alam rumah tangga. Tanggungjawab adalah perkara utama daripada perkara-perkara yang lain. Tunaikan semua ini dahulu, bagi hak yang sepatutnya isteri dan anak-anak dapat. Selebihnya, Allah SWT yang akan mencukupkan rezeki si suami.
No doubt about it.

MW: Oleh itu, suami sepatutnya fahami tanggungjawab anda dalam memberikan nafkah zahir serta perbelanjaan isteri. Nafkah zahir dan duit belanja sememangnya tak sama ye. Jadi berhati-hati kerana segalanya adalah tanggungjawab dan amanah buat anda wahai suami.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI