Dugaan Hilang Kerja, Jangan Minta Belasan Tapi Bangkitlah Cari Jalan Usaha

Share

Berita kehilangan kerja adalah satu tragedi yang tidak pernah di duga. Sekiranya, tidak di tangani dengan betul, ia bukan sahaja mendatangkan stres tetapi boleh mendapat awalan penyakit kemurungan.

Kehilangan kerja bukan hanya hilang pendapat atau mata pencarian tetap turut melibatkan kehilangan skim insurans sakit bagi diri dan keluarga, bantuan perubatan, bahkan membuat seseorang itu hilang keyakinan diri untuk mendapat kerja yang lain kerana tidak bersedia untuk mencari kerja baru.

Keadaan inilah yang mendatangkan pelbagai masalah terutama sekali kerisauan yang tinggi dan tidak tenteram, ketakutan serta kerungsingan. Seseorang itu harus bertindak pantas dan membuat perancangan yang rasional secepat mungkin semasa mendengar berita tentang desas desus perberhentian itu. Paling penting dalam perancangan itu, seseorang perlulah bertenang. Ikuti kupasan lanjut bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh tentang isu ini.

Perancangan Jangka Pendek
Seseorang itu perlu bertindak segera dengan membuat prancangan dengan tidak tergesa-gesa secara jangka pendek dan jangka panjang.

Perancangan yang membolehkan seseorang membuat sesuatu agar mendapatkan duit perbelanjaan untuk rumah dan keluarga supaya tidak putus atau kehidupan dapat diteruskan.

Tidak Perlu Malu
Kehilangan pekerjaan kerana di buang bukanlah sesutu perkara baru atau aneh. Ia bukanlah pemberhentian kerana di buang kerana dadah, mencuri atau disiplin. Ia mungkin disebabkan tempat bekerja itu ingin mengurangkan kerja atau tidak beroperasi lagi.

Seseorang itu tidak perlu malu atau takut untuk berterus terang kepada keluarga atau kawan kawan. Mereka akan memahami tentang perkara yang berlaku dan biasa pada keadaan sekarang ini. Adalah lebih baik berterus terang kerana orang yang mendengarnya boleh membantu sekiranya terdapat tawaran kerja di tempat lain.

Pulih Semangat & Kekal Positif
Bersendirian dan termenung tidak boleh membantu seseorang itu. Apa yang pasti, untuk memulihkan semangat, seseorang itu jangan duduk bersendirian, keseorangan, bersedih terlalu lama dan menyesali dengan keputusan diberhentikan. Keadaan ini tidak akan mengubah keadaan sedia ada.

Usah terlalu kecewa dan selalu ingatkan diri bahawa ini bukanlah penghujung dunia dan akan ada kerja yang lebih baik tidak lama lagi. Pasangan dan anak-anak memainkan peranan penting dan perlu memberi kekuatan serta dorongan dalam memahami keadaan pasangan itu sendiri.

Cadangan Perancangan
Bekerja sendiri atau mencari pekerjaan yang lebih baik adalah sesuatu perancangan jangka panjang kerana ia mungkn mengambil masa yang agak lama.

  • Berniaga on-line melalui media sosial, membawa grab dan food panda, menghantar anak jiran ke sekolah, menjaga anak sebagai pengasuh, membuat kerja sambilan dengan kelas tambahan atau kerja yang boleh mendatangkan pendapatan sementara.
  • Bagi keperluan asas, potong perbelanjaan yang tidak diperlukan.
  • Merancang perbelanjaan harian dan bulanan.
  • Mengawal nafsu daripada berbelanja tentang perkara yang tidak penting.
  • Membuat bajet ikat perut.

Tip Kekal Positif

  • Setiap orang perlu berkawan dan bergaul dengan orang yang memberi rangsangan dan bersifat positif.
  • Cuba lakukan sesuatu yang bermanfaat seperti membaiki diri dengan ilmu baru dan menghantar seberapa banyak permohonan kerja melalui iklan.
  • Jangan berputus asa dan membuang masa. Usah memencilkan diri dan rasa berduka berpanjangan.

Nasihat

  • Bagi anda yang kehilangan kerja, janganlah meratap kesedihan dan meminta belas kasihan daripada orang ramai.
  • Bangkit dan bina diri semula. Buat perancangan dengan teliti dan baik untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.
  • Elakkan daripada bergaul dengan orang negatif yang hanya mahu mencari kesalahan kita dan tidak memahami keadaan yang kita lalui ini.
  • Jangan malu untuk menceritakan pada sesiapa walaupun semasa temuduga untuk pekerjaan baru.
Published by
Nora