Mungkin niat nak tolong ipar duai, akhirnya isteri jadi mangsa terpaksa duduk serumah dengan ipar duai yang berlainan jantina. Nak jaga aurat ini bukan mudah ya, tambah pula kalau masing-masing sudah besar panjang.
Kalau terkena nasib macam ini, nak ditelan mati emak, diluah mati bapa. Jadi apa hak kaum isteri nak mengelakkan daripada situasi terus berlaku?
Untuk mudahkan anda buat keputusan, jemput renungkan pekongsian daripada cikgu Abd Ghani Haron ini, in shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan.
Bila Serumah Dengan Ipar Duai
Seorang wanita baru berkahwin yang saya kenali bercerita mengadu hal dan bertanya kepada saya. “Dalam kegembiraan mengharungi perkahwinan, saya tidak terfikir satu perkara, bila sudah duduk dirumah mentua baru berjumpa masalah ini. Masalah aurat dengan ipar lamai, ipar duai. Benarkah ada hadis ipar itu maut?. “Saya cuba jawab untuk jadi peringatan juga kepada yang lain.
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita.” Lalu seorang laki-laki Anshar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana halnya mengenai ipar?” Beliau menjawab, “Hamwu (ipar) adalah maut.” (HR. Bukhari no. 5232 dan Muslim no. 2172)
Perkahwinan akan mewujud hubungan ipar. Perhubungan ipar duai adalah mahram sementara sahaja iaitu selagi masih berstatus ipar. Apabila suaminya (abang kita) meninggal contohnya atau menceraikannya maka bekas kakak ipar ini boleh berkahwin dengan kita selepas tamat idahnya.
Hukum-hakam mahram sementara ini tidak sama dengan hukum-hakam mahram yang kekal selama-lamanya iaitu dari aspek aurat, auratnya sama seperti ajnabi (bukan mahram) iaitu wajib ditutup, tidak boleh didedahkan serta tidak boleh dilihat.
Ads
Wajib Berlapik
Apabila bersentuh kulit tanpa lapik di antara seseorang lelaki dan kakak iparnya, maka batal wuduk sebagaimana dalam Mazhab Syafie. Begitu juga dari aspek bersalam, ia tidak diharuskan. Juga tidak dibenarkan untuk bersekedudukan atau berdua-duaan tanpa ditemani mahram yang lain. Maka nabi menyebut maut disini merujuk kepada perlunya berhati-hati dalam hubungan ipar yang boleh membawa dosa dan kemaksiatan.
Jadi tinggal serumah dengan ipar duai berbeza jantina ibarat meniti titian yang rapuh mudah terjebak dosa, aurat kena dijaga, berkelubunglah, berstokinlah 24 jam, hingga ke dapur, ruang bebas hanya seluas bilik tidur sahaja. Dan ingat pesan nabi…
“Janganlah salah seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya) karena setan adalah orang ketiganya.” (HR. Ahmad-sahih)
Ada ketikanya akan terjadi hanya ipar yang ada di rumah, maka hadis ini ada kaitannya.
Anda boleh bayangkan bagaimana payahnya situasi memelihara aurat bagi seorang isteri yg tinggal bersamanya mentua dan adik abang ipar lelaki. Maka jangan seronok merancang untuk kahwin, buat kenduri hebat, lepas tu si isteri bebas dunia hanya dalam bilik 12×10 kaki. Keluar bilik, ipar melepak di ruang tamu tanpa baju, menyelongkar periok di ruang dapur dengan pelekat, terjerembab berkain tuala keluar bilik mandi, terbongkang tidur di sofa dengan seluar pendek. Fikirlah juga masalah yang akan tempuh oleh isteri. Ambillah ingatan yang nabi pesan ini, ipar itu maut. Jangan pandang ringan.
Jalan Penyelesaian Terbaik
Jalan keluarnya ialah rancanglah untuk tinggal berasingan. Meletakkan isteri dalam situasi ‘maut’ yang disebut dalam hadis ini cukup menggerunkan. Bagi wanita yang nak berkahwin, kajilah keluarga mentua, supaya perancangan boleh dibuat sebelum akad berlaku supaya lepas berkahwin kita kita berpindah ke situasi dunia bebas hanya dalam bilik yang sempit.
Wallahua’lam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan senang ya perjalanan IVF! Kuatnya Fila nak jadi ibu, tak kecewa gagal hamil. Kisah percintaan Youtuber terkenal Nur Afilah Amir Rusdi dan pasangannya Adama Mohamed Camara pernah menjadi sebutan kerana perbezaan dari segi budaya serta etnik.
Terbaru menerusi perkongsian Fila yang sudah tiga tahun bernikah dengan warganegara Afrika mendedahkan usaha untuk peroleh cahaya mata bukanlah perjalanan yang mudah.
Bukan Senang Ya Perjalanan IVF!
Malah dia juga menerangkan ikhtiar yang dijalankan untuk melakukan IVF terpaksa melalui beberapa ujian seperti pembuangan fallopian tube, treatment, injection dan transfer embryo.
Video yang dikongsikan pasangan ini mendedahkan perjanan IVF membuatkan mereka berdua menjadi lebih kuat. Kasih sayang antara mereka juga semakin mendalam.
“Akhirnya selepas 7 bulan berulang alik ke pusat perubatan berkenaan, tibalah masanya untuk mendapatkan keputusan adakah segala perih jerih yang dilakukan selama ini berhasil.
“Walau bagaimanapun keputusan HCG menunjukkan penurunan sekaligus menjawab penantian IVF tidak berjaya,” kongsi Fila menerusi video. Paling penting, pasangan ini reda dengan keputusan berkenaan serta bersyukur telah diberi peluang untuk menjalani proses IVF.
“Doakan Kami”
“Kami bersyukur juga dapat jumpa doctor baru ni, dah banyak doctoc kami jumpa, sampai la doc ni ❤️ InshaAllah Fila akan share our TTC and IVF journey dr 2019 dlu. dah lama ni simpan sorang-sorang.
“Kami redha dan bersyukur. Doakan kami juga ya,” begitulah luahan Fila di ruangan kapsyen.
Meneri komen ramai yang memberikan kata-kata positif buat Fila dan pasangannya. Semoga pasangan ini akan didipermudahkan untuk memperolehi cahaya mata.
Menerusi ruangan komen di Instagram Fila, netizen mendoakan agar urusan Fila dan suami untuk mendapat anak dipermudahkan. Malah ada yang meminta agar pasangan ini terus kuat.
Tanpa mak, ayah sedar makin hari anak-anak kecil akan membesar, jadi sesibuk mana sekalipun mak ayah berilah ruang khusus buat si kecil bermanja.
Cukup-cukuplah habiskan masa seharian bekerja, balik rumah di waktu malam atau hujung minggu curilah peluang untuk bersama anak-anak bermain apa yang mereka suka. Ramai yang beranggapan bermain atau luangkan masa bersama anak-anak boleh ditangguh.
Anak Akan Membesar, Sesibuk Mana Berilah Ruang
Tetapi tanpa sedar mak,ayah dalam kerugian kerana tidak banyak masa bersama mereka setelah mereka mereka makin membesar kelak. Ikuti perkongsian Hilmi Jailani ini dan hadam baik-baik ya:
Banyak kali saya cakap saya busy, padahal saya hanya berbaring bersama anak-anak di rumah. Cuma berborak, bersembang, dan bergelak tawa.
Saya rasa itupun satu pekerjaan atau urusan yang sangat penting. Tak boleh diganggu. Harus diberi ruang yang khusus.
Pernah ada kawan call ajak keluar. Waktu tu, saya baru sahaja buka gelanggang wrestling bersama anak-anak.
Jadi, saya tanya kawan, “Ada urusan penting tak?”
Dia cakap, lepak saja. Saya pun tengok anak-anak, masih bersungguh melompat atas saya. Tak sampai hati, terus saya beritahu – “Maaf kawan, aku ada kerja ni.”
Ada orang fikir, bergaul dan berguling bersama anak-anak ini, boleh sahaja diganggu oleh perkara lain. Katanya, itu satu kerehatan yang boleh ditangguh bila-bila masa.
Orang ini mungkin lupa, anak ini makin hari makin dia membesar. Dan tiap saat yang pergi, tak mungkin kembali lagi.
Berapa ramai ibu bapa yang inginkan tempat seperti kita. Mereka ini bertahun tinggal berjauhan. Ada ayah bekerja di Johor, anak dan isteri berada di Terengganu.
Saban tahun, hanya bertemu di kala cuti panjang. Jika dihitung, lebih banyak masa di jalan raya berbanding di rumah.
Ada ayah, sudah hilang hak menjaga anak-anak. Setiap hari hanya melihat dari kaca telefon. Melambai jauh, sayu hati hanya tuhan yang tahu.
Ada mak ayah, yang masih menanti kelahiran anak pertama. Kalaulah dia tahu, kita mensia-siakan masa bersama anak, tentu dipukulnya kita kuat-kuat.
Kawan,
Kita cuba agihkan masa ya. Sesibuk mana kita, berilah ruang khusus untuk si kecil bermanja. InsyaAllah, kita dikenang walaupun kita sudah tiada. Moga doa mereka mengiringi kita.
.
Hilmi Jailani
MW: Hargailah masa yang ada bersama anak-anak, cipta kenangan indah bersama mereka sewaktu mereka kecil. Kenangan ini tidak mampu dibeli lagi pabila mereka telah meningkat dewasa. Percayalah.
Selalunya anak kecil akan tantrum kalau dia dah biasa dapat apa yang dia suka tetiba mak ayah halang dia daripada dapat barang ikut kehendaknya. Haaa… jangan nak salahkan orang lain ya, cuba anda ikut cara Puan Ninnie Kiddielove Bundle. Memang bagus sangat nak ajar anak-anak dari kecil daripada terus mengamuk tempat orang ramai.
Firash ni memang dari kecil lagi kami didik dia kalau nampak mainan kat mana-mana toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akan tengok je sambil kata: “Umi, ni orang punya kan. Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main-main kan keta control depan dia, pastu kata adik nak ni tak? Si firash ni tengok muka umi dan kata umi, yang tu orang punya kan. Hahhahaa
Sebab masa dia kecik dulu (masa tu dh faham apa yg kita bgthu) bila dia nampak banyak toys kat kedai, dia kata nakk, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambik.
Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamok guling-guling tapi mata dia macam berair, muka nampak frust) so kami faham la yang dia nak sangat benda tu especially geng-geng giant truck macam excavator, bulldozer, dump truck,daddy akan belikan TAPII bukan beli depan mata dia,bukan dia yg pegang dan bwk mainan tu ke kaunter. Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.
Cara Tebaik Yang Ini Praktik
Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambik mainan tu and bayarkan.
Bila mainan tu dh ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak.
Bila dh smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yg dia senang nak nampak). Mula lah buat muka sengih manis macam nak jilat je muka manis tu.
Mak mertua ninnie yang ajar petua ni. Kalau nak beli mainan kt anak, jangan beli depan mata dia.
Kalau tak nnti dia akn terbiasa bila nampak je toys, nak time tu jgk. Kalau tak dapat ngamuk dalam kedai tu juga. Budak-budak kannn. Bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak-nak hrga toys sekarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainann kita nak kena belikan.
Sampai lah sekarang Firash tak de nak ngamuk-ngamuk, merajuk bila nmpak toys banyak-banyak kat kedai. Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. Boleh pulak si Firash ni jerit kat adik, “adikkkkk, tak boleh ambik, yang tu orang punya!! Sampai menangis-nangis adik dia marah mcm tu (si firash ni mmg bajet abanggg kawasan sgt bila adik dia buat salah).
Hehe sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya. Ini cara Umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan untuk anak kami setakat ni.
Kat Raisya pun kami buat jgk cara ni. Tapi dia tak faham sangat lg. Dia suka ikut kepala dia je sbb kecik lagi kot hahhaa. Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sbb nak barang, tapi dia tak suka orang dukung atau pegang dia masa berjalan. Tapi memang bajet diva kot nak jalan sendiri nak bebas. Haha. Hat tu memang tak leh nak buatapa dah. Mata kita kena perhatikan je mana dia nak pegi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...