Ketika kita semua diminta duduk diam-diam di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan, sebaiknya mak-mak terutamanya rebut peluang ini masak untuk keluarga tersayang. Mungkin ramai yang sudah lama tidak berpeluang memasak kerana sibuk kerja.
Nak Masak Apa ye?
Sebaik menunaikan solat subuh, pasti ramai yang sedang memikirkan apa resipi yang nak dimasak hari ini sama ada untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang. Kalau boleh nak variasi, taklah asyik makan nasi saja, bosan juga kan.
Sila cuba resipi daripada Chef Sue M. Arukin yang kami kongsikan ini. Mudah jer, janji sedap dan mengenyangkan!
Semak resipi itu di bawah ni ye…
NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
2 sudu makan mentega
2 biji telur
10 ekor udang segar | bersihkan
2-3 ulas bawang putih | cencang halus
Sedikit cincangan daun bawang | hiasan
Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan satu sudu makan mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cencangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cencangan daun bawang.Sedia dinikmati.
NASI GORENG PEDAS SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 batang sosej | hiris bulat nipis
2 sudu makan cencangan daun bawang
3 ulas bawang putih
8-10 biji cili padi
2cm belacan
Garam dan lada sulah secukup rasa
Ads
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk spageti/linguine | celur
2 batang jejari ketam | potong kecil
8-10 ekor udang sederhana | bersihkan
5-6 biji cili padi | hiris halus
3 ulas bawang putih | cencang halus
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cencangan daun bawang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan satu sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
KUETIAU SUP ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
1 paket kuetiau
Ads
2 keping dada ayam
10-12 ekor udang saiz sederhana | bersihkan
2 batang kek ikan | hiris
1 batang daun bawang cencang halus
5 ulas bawang putih | cencang halus
10-12 biji bebola ikan
1 liter air
60 gram tauge
1 cawan stok ayam | air rebusan ayam
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.Tumis bawang putih hingga terbit wangi.
Masukkan air, stok ayam, kepingan dada ayam, kek ikan dan bebola ikan lalu didihkan.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biar ia mereneh.
Keluarkan dada ayam dan hiris nipis. Ketepikan.
Sementara itu, celur kuetiau, udang dan tauge secara berasingan.
Untuk menghidang, letakkan kuetiau tadi di dalam pinggan, tauge dan udang. Susun hirisan ayam di bahagian atas.
Hidangkan bersama sup yang mengandungi bebola ikan tadi dan tabur cencangan daun bawang dan cili padi.
MI KICAP BEBOLA IKAN
Ads
BAHAN-BAHAN A:
1 paket mi kuning
50 gram tauge
3 ulas bawang putih | cencang halus
2cm halia | mayang halus
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
¼ sudu kecil pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
1 cawan air
BAHAN-BAHAN B (SUP):
10-15 biji bebola ikan
3 cawan air
2 ulas bawang putih | cencang halus
½ sudu teh pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cincangan daun bawang secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Mi kuning dan tauge dicelur berasingan.
Di dalam periuk, panaskan sedikit minyak lalu tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat dan air.
Tambah pati ikan bilis, garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan lagi hingga semua bahan sebati.
Tuang kuah kicap ini ke dalam pinggan berisi mi dan tauge yang telah dicelur tadi.
Untuk membuat sup; panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air, pati ikan bilis dan bebola ikan. Didihkan hingga semua bahan sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa. Tabur cencangan daun bawang.
Hidangkan mi kicap tadi dengan sup bebola ikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja. Nak lagi puas makan, eloklah kita buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang.
Kalau ada yang kata nak buat cheese cake, cuba resipi cheese cake yang hanya guna tiga bahan ini. Cara membuatnya pun senang. Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.
Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas
RESIPI CHEESECAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka
Hanya Guna Tiga Bahan, Paling Senang Nak Buat
CARA MEMBUAT:
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Sedapnya makan pecal mangga, boleh kecur air liur. Tambah-tambah mangga berbuah sepanjang tahun kan? Tak ada musimnya sentiasa ada buahnya kat pokok.
Bila dah banyak sangat mangga, sayang dibiarkan begitu saja. Kadang-kadang jemu juga makan dengan asam atau ‘colek’. Daripada membazir, bolehlah cuba buat pecal mangga.
Inilah resipi yang dikongsikan Fauziah Gamal, pecal mangga yang menjadi pembuka selera. Tak perlu lauk lain dan nak makan begitu saja pun boleh.
4 biji buah mangga kampung
2 ulas bawang merah
Sedikit lada hitam
Santan segar
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil sudu gula
2 ekot ikan sardin – rebus dan ambil isinya.
Cara Membuat:
1. Buang kulit mangga dan cincang atau sagat. Sebaiknya cincang untuk rasa yang lebih padu.
2. Tumbuk bawang merah bersama dengan lada hitam. Asingkan.
3. Kemudian, tumbuk pula isi ikan rebus tadi.
4. Campurkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk yang berisi mangga cincang dan bawang serta lada hitam yang ditumbuk itu.
5. Gaul sebati dan masukkan bahan perasa, garam serta gula.
6. Kemudian, masukkan sedikit santan segar.
7. Siap. Bolehlah dihidang bersama nasi serta lauk lain.
Tip: 1. Bagi buat resipi ini, kena guna mangga yang masam atau putik lagi. Baru sedap. 2. Isi ikan sardin – Rebus dahulu dengan air, garam dan asam gelugur. 3. Buat untuk sekali makan sebab ia guna santan segar.
Mingguan Wanita : Sedapnya. Nak makan dengan nasi pun boleh. Ratah pun sedap juga ni. Memang padu!
Laksa utara sedap dinikmati sememangnya bergantung pada kuah laksa yang sedap. Nak dapatkan kuah laksa utara sedap pun ada petuanya.
Chef Shukri atau nama sebenarnya, Ahmad Shukri Amiruddin berkongsi petua menyediakan kuah laksa yang sedap. Penting untuk mendapatkan pati kuah yang pekat dan membangkitkan aroma kuah laksa itu sendiri.
“Macam saya pernah bagitau dulu. Petua untuk masak Laksa yang sedap guna ikan Termenung jangan guna ikan kembung. Hari ni saya masak 10 kilo ikan untuk berniaga esok.”
Kuah Laksa Utara Sedap Guna 10 Kilo Ikan
Cara nak dapatkan pati kuah laksa yang sedap lagi pekat.
Blend halus semua bahan.
Bahan-bahan yang tidak di blend halus akan menjadikan tekstur kuah yang tidak menarik.
Buka api yang perlahan selama 6 jam baru kuah laksa akan sebati.
Tulang ikan blend halus dan tapis masukkan air tulang ikan dalam kuah. Ini patinya.
Saya suka letak bunga kantan dan daun kesum yang banyak supaya aroma laksa memanggil dan “merasuk” kita untuk makan.
Petua Rebus Laksa Tak Melekat
Petua yang paling penting masukkan sedikit minyak semasa merebus laksa yang telah direndam terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk mengelakkan Laksa melekat.
Mana geng 02 ni? Masuklah. Esok p merket ( pasar) beli ikan termenung buat laksa. Orang Utara ni cukup pantang sebut laksa. Layoq kat depa esok depa p carilah laksa.
Petua ni last sekali Chef bagi untuk laksa yang paling sedap adalah “Laksa yang orang belanja…”
Mingguan Wanita : Haa.. dah tau cara buah kuah laksa sedap kan. Bolehlah cuba ya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.