Wanita ini, Rosmarlina Binti Abd Gani menetap di Jepun. Walau jauh di negara matahari terbit, beliau dapat menyediakan murtabak ayam roti paratha yang sedap.
Tentunya bila tiba bulan puasa, dan jauh di perantauan. Suasana bazar Ramadan di Malaysia antara yang dirindui perantau-perantau.
Bermacam menu jualan yang menggamit-gamit kenangan. Jadinya, terhasillah resipi murtabak ayam roti paratha untuk keluarganya nikmati ketika berbuka puasa.
“Hari ni Ros buat murtabak ayam guna roti paratha. Nak buat murtabak ni guna kulit popiah pun boleh.
Tapi guna roti Paratha ni lagi sedap dan bolehlah feeling ala-ala murtabak bazar Ramadhan kan.. walaupun jauh di rantauan.”
Akuinya, murtabak inilah makanan kebiasaan bulan Ramadan yang pasti tak dilupakan.
Resipi Murtabak Ayam Roti Paratha Segera
Bahan-bahan
- 5 keping roti Paratha segera – pastikan dibiarkan pada suhu bilik dalam 1 jam, supaya senang dibentuk
- 200 gram daging, ayam – dicincang
- Bawang besar – dicincang
- 2 sudu besar serbuk kari
- 4 biji telur
- Bawang besar – disagat
- Kubis – disagat
Cara Membuat
- Tumis bawang besar dan masukkan daging dan ayam yang sudah dicincang dan serbuk kari.
- Masukkan sedikit air dan sesuaikan rasa.
- Kemudian, masukkan garam, masak hingga inti ayam tadi agak kering.
- Angkat dan sejukkan.
- Ambil inti tadi dan masukkan dalam mangkuk.
- Pecahkan 4 biji telur, masukkan bawang besar sagat dan sedikit kubus sagat. (Ros suka masukkan kubis sebab inti akan jadi tebal dan makin sedap.)
Baca sini : Senangnya Buat Murtabak Maggi, Masa Inilah Nak Ajar Anak Buat
Untuk Membentuk Murtabak Ayam
- Ambil sekeping roti Paratha yang dah lembut tadi, letakkan atas papan pencanai.
- Sebelum itu, papan sapu dengan butter supaya senang nak angkat murtabak bila siap letak intinya nanti.
- Dengan menggunakan jari, tarik-tarikkan roti Paratha tadi. Biar jadi agak nipis dan besar permukaannya.
- Letakkan inti dan lipat empat segi.
- Kemudian, angkat dan masak di dalam frypan. Masak sehingga kedua-dua permukaan murtabak perang.
- Ulang langkah tadi hingga semua roti Paratha habis dilipat.
Cara Membuat Kuah Bawang Merah
- 1/2 biji bawang merah – dihiris
- 1 sudu besar cuka
- 2 sudu besar sos cili
- Garam
- Gula
- Gaulkan semua sekali dan masukkan dalam bekas bertutuo.
- Biar beberapa jam.
- Selepas itu boleh dimakan bersama murtabak.
Tip : Inti murtabak ni boleh ganti dengan isi tuna dalam tin atau daging lembu cincang ya, ikut lah selera masing-masing.
Selamat Mencuba.
Beli ROTI PARATHA FROZEN di sini : https://invol.co/clabfmh
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI