
Isi Kandungan
ToggleKalau anda jenis suka minum kopi atau teh, anda mungkin akan berdepan dengan masalah nak cuci gelas atau cawan yang bertukar jadi warna kekuningan. Selalunya yang asalnya warna putih, agak sukar untuk cuci dengan pencuci biasa.
Ya, jika dibiarkan lama-lama dasar gelas atau cawan akan nampak buruk, seolah-olah anda tak cuci.
Sebenarnya ada cara yang mudah, jadi anda tak perlu nak mengeluh dan niat nak ketepikan minum kopi atau teh secara terpaksa. Jom cuba antara salah satu ini…
2 Tip Cuci Cawan Lekat Kesan Kopi Dan Teh
1. Guna baking soda
Ambil 1 sdm dan gosok dengan sedikit air pada gelas yang kotor. Biarkan lebih kurang 5 minit dalam keadaan basah, kemudian bilas sambil menggosok gelas lagi. Anda juga boleh menggunakan garam yang dicampur perahan limau nipis dengan teknik yang sama seperti ketika kamu menggunakan baking soda.

2. Rendam dengan air panas
Atau anda boleh cuba hilangkan kesan teh dan kopi dengan cara merebus atau merendam gelas di dalam air panas. Campur air panas dengan serbuk soda, kemudian rendam gelas hingga air jadi sejuk. Gosok dan bersihkan seperti biasa.
Nah, sangat mudah bukan? Kini gelas yang kotor disebabkan kesan minum teh dan kopi jadi lebih bersih. Tak payahlah sampai nak beli pinggang mangkuk baru. Jimat!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Che Hafiz Tidak Hairan Jika Lufya Sanggup Berbohong “Isu Pemberian Nafkah Anak, Saya Tidak akan Abaikan Anak Sendiri”

Isi Kandungan
ToggleDr Che Hafiz Tidak Hairan Jika Lufya Sanggup Berbohong. Begitulah antara luahan yang dinyatakan oleh bekas suami pelakon Lufya yang berkongsi sebuah luahan mengenai tajuk Kebenaran Yang Berlaku menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.
Untuk rekod, kemelut tuntutan nafkah Lufya terhadap bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz untuk anaknya seakan tiada kesudahan apabila kes sudah ditutup pihak Mahkamah Syariah sejak Mac lalu. Malah Lufya juga menyatakan perkara tersebut berlaku akibat kesilapan peguam yang mewakilinya apabila tidak muncul di mahkamah untuk perbicaraan.
Terbaru Lufya menerusi temubual sebuah program hiburan menegaskan tindakan kekasih kepada bekas suami membuat laporan polis atas dakwaan dia mengganggu kehidupannya sangat tidak masuk akal.
Dr Che Hafiz Tidak Hairan Jika Lufya Sanggup Berbohong
Tampil berkongsi kisah, bekas suami Lufya sendiri membuat penjelasan;
“KEBENARAN YANG BERLAKU
Pertama kali saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan yang palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Saya lebih mengenali siapa diri dia. Tidak perlu untuk saya terasa atau berasa marah kepada netizen yang memberi reaksi seakan-akan membenci dan tidak menyokong kepada belah pihak saya seperti isu soal nafkah anak. Sebab apa2 sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh dia adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendak dia sendiri.
Soal isu pemberian nafkah anak.Saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti saya tahu akan tanggungjawab saya dan sudah tentu saya tidak akan abaikan anak saya sendiri. Sy ada bukti yang kukuh untuk diberikan kepada pihak Mahkamah.
Jadi saya harap dia gunakan saluran yang betul dan bukan nya jadi seperti budak2 main lepas perasaan di media sosial yg dimana perkara sebegini boleh minimbulkan spekulasi yang salah oleh masyarakat terhadap saya.
Sy lebih mengenali siapa diri dia dan aib dia juga selama ini saya simpan.Tidak pernah sy dedahkan di media sosial malah saya rasa tiada keperluan untuk menceritakannya sebab dia bukan lagi Isteri saya yg sah dan kami pun sudah lama bercerai bukan baru bercerai 2,3 bulan.
Saya dan bakal Isteri niat kami cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba yang terbaik untuk berbincang dengan nya (Bukti ada) tetapi telah ditolak malah dibalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan juga fitnah.
Saya rasa dia sudah melampau dan saya harap dia dapat menggunakan saluran yang betul bagi menyelesaikan isu yang ada dan jika benar dia ingin selesai Isu tersebut dengan baik.
Be more professional dan jangan libatkan orang yang tidak sepatutnya seperti keluarga saya dan juga bakal Isteri,” kongsi Dr Che Hafiz.

Sumber/ Sumber Foto : Instagram Dr Che Hafiz
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Kenalah Faham Urat Mak-mak Banyak Putus’ Punca Cik Piah Pakai Seluar Terbalik

Baik suri rumah ke wanita kerjaya, kalau dah nama mak-mak memang tak dapat lari dari kalut ribut urus anak-anak dan rumah tangga. Lucu cerita penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah ini, bila mana terpakai seluar terbalik.
Ketika nak keluar ke satu lokasi, dan Cik Piah tersangkut di dalam kesesakan lalulintas itulah dia kongsikan yang dia dah pakai seluar terbalik. Yang lucunya, sebelumnya Cik Piah dah pernah pakai baju terbalik.
Haa.. macam tu sekali kan tahap kekalutan bila mak-mak fikir banyak benda.
Dan dalam posting yang berbeza di instagramnya, Cik Piah jelaskan sebab kejadian itu dengan lebih lanjut.
Tulisnya,
“Kadang terpikir kenapalah boleh pakai baju terbalik, seluar terbalik. Gais korang kena paham, urat mak-mak banyak putus. Lepas tu mak-mak ni banyak kerja yang dibuat.
“Sebab tu jadi camni. Banyak benda yang dia pikir sampai pakai seluar pun terbalik. Tapi Cik Piah tetap confident je tadi. Walaupun seluar terbalik, ada aku kisah. Yang penting aku pakai seluar.”
Cik Piah Makin Berseri-seri Dan Langsing
Lucu betul Cik Piah ini. Sebenarnya bukan Cik Piah sorang lalui pakai baju ke seluar terbalik ni. Ramai lagi dekat luar sana dah alaminya.
Tudung terbalik pun pernah. Lagi parah.. stoking sebelah warna lain, sebelah lagi warna lain. Jangan tak tau.. pernah tercipta dalam sejarah tau pasal stoking warna lain-lain ni.

Tentunya, sebab nak cepat. Dan tak perasan.
Konfiden tu yang penting.
Cik Piah atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan nampaknya semakin berseri-seri dan langsing. Rupanya selain rajin berzumba, Cik Piah amalkan suplemen kesihatan. Paling utama tentulah menjaga dua orang anak lelakinya yang comel tu, Adam Malique dan Nuh Aryyan.
Cik Piah mendirikan rumah tangga dengan Nurashid Abd Wahab sekitar Mei 2016.
Sumber/Foto : feeyaiskandar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Sebelah Tempurung Kepala Dibuang, Lebih 92 Hari Koma’ Bantulah Gadis Terlantar Ini

Isi Kandungan
ToggleSayu kisah gadis terlantar koma di wad hospital ini. Selepas alami kemalangan, langsung dia tak sedarkan diri malah kecederaannya membuatkan tempurung kepala Siti Hanisa Binti Busu ini terpaksa dibuang.
Kata teman yang berkongsi cerita, Nurul Shifa, ini kisah kawannya. “Harap dapat tolong viralkan. Saya kasihan dengannya. Dia nak sambung belajar.”
Dan anak kepada seorang ibu tunggal, adik kepada seorang abang OKU ini masih lagi terlantar di atas katil dengan alat bantuan pernafasan.
Kemalangan Di Tengah Malam, Ini Yang Gadis Koma Terpaksa Lalui
Siti Hanisa, anak bongsu kepada seorang ibu tunggal yang tidak mampu bekerja. Faktor usia ibu menghalangnya untuk cergas bekerja.
Dia juga mempunyai seorang abang OKU. Walau usia masih muda, gadis ini mengambil alih tugasan mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan harian dan yuran pelajaran.
Besar impiannya mahu berjaya dalam bidang pelajaran. Dan semangat itu tak pernah luntur dalam dirinya.
Tanggal 19 Ogos 2018, jam 12.30 malam, Hanisa mengalami kemalangan di tempat kerjanya di Kuala Perlis.
Tempurung Kepala Terpaksa Dibuang
Rentetan daripada kemalangan itu, Hanisa alami kecederaan di bahagian kepala sehingga menyebabkan pendarahan yang serius.
Sebelah tempurung kepalanya juga terpaksa dibuang akibat keretakan serta patah tulang selangka di bahagian kiri.
Dikhabarlah sudah lebih 92 hari, Hanisa tak sedarkan diri. Hanya bergantung pada mesin bantuan pernafasan di Hospital Tengku Fauziah, Kangar, perlis.
Kecederaan dan koma itu membuatkan gadis ini memerlukan barang keperluan ini untuk keluarga menyempurnakan urusan hariannya.
Hanisa perlukan :
- Bekalan susu (1 tin untuk sehari)
- Lampin pakai buang
- Alatan menyedut kahak
- Tiub saluran susu
- Dan lain-lain keperluan asas
Ibunya Tidak Mampu Dari Segi Wang Ringgit
Setiap bulan ibu cuma bergantung dengan pendapatan bulanan bersih yang diperoleh dari Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM450. Untuk keperluan ibu tunggal ini dan bagi abang yang kurang upaya (OKU).

Jumlah itu, menjadi semakin teramat kecil selepas anak gadis ini terlantar sepenuhnya di atas katil hospital.
Sungguh, Hanisa tidak pernah minta untuk menjadi seperti ini.
Anda yang sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan ikhlas, baik dalam bentuk kewangan ataupun keperluan asas boleh berbuat demikian dengan memberikan bantuan pada ibu atau boleh menghubungi kakak kandung beliau:
SITI NORLIA BINTI BUSU (KAKAK)
09010020816414 (BANK ISLAM)
SITI NORLIA BINTI BUSU (KAKAK)
016 620 0457
MW : Semoga sumbangan ikhlas anda itu dapat memudahkan urusan keluarga yang sedang diuji ini.
Kiriman info/foto dari : Nurul Shifa
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI