Dua Tahun Tak Berjumpa Anak, Kerana Gelang Pink Ibu Sanggup Tahan Rindu

Ibu ini, Noraini Mat sudah dua tahun tak dapat bertemu anaknya yang belajar di luar negara. Apabila anaknya pulang ke tanah air untuk menghabiskan cuti semester, dia perlu menjalani ujian swab, kuarantin selama 14 hari di rumah (ketika itu), malah memakai gelang pink juga antara syarat wajib patuh.

Biar pun ketika ujian Covid-19, anaknya negatif, kepatuhan duduk rumah dan ikut langkah-langkah kuarantin yang betul tetap dilakukan oleh keluarga ini.

Kongsi ibu ini, “Kalau dah suruh kuarantin kat rumah tu buatlah betul-betul. Ni boleh pulak ke sana ke sini buat tak heran buleh. Ini tag tangan anak kami. Dipakai ketika tiba di KLIA.”

Dua Tahun Tak Berjumpa Anak, Kerana Gelang Pink Ibu Sanggup Tahan Rindu

Negatif Covid ketika ujian swab kali pertama,
Kuarantin di rumah ikut SOP.
Makan dan minum keperluan dihantar ke bilik.
Hanya wasap @ vc sahaja dibenarkan.
Dilarang sama sekali keluar dari bilik kecuali untuk ke bilik air.
Kami tidak berkongsi bilik air.
Kami sediakan bekas pakai buang untuk makan dan minum.

Sebelum anak kami balik dari luar negara, kami sanitasikan bilik yang akan digunakan untuk kuarantin. Kereta, bagasi dan segala bagai kami sanitasikan sebelum masuk ke rumah ketika menjemput beliau pulang. Mandi dan bersihkan diri di luar rumah sebelum masuk ke bilik kuarantin.

Baca sini : 14 hari duduk dalam kuarters sekolah, tak boleh lari selagi gelang pink masih di tangan.

Hari ke-10 kuarantin, kami tetap tidak membenarkan anak kami menziarahi bapa saudaranya yang meninggal. Padahal jarak rumah kami tidaklah jauh mana. Kami rasa amat bertanggungjawab jika membenarkan anak kami ke majlis yang ramai orang.

IKLAN

Sehingga saat ini (ketika status dimuat naik), kami sekeluarga belum bersalaman dan sebagainya. Walaupun itu yang kami inginkan selepas hampir 2 tahun tidak berjumpa.

Alhamdulillah.. hari ini, hari ke-13. Ujian swab kali kedua di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar mengesahkan, negatif Covid-19. Tunggu hari ke-15 untuk tanggalkan tag keramat ini.

Gelang Pink, Lebih Gah Berbanding Gelang Pulut Dakap

Dan pada hari ke-15 iaitu 23 Julai lalu, gelang pink anaknya yang belajar di luar negara itu pun ditanggalkan.

Tulisnya,

Berakhir sudah tempoh kuarantin 14 hari anak kami. Gelang merah jambu menjadi kenangan, ditanggalkan pada hari ke-15. Alhamdulillah. Terima kasih untuk semua yang mendiakan kesejahteraan keluarga kami.

IKLAN

Gelang merah jambu yang menjadi viral seluruh alam. Lebih gah berbanding gelang pulut dakap @ roti tawar. Gelang ini bukan biasa-biasa.. terlalu istimewa kerana perlukan pengorbanan.

Pesannya lagi, “jadilah rakyat Malaysia yang patuh dan bertanggungjawab. Hargailah pengorbanan semua pihak demi kepentingan bersama.”

Baca sini : Saringan kedua, wanita gelang pink disahkan Covid-19, sedang dirawat di hospital.

Ibu ini yang juga seorang guru berasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebegini kerana melihat peningkatan kes positif Covid-19.

IKLAN

Barangkali ada yang masih tidak faham mengenai istilah kuarantin. “Kuarantin ini sepatutnya perlu dilakukan betul-betul, maknanya kena isolasi. Tak boleh ke sana sini.”

Sebab itulah bila anak lelakinya, Muhammad Muizzuddin Nizar, 23 yang menuntut di Universiti Al-Azhar pulang ke tanah air pada 8 Julai lalu, syarat kuarantin itu dibuat betul-betul.

Info menarik di sini.

Dua Tahun Tahan Rindu Nak Dakap Anak

Rindu nak mendakap anak itu jangan ceritalah. Tapi ibu ini sentiasa ingatkan. “Anak sudah ada dalam rumah dan depan mata. Hanya sabar sikit saja lagi. Lagipun saya terkesan dnegan pengorbanan frontliners kita yang dah bertungkus lumus banteras Covid-19 selama beberapa bulan. Kita ni pula hanya perlu duduk rumah saja.

Tak mahulah apa yang kita buat selama ini jadi sia-sia hanya dengan kesilapan yang sedikit. Jika tak patuh, bukan hanya risikokan keluarga tapi orang sekeliling. Lebih bimbang nanti viral pula andai kata kita ni menjadi penyebab.”

MW : Semoga kisah keluarga ini jadi inspirasi untuk yang lain. Ingat! Kita belum bebas lagi dari Covid-19, sentiasalah jaga jarak, pakai topeng muka bila berada di tempat yang sesak.

Sumber/Foto : Noraini Mat Noraini, Mstar Online.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI