Sedih sungguh setelah dua tahun PJJ (perhubungan jarak jauh) dan menanti zuriat, suami pergi sehari selepas tahu bakal bergelar ayah. Ternyata berat sungguh ujian ini.
Setelah mendirikan rumah tangga, setiap pasangan tentu saja menantikan kehadiran cahaya mata. Namun begitu tidak semua direzekikan zuriat cepat, ada setengah pasangan perlu berusaha bertahun-tahun sebelum dikurniakan anak.
Itulah yang dialami oleh sepasang suami isteri yang terpaksa berjauhan kerana mempunyai tugas dan tanggungjawab dek kerana pekerjaan masing-masing.
Dua Tahun PJJ & Menanti Zuriat
Sebelum ini, pasangan ini hidup PJJ selama dua tahun dan baru sahaja menetap bersama selama dua bulan.
Tentu saja bila berita kehamilan diketahui, pada suamilah paling teruja si isteri ingin berkongsi. Apatah lagi zuriat ini adalah penantian dua tahun.
Namun, pedih apabila keesokan harinya suami pergi buat selamanya setelah mengetahui berita gembira ini. Kongsi Shaa Ibrahim:
Suami Pergi Sehari Selepas Tahu Bakal Bergelar Ayah
’Pagi tadi saya hantar gambar ini dekat awak sayang. Rupanya awak tak sempat tengok . Allah panggil awak balik . Dua tahun awak tunggu sayang.
Saya kuat sebab anak ini. Ini juga last Whatapps saya sempat hantar dekat awak . Lepas ini tidak akan ada lagi orang yang hendak hantar emoji lucu-lucu dekat saya.”
Bekal Tak Sempat Jamah
Manakala di posting yang lain, Shaa Ibrahim turut berkongsi tentang permintaan terakhir suaminya iaitu meminta dia menyiapkan bekal.
Tetapi malangnya, bekalan itu tidak sempat dijamah kerana terkorban dalam kemalangan jalanraya. Kini pasangan ini menetap di Sungai Lembing, Pahang. Jadi setiap hari suaminya berulang-alik dari Sungai Lembing ke Kemaman, Terengganu kerana arwah bertugas di sana.
“Bekal awak tak sempat jamah. Pagi tadi awak request hendak nasi goreng dan udang goreng kunyit.
“Saya tanya awak nak sambal belacan tak. Awak kata nak. Ceria saja suara awak sayang.
“Macam biasa breakfast roti bakar favourite awak cuma pagi tadi saya minta tolong awak sapukan butter.”
Di samping itu, jelas Shaa Ibrahim, ramai kawan-kawan arwah suaminya datang menziarah arwah untuk kali terakhir dan mereka turut mengalirkan air mata kerana sedih kehilangan seorang kawan yang baik.
Arwah suami Shaa Ibrahim telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.
“Saya minta maaf tak mampu tengok awak tadi dekat tempat kejadian.”
Demi Allah awak terlalu baik. Tidak sekalipun awak marah saya. Tidak sekalipun kata-kata kasar keluar dari mulut awak. Allah sayang awak.
Respon Netizen:
Ramai kenalan serta netizen bersimpati dengan apa yang berlaku pada Shaa Ibrahim dan mendoakan dia terus kuat menempuhi hari mendatang demi anak yang dikandungnya.
Mingguan Wanita : Semoga Shaa Ibrahim tabah dan terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Tentu apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah Wan Muhamad Hasruldin bin Wan Mustapa. Al-Fatihah.
Bergelar ibu kepada seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.
Walaupun berhati-hati sehingga pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah dan memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Namun hati ibu muda ini begitu terkejut dan rasa takut, apabila mengetahui individu yang bertemu dengan anak kesayangan merupakan kontak rapat dan positif Covid-19.
Anak Kontak Rapat Individu Positif Covid-19, Rayyan Buat Jantung Elfira Mahu Luruh
Menerusi perkongsian di laman Instagram menggunakan nama akaun putera kesayangannya itu, Elfira, menjelaskan dia tidak membawa anaknya keluar, bagaimanapun dalam masa yang sama, dia tidak tahu orang yang datang ke rumah telah dijangkiti virus itu.
Rayyan menangis ketika menjalani ujian calitan.
“Kongsi di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu, untuk keadaan sekarang tidak mengapa untuk bertegas mengatakan tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita .
“Terutamanya bila kita tahu orang itu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.
“Rayyan tak keluar , tapi kita tak tahu orang yang datang rumah itu telah terdedah kepada virus.
Rayyan Salah Seorang Kontak Rapat Individu Positif Covid-19
“Jadi nak dijadikan cerita, dia merupakan salah seorang kontak rapat. Memang nak luruh jantung, sebab saya takut sangat dengan hospital, kalaulah jadi apa-apa mesti saya kena jaga dia, memang takut sangat,” ujarnya.
Alhamdulillah, Semuanya Baik
Tambah Elfira, dia bersyukur apabila ujian calitan yang dilakukan terhadap Rayyan, menunjukkan dia tidak dijangkiti biarpun berada beberapa jam bersama individu terbabit.
“Alhamdulillah semuanya baik. Kuat imun system anakku dan syukur kepada ALLAH SWT kerana melindungi Rayyan.
“Menakjubkan kerana dia terdedah beberapa jam tetapi tidak ada apa-apa tetapi yang terdedah satu jam dijangkiti. Memang ajaib.
“Jadi tolong jaga diri anda dan pastikan makan vitamin C,” tulisnya lagi.
Ini luahan hati Misha Omar ketika menjayakan konsert Hot Kool Jam yang lalu. Betapa lagu ‘berhantu’ Sampai Bila yang menjadi OST lagu tema drama Jangan Benci Cintaku buatnya merinding sendiri. Kerana liriknya kah? Atau melodinya?
Rupanya merinding Misha itu disebabkan dia tersentuh hati dengan sambutan para peminatnya yang turut sama menyanyi dengannya semasa Misha mendendangkan lagu Sampai Bila dalam konsert tersebut. Katanya lagu itu perlahan-lahan meresap ke jiwa pendengar.
Sampai macam itu sekali penangan #janganbencicintaku. “Semalam di konsert Hot Kool Jam, sampai saya tergerak untuk membuka ear monitor untuk kepastian. Sungguh saya tak percaya apabila suara-suara di bawah turut menyanyi bersama lagu SAMPAI BILA.
“Saat itu terasa berat benar menghabiskan nyanyian lagu tu. Tak tau nak nyanyi ke nak nangis je kat situ. Semenjak lagu SAMPAI BILA diperkenalkan dan meresap perlahan-lahan ke jiwa kalian semua, percayalah.. perasaan saya sebenarnya tidak aman.
“Saya sering diburu rasa terharu, dan adakalanya bila saya lihat post / stories di instagram dari peminat-peminat berkenaan SAMPAI BILA, jadi merinding sendiri dan kadang-kadang sampai boleh menitiskan airmata.”
Misha Omar 16 Tahun Menyanyi Dalam Industri Seni
Begini agaknya ya respon dari seorang penyanyi yang telah bekerja selama 16 tahun. Di mana setahun yang lalu masa banyak dihabiskan untuk membesarkan anak-anak dan uruskan rumahtangga.
“Jadi sentimental terus atau kau sebenarnya chengeng dari dulu la Misha Omar! TERIMA KASIH kerana menghargai lagu nyanyian saya, percayalah support dari kalian itu jadi tulang belakang yang hebat untuk saya terus bekerja keras dalam industri muzik.”
“Suara saya hanyalah sebuah instrumen yang kecil tanpa melodi yang indah dan susunan muzik yang besar dari Sharon Paul Penceritaan nyanyian saya takkan dapat dirasakan kalian tanpa kata-kata pujangga yang menusuk jiwa oleh Shah Shamsiri dan Fedtri Yahya.”
“Terima kasih Hot FM dan Kool FM yang mengundang saya dalam siri konsert malam tadi. Terima kasih Suhan Movies kerana menjadikan lagu saya ini, lagu tema drama slot akasia #janganbencicintaku.
“Sekalung tahniah buat pihak produksi penggambaran #janganbencicintaku , to all the main cast, pengarahnya, Pali Yahya di atas kejayaan drama mereka yang trending every single day.”
“Terima kasih rakan-rakan artis yang selalu beri kata-kata semangat, rakan -rakan wartawan media cetak & elektronik.
“Dan sekali lagi, terima kasih atas sokongan kalian yang request lagu SAMPAI BILA sehingga menduduki tangga di carta-carta radio, yang mendengarkan di semua digital platform, yang mengundi lagu ini di carta muzik-muzik.”
“Cuma Allah saja mampu membalasnya. Bila support kalian bersatu, energynya sangat luar biasa.” luah Misha Omar dalam instagramnya
Suhaila dan Faizal Hussein ceria sambut ulang tahun perkahwinan ke 20, masing-masing ‘tak makan’ tua. Sebut saja nama Faizal Hussein pasti peminat terkenangkan filem-filem box office lakonannya.
Suhaila & Faizal Hussein Ceria Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Tahun
Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang, Suhaila Sulaiman sentiasa dicemburui peminat.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Suhaila, suri hati Faizal Hussein ini berkongsi momen indah sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 20 tahun.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan peminat dan juga warga maya. Masing-masing mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn, 19 tahun dan Fazrick, 16 tahun.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...