Dua Tahun Menanti, Isteri Maut Ditembak Suami, Hamil 5 Bulan Anak Pertama

Share

Cukup menyayat hati, kes yang mana isteri maut ditembak oleh suami di muka sedang hamil 5 bulan dan menanti kelahiran anak pertama. Tiada siapa tahu punca dan sebab keadaan ini berlaku.

Lebih menyedihkan suspek sudah dianggap seperti anak sendri dan seorang yang sangat baik. Ini diakui oleh mentuanya sendiri.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri MAUT Ditembak Suami Lebih 5 Das Pada Jarak Dekat Di Muka!

‘Tinggalkan 3 Orang Anak Masih Kecil.’ Nenek Terkejut Cucu Meninggal DiTembak

Isteri Maut Ditembak, Hamil Anak Pertama

Dalam perkongsian di media sosial, suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, disahkan hamil lima bulan.
Perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, yang menyatakan bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu, Safsufarnisya Salleh, 26 tahun, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.

“Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal. Malah, kami tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana menantu (suspek) ini memang baik orangnya sehinggakan kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.

“Jadi kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat.

Menantu Yang Baik & Ringan Tulang

Katanya, jika dilihat daripada keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang yang ‘ringan tulang’ dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.

“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.

“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.

“Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa dah sekarang,” katanya.

Dalam masa yang sama juga, Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.

Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.

“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.

“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.

“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian ini,” katanya.

Che Mas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Salleh Eizan, 61, dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak berusia antara 39 dan 26 tahun.


.

Allahyarham Safsufarnisya pula berkahwin dengan suspek selepas bertemu ketika menjalani latihan praktikal dalam bidang pengurusan forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis beberapa tahun lalu.

Jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Terdahulu, kenalan, rakan sekampung Allahyarham dan sanak saudara hadir menziarahi keluarga mangsa.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ru’sele Eizan yang juga adalah bapa saudara mangsa.

Mingguan Wanita : Moga keluarga ini tabah menhadapi segala dugaan. Takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Harian Metro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora