Pelakon, Nabila Huda akui dirinya berubah dalam tempoh dua tahun melalui ujian MCO pandemik Covid-19 ini. Dia berubah menjadi seorang yang lebih baik lagi.
Biarpun masanya habis di rumah dengan ahli keluarga. Malah perniagaan yang diusahakan juga tidak berjalan dengan baik, namun Nabila dapat melihat hikmah yang cukup besar ke atas dirinya.
Sekitar May lalu, Nabila juga pernah dijangkiti virus Covid-19 dan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Masa yang ada juga dihabiskan dengan waktu yang cukup berkualiti dengan anak dan suami. Yang mana, semua itu tentunya sukar untuk dilakukannya.
Malah, dia juga dapat menjalankan rutin membuat kerja-kerja rumah yang sebelum ini tidak pandai dilakukannya. Paling indah baginya, apabila dia mula belajar mengaji bersama anak perempuannya, Keisha dan rakan-rakan baiknya.
Nabila juga ketika ini dapat berkongsi kelas online secara percuma kepada mana-mana individu yang berminat dengan ilmu lakonan. Tentunya, hal ini membuatkan dirinya lebih berasa bersyukur dengan apa yang dilalui dalam tempoh dua tahun ini.
Kongsinya, “In these 2 years adalah the toughest year untuk satu dunia..Tapi abil ada pandangan yang positive dengan apa yang terjadi and abil harap dapat membantu korang untuk bangkit semula..
Here goes my pandemic journey tapi dia takkan berhenti after this pandemic’s over. There’s more to come!
Semoga anda dapat sesuatu daripada perkongsian Nabila Huda ini.
Mingguan Wanita : Apabila seseorang dapat melihat kesukaran, dan kepayahan itu sebagai satu peluang. Maka, itu adalah nikmat yang indah untuk dirinya.
Sumber/Foto : kupu_kupu
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW