Dua rider wanita terperosok bawah treler, rakan kongsi arwah beri petanda “menangis tak bagi balik masa jumpa”. Hobi dua sahabat yang gemar beriadah menunggang motosikal bersama-sama secara berkumpulan berakhir dengan tragedi.
Dalam kejadian dua hari lalu di Jalan Gunung Pulai, Kulai, dua sahabat Suria Othman, 36 dan rakannya, Zaiton binti Zainal, 38 diberitakan meninggal dunia selepas motosikal dinaiki terbabas di satu selekoh ketika hujan sebelum seorang darinya terperesuk di bawah treler dan seorang lagi meninggal ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Dua Rider Wanita Terperosok Bawah Treler
Siasatan pihak polis mendapati, cuaca hujan dan permukaan jalan licin sebelum kedua-dua motosikal jenis Y15ZR dan Y16ZR hilang kawalan semasa selekoh dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah treler.
Dalam pada itu, kejadian yang menimpa arwah mendatangkan kesedihan buat rakan-rakan yang mengenali mereka khususnya, Suria Othman yang mengenali mereka. Terlalu banyak kebaikan dibawa oleh arwah dan tak hairanah ramai yang sukar menerima berita seperti ini.
Dalam satu perkongsian di fb, Aisya Zkria dia berkongsi arwah seakan sudah mendapat petanda bahawa akan pergi selamanya kerana tidak membenarkan dirinya balik ketika mereka bertemu sebelum kejadian kemalangan ini terjadi.-
Salam takziah Cik LisaHanaz HanazTerima ksih untuk abg Syahrul Kecik Tenggaroh banyak tolong dari awal sampai akhir, alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami.
Terima kasih untuk perkenalan yang singkat nie, banyak yang kita lalui hujan panas bersama. Mana janji kau nak bawak kawan kawan pergi pasir lanun kak?
Kau ajak aku pergi melaka lepas moto kau siap, tapi kau pulak yg pergi tinggalkan aku untuk selama lamanya. Siapa lagi nak melayan aku tengok kerbau dekat kebun, teman aku g mengarok sana sini, semuanya tinggal kenangan je kak.
Ads
Rindu masakkan ayam lombok kau, rindu nak kau menyakat aku time aku datang. Patutlah kau tak bagi aku balik sebab kau betul” nak tinggalkan aku rupanya.
Rakan Kongsi Arwah Beri Petanda “Menangis Tak Bagi Balik Masa Jumpa”
Patut setiap kali aku nak balik je kau nak nangis tak bagi aku balik. Hmmm sedihhhnya. Maafkan aku sebab tak dapat tolong kau bukakkan sarung kaki kak. Maafkan aku sebab tak dapat nak jaga kau dengan baik. Akanku kenang memori kita bersama. Semoga kau tenang dekat sana ye sahabat, berdamailah kau di taman syurga, amiin. AL-FATIHAH di baca. 17.06.2023 dalam kenangan.
Sehari sebelum kejadian, arwah ada melakukan aktiviti memanjat bukit bersama suaminya dan memuat naik status berkenaan di fbnya. Ternyata ia menjadi kenangan akhir mereka bersama.
Sisi lain Tok Ram mengikut isterinya, Datin Alyah. Siapa yang macam Tok Ram? Kalau sekali dah suka kat tempat tu, tempat tu je lah kita pergi setiap kali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lelaki bangla simpan RM800,000 bukan cakap kosong, gaji sebulan cecah RM5500. Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial perihal warga Bangla yang hanya makan berlaukkan bawang, cili dan garam selain menambah air putih untuk dijadikan makanan hariannya.
Konsep asal kenyang yang diamalkannya membuatkan ramai yang bersimpati betapa kerasnya kehidupan yang dilalui tatkala merantau ke negara orang.
Tatkala dirinya memaklumkan mampu menyimpan RM800,000 di kampung di Bangladesh, mampu membeli tanah dan membuat rumah ramai mempersendakan dirinya kerana angka itu tidak logik pada perkiraan mereka.
Susulan video memaparkan cara makannya itu yang menjadi viral di media sosial, sekali lagi warga tempatan yang menviralkan kisahnya ini berkongsi lebih lanjut tentang jumlah simpanannya itu.
Kelihatan dalam video, lelaki bangla berkenaan hanya makan timun sebagai malamnya selain memaklumkan dirinya hanya makan sekali sehari sahaja untuk mencukupkan keperluan hidupnya sementara menunggu hari gaji.
Kata lelaki bangla ini, makan sekali sehari sudah cukup. Setiap bulan hasil kerja kerasnya termasuk kerja lebih masa, gajinya mampu mencecah RM5500 setiap bulan.
Dia hanya mengambil RM300 untuk kegunaan sebulan dan baki RM5200 dihantar balik ke kampung. Dia menyerahkan hampir 95 peratus gajinya ke kampung kerana mak ayahnya sudah tua dan mereka lebih memerluan wang berbanding dirinya.
Dan sesuatu yang tak mengejutkan, dia sudah 19 tahun bekerja. Jika mengikut perkiraan RM5200 jika dikalikan dengan 19 tahun bekerja, angka simpanannya sudah mencecah RM1 juta lebih. Jadi logiklah jika dirinya ada simpanan RM800,000 di kampungnya.
Apa pun, sudah tertulis rezekinya begini hasil kerja kerasnya dan tidak mengamalkan life style reward diri seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah kita bila dapat gaji. Ya dengan tempat tinggal disediakan, api air tidak dibayar, RM300 itu mencukupi untuknya sebulan.
Memang mudah sebenarnya untuk membahagiakan kedua mak ayah lagi-lagi waktu raya, tapi anak-anak selalu terlepas pandang.Bila balik kampung, berkumpul satu keluarga, ada perkara-perkara yang jika anak-anak lakukan menambah kebahagiaan dan kegembiraan buat kedua orang tua kita sebenarnya.
Di Hari Raya Aidilfitri nanti, ada beberapa perkara yang boleh kita lalukan untuk bahagiakan orang tua kita. Perkara mudah yang selalu kita terlepas pandang.
1.Hormat Pandangan
Hormati pandangan mereka. Jika kita tak bersetuju, kita hanya perlu nyatakan pandangan kita. Tak usah kata pandangan mereka salah.
2. Beri Perhatian
Jika mereka ulang cerita yang pernah diceritakan dahulu, dengar dan beri perhatian seolah-olah kita pertama kali mendengar cerita itu.
3. Elak Pukul/Tengking Anak
Elakkan pukul atau tengking anak kita di hadapan mereka. Orang tua, hatinya sensitif. Mereka akan rasa terguris jika cucu mereka diperlakukan begitu.
4. Harmoni Adik Beradik/Ipar Duai
Beramah mesra dengan adik-beradik dan ipar-duai. Orang tua kita bahagia bila semua orang dalam keadaan harmoni dan muhibah.
5. Makan Serentak
Bila makan, ajak anak dan isteri makan sekali. Orang tua akan gembira kalau semua orang makan serentak. Nampak mesra dan meriah.
6. Elak Hadap Telefon
Elakkan menghadap telefon bila berada bersama mereka. Penuhi masa bersama dengan aktiviti yang memperbaharui jalinan kemesraan.
7. Santuni Jiran/Kenalan Mak Ayah
Santuni jiran dan kenalan orang tua kita. Kita adalah aset yang paling dibanggakan oleh orang tua kita. Dah besar hati mereka jika kita santuni kenalan mereka.
8. Jangan Longgok Lampin Pakai Buang
Lampin pakai buang anak tak usah dibiar berlonggok dalam bilik atau tandas. Sebelum kita balik raya, emak susah payah bersihkan bilik.
Mingguan Wanita:Ada benarnya, perkara-perkara sebegini nampak mudah, namun ramai yang sering terlepas pandang.Jika dilakukan mampu membahagiakan kedua mak ayah.
Sherry Ibrahim telah menambah baik perjalanan hidupnya dengan berhijab dan paling terkini adalah sibuk dengan bisnesnya Sherry Scarves by Sherry Ibrahim dan Deeja Cosmetic by Sherry Ibrahim. Pada bulan Ramadan ini, dia akan sibuk melakukan promosi dan jualan tudungnya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Selain itu pelakon, pengacara dan penyanyi ini tidak lupa mengutip pahala sepanjang bulan Ramadan apabila meneruskan aktiviti amal kebajikan dan projek CSR yang dijalankan.
Ikuti temu bual bersama Sherry Ibrahim yang telah dikeluarkan dalam ruangan Soalan Panas di majalah Mingguan Wanita Volume 1 Jun 2018.
MW: Kenapa Sherry melibatkan diri dalam kerja amal kebajikan dan projek CSR?
Sherry: Saya ada buat CSR projek dengan gelandangan termasuklah orang susah atau tidak berkemampuan di kawasan luar bandar dengan membantu mengecat rumah mereka. Insya-Allah, tahun ini mungkin ada banyak lagi. Malah, pada bulan puasa ini, Sherry Scarf bersama pemilik butik vendor, Butik Wardia yang terletak di Melawati Mall akan memberi makanan kepada mereka yang memerlukan.
Saya melibatkan diri dalam aktiviti amal kebajikan ini bukan sebab imej. Malah sebelum berhijab lagi saya sudah melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Saya hendak beritahu kadang-kadang ramai orang hendak melibatkan diri dalam projek CSR. Tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak pergi ke arah itu.
MW: Apa yang menyebabkan Sherry mengambil keputusan berhijrah sekaligus bertudung?
Sherry: Benda ini berlaku sebelum Gempak Superstar. Saya pernah berkata ingin mengenakan tudung selepas berkahwin tetapi suatu hari saya rasa macam saya banyak buat salah dan buat dosa. Saya imbas semula kisah lalu. Saya suka bertanya pada Allah. Kenapa saya? Saya tidak sedar apabila kita bertanya pada Allah, ada hikmah di sebaliknya. Saya minta nasihat seorang kawan dan pada malam itu saya telah ambil keputusan maafkan semua orang. Setelah buat benda itu saya rasa lega. Seiring dengan masa, saya berdoa agar diminta petunjuk dari Allah. Akhirnya, membuka hati saya untuk bertudung.
MW: Kenapa selebriti atau artis apabila bertudung mereka keluarkan tudung sendiri. Adakah nama mereka itu boleh melariskan tudung yang dikeluarkan itu?
Sherry: Apabila saya mula berhijab semua orang mahu ambil saya jadi duta. Masa itu saya tidak rasa hendak buat tudung sendiri sebab saya belum bersedia untuk berkongsi dengan orang ramai. Tetapi apabila orang ramai memberi dana untuk menjadi rakan bisnes, semuanya telah berubah. Kenapa pilih tudung? Ia adalah bisnes tetapi pada masa yang sama banyak aspek yang perlu difikirkan. Saya mahu pemakai tudung itu ada keselesaan. Rekaan tudung juga memainkan peranan. Selain itu saya mahu memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mahu bekerja sendiri dengan menjadi stokis dan sebagainya. Saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan oleh pengguna dan mereka yang mahu jadi stokis.
MW: Apa pandangan Sherry berkaitan jual tudung untuk fesyen dan jadi ikutan bukannya untuk menutup aurat?
Sherry: Itu hak individu. Sebenarnya seperti saya sebelum ini tidak berhijab. Benda itu datang secara tiba-tiba. Ia amat subjektif. Tetapi, jika kita buat kerana inginkan populariti, itu bermakna kita tidak ikhlas. Kalau tidak ikhlas akan banyak kesilapan sepanjang perubahan bertudung itu. Apabila kita berhijrah Allah menguji kita dengan cara lain pula. . Saya pun masih baru dan masih belajar. Kadang-kadang saya pun pakai seluar ketat. Saya masih dalam proses pembelajaran.
Apa cabaran bertudung? Sepanjang saya pakai saya tidak pernah rasa rambut gugur atau sakit kepala. Saya juga tidak percaya jika kita buat kerana Allah kita akan kekurangan perkara lain. Daripada segi penggambaran saya pernah dapat watak utama tetapi watak itu ada perubahan imej sebab itu saya tidak dapat watak itu. Tetapi tidak mengapa sebab selepas itu saya ditawarkan watak lain watak berhijab yang lebih kuat.
MW: Bagaimana dengan hidup Sherry sekarang? Sudah ada teman istimewa?
MW: Saya ada teman tapi mesra. Saya tidak mahu bercakap banyak pasal perhubungan. Kalau ada jodoh, Insya-Allah. Saya bukannya serik tetapi setiap apa yang terjadi itu mengajar kita lebih kuat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekeluarga dirempuh treler pemandu microsleep, ibu belum tahu anak meninggal kerap tanya mana anak sulung. Sebuah keluarga yang menaiki kereta proton saga mengalami detik...