Kehidupan bermadu cukup sensitif untuk diperkatakan terutamanya buat wanita yang bergelar isteri. Tiada siapa yang rela berkongsi kasih suami bersama wanita lain. Namun perlu ingat, ajal maut jodoh semuanya ketentuan tuhan. Siapalah kita untuk menafikan jodoh yang telah ditakdirkan.
Menyelami kisah manisnya bermadu, Norazlin Abdullah, 45 atau lebih selesa dipanggil Kolin Abdullah berkongsi pengalamannya yang telah 5 tahun menjalani kehidupan bermadu.Kolin merupakan isteri pertama kepada Pelawak dan Penyampai Radio Sinar FM, Rahim Sepahtu, 52.
Ujar ibu kepada empat orang cahaya mata ini, pada permulaannya bukan mudah untuk dirinya menerima kenyataan hakikat diri telah dimadukan dan berkongsi kasih. Hampir 2 minggu menjeruk rasa, berkurung didalam bilik dan sering menyalahkan diri sendiri apabila suami memberitahu telah berkahwin lain.
“Masa mula-mula saya dapat tahu yang suami kahwin lagi.. tipulah kalau saya kata saya tak kecewa, tak sedih boleh terima terus.. mana ada perempuan yang boleh terima terus kan..
“Masa fasa pemulihan itu adalah satu fasa yang sangat kritikal
“Terus terang saya cakap saya struggle, 2 minggu tak keluar bilik, nangis, asyik salahkan diri sendiri, keep on blaming tanya kenapa macam ni dan kenapa macam tu,
kata Kolin.Menurut wanita ini, suaminya sangat memainkan peranan memberi sokongan dan bersungguh-sungguh membantu dirinya untuk pulih emosi dengan cepat, sekaligus mengembalikan rasa cinta dalam rumahtangga.
“Bila tiba satu waktu, sampai satu tahap saya jadi letih. Saya fikir balik sampai bila aku nak jadi macam ni. Kalau ini pilihan saya untuk move on, terima untuk bermadu, saya kena terima dengan positif. Masa tu lah saya mula ‘merangkak’ mencari macam-macam benda untuk membuat saya positif.
“Masa tu anak-anak duduk dekat asrama, diorang tak saksikan keadaan saya. Yang ada masa tu disisi saya adalah suami saya, Abang Rahim dan ibu saya. So inilah dua insan yang ada masa saya struggle untuk saya terima kenyataan.
“Abang Rahim, alhamdulillah dia bersungguh-sungguh untuk selamatkan rumahtangga. Dia bantu saya recover balik, dia bawa saya pergi holidays, dia bawa saya pergi jalan-jalan, keluar berdua, sampai satu tahap saya rasa keadaannya macam kita pula yang baru kahwin semula. Cinta tu, kasih sayang datang balik.
“Proses untuk menerima kenyataan macam saya dalam dua minggu.”
“Cuma saya nak cakap disini, setiap orang yang melalui pengalaman macam saya ni, sebenarnya suami yang kena banyak mainkan peranan.Suami yang kena ada masa dia (isteri) down, dan tak boleh tinggalkan.Bila dah kahwin yang baru, tinggalkan yang lama. Tak boleh macam tu,”ujar Kolin lagi.
Mesti Baca: Cinta Itu Mahal & Hanya Untuk Allah Sahaja” Zarina Zainuddin Kongsi Kisah Hidup Bermadu
Menurut wanita cekal ini, dirinya bersyukur mempunyai madu yang memahami keadaan dirinya ketika dalam fasa sukar, serta ada inisiatif untuk merapatkan hubungan mereka.
“Fasa permulaan saya tak fikir lagi untuk berbaik ke, nak kenal ke, saya tak nak tahu pun (madu). Yang saya nak tahu macam mana saya nak move on, nak terima kenyataan. Sebab sebenarnya fasa paling susah adalah untuk terima kenyataan. Sebab kita keep on denying macam kita hidup dalam denial, rasa mesti adalah salah dimana-mana.
“Berjumpa,dan berbaik ketika Abang Rahim bawa kami di majlis Astro.
“Perasaan kali pertama berjumpa(madu) marah, cemburu, masih dalam fasa negatif..
“Masa mula-mula dia (madu) ada datang jumpa saya, ada whatapps tanya macam mana dengan keadaan saya, ada bertanya khabar, ada inisiatif dia untuk mengenali saya. Saya bersyukur ada madu yang boleh memahami keadaan saya pada masa tu, boleh beri ruang. Apa yang saya minta pada masa itu, adalah masa untuk kembali pulih,” jelas Kolin.
Baca Lagi Di Sini: “Dia Ajak Berkahwin, Saya Minta Bawalah Jumpa Isterinya Dulu.” Zarina Berkongsi Kisah Madu & Suami
Apabila menjalani kehidupan bermadu, pelbagai perasaan berbaur di hati. Penerimaan ahli keluarga dan masyarakat sering diambil perhatian.Kolin memilih untuk memberitahu status mereka secara berperingkat, dimulakan dengan ahli keluarga terdekat kemudia barulah masyarakat luar.
“Pada mulanya saya rasa takut, saya rasa macam rendah diri pun ada tak confident. Mula-mula sekali saya fikir saya kena bagitahu pada keluarga dulu. Alhamdulillah orang-orang terdekat, mak, anak-anak dan adik beradik semua boleh terima.
“Untuk berhadapan dengan orang luar, saya pernah minta dengan Abang Rahim untuk ambil masa dulu. Beberapa bulan selepas itu, baru Abang Rahim masa tu raya, dia tanya saya untuk war-warkan dekat radio yang dia beraya dua rumah tahun ni.
“Pada masa dia tanya tu, saya memang dah bersedia dan saya pun kata, beritahulah.., ujar Kolin panjang lebar.
MW: Hidup bermadu tak semestinya sepahit hempedu. Jika mengikut acuan yang betul ia mampu menjadi manis bak madu. Apa yang penting kunci utamanya isteri belajar REDHA dan menerima hakikat bahawa suami adalah pinjaman, bukan hak milik mutlak. Malah suami juga perlu memainkan peranan sebagai nakhoda, bijak ‘mengemudi bahtera’ dan berlaku adil pada rumahtangga agar tiada isteri yang terasa.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Harus iya hukum berpoligami dalam Islam.