Kredit foto: Berita Harian

Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Sudah tentu ini merupakan langkah terbaik untuk menghentikan penularan virus COVID-19 ini. Penduduk di dua kampung di Simpang Renggam ini tidak dibenarkan keluar rumah dan bekalan makanan asas akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh PKPD.

Kerajaan memutuskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang, Johor selepas kawasan berkenaan mencatatkan 61 kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, perintah itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 9 April 2020.

“PKPD ini melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada 650 keluarga,” katanya.

Menurutnya, dengan pelaksanaan PKPD, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan.

“Pelawat dan bukan penduduk tempatan tidak dibenar masuk ke kawasan tersebut dan semua aktiviti perniagaan dihentikan,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membekalkan makanan asas kepada semua penduduk tempatan.

“Bekalan makanan asas mencukupi untuk tempoh 14 hari,” katanya.

Badan Beruniform Bekerjasama

Ismail Sabri berkata, bagi memastikan pematuhan perintah itu, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam dan RELA akan mengawal seluruh kawasan berkenaan.

IKLAN

“Kesemua laluan pintu masuk kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid ditutup. Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihati untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk Diminta Bertenang

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434,” katanya.

IKLAN

KKM telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan Covid-19 di Daerah Kluang, Johor.

Daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari dua kawasan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

MW: Diharap penduduk-penduduk di dua kawasan ini bersabar dan dapat mematuhi PKPD ini sebaiknya. Semoga Allah melindungi mereka dan kita semua. Insyallah. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI