Dua kali ditipu, Wafariena bersyukur dapat kereta idaman. Pelakon cantik Wafariena Roslan berasa sangat bersyukur akhirnya kereta idaman berjaya dimiliki selepas dua kali ditipu ejen jualan kereta palsu.
Sebelum memiliki kereta pertama ini, Wafariena, 28 menggunakan kereta milik kakaknya.
Wafariena juga akui dia menjadi mangsa penipuan sebelum ini dek kerana terpengaruh dengan sebuah iklan jualan kereta yang menerima pelbagai komen positif daripada pembeli namun tidak menyangka ia palsu.
Seperti mana dilaporkan mStar Online, Wafariena akui pertama kali ditipu dua tahun lalu. Selepas menyerahkan duit sebanyak RM2,500 untuk uruskan dokumen, ejen tiba-tiba menghilangkan diri.
Kali kedua pula dia kerugian RM2,500 lagi walaupun pada awalnya mereka meminta RM10,000.
“Saya tertipu dengan iklan jualan kereta, masa baca komen semuanya yang baik-baik sahaja. Saya ada cuba hubungi mereka selepas ditipu tapi saya dah kena sekat jadi terpaksalah berlapang dada. Mungkin bukan rezeki saya,” kongsinya yang cukup teruja memiliki Honda Civic RS bernilai hampir RM170,000.
Malah Wafariena juga menganggap kereta tersebut sebagai rezeki Ramadan.
“Pinjaman kereta saya diluluskan pada pukul 12 tengah malam semasa malam tahun baharu lalu dan saya rasa itu permulaan baru untuk saya.
“Selepas tiga bulan menunggu, kereta pertama atas nama sendiri ini dapat ditangan pada Ramadan keenam,” kata yang turut menyimpan hasrat untuk membeli lagi sebuah kereta untuk keluarganya.
“Insya Allah kalau ada rezeki saya nak beli kereta untuk keluarga pula… walaupun sudah ada, cuma mahu cari yang lebih selesa,” luahnya.
Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar Wafariena dimurahkan rezeki.
Baca Disini : “Pemergian Yang Dicemburui, Allah Bagi Pinjam Tak Lama, Baby Comel Macam Kakak” Wafariena
Sumber : mStar Online
Sumber Foto : Instagram Wafariena
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?