Pandemik COVID beri kesan pada ramai orang. Terutamanya bagi golongan peniaga kecil untuk meneruskan perniagaan, lebih-lebih lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini. Namun, tidak bagi peniaga ini, bagaikan satu rezeki apabila kelebihan mempunyai dua isteri yang tinggal serumah, saling memahami dan membantu sewaktu menghadapi PKP, memudahkan urusan perniagaannya.
“Punyai dua isteri yang saling memahami dan membantu di antara satu sama lain memang ‘rezeki’ kepada saya dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” kata Md Fairuz Al Syafiq A Rahman.
Md Fairuz, 34, berkata dua isterinya,Wan Rafiah Mustafa, 34, dan Rafidah Saidi, 29, saling bekerjasama membantunya menguruskan perniagaan barangan ternakan dan ayam kampung yang dijalankan.
“Alhamdulillah, saya mendapat dua isteri yang boleh berkongsi susah senang bersama sepanjang PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang.
“Rafiah ditugaskan menjaga akaun keluar masuk wang dan Rafidah pula membantu mempromosikan perniagaan melalui atas talian (Online).
“Walaupun kedai ternakan tidak dapat beroperasi sepanjang PKP, namun perniagaan kami tetap berjalan seperti biasa dan jualan kekal laris,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Teluk Pasu di sini, semalam.
Dua Isteri Tinggal Serumah
Tambahnya, dia bersama dua isteri dan dua anaknya iaitu Muhammad Rafiq Ar Zafran, dan Muhammad Rizqi Al Qadri yang masing-masing berusia dua tahun tinggal dalam satu rumah.
“Sejak mengahwini Rafidah pada 2017, saya bersama isteri pertama dan kedua itu tinggal dalam satu rumah.
“Bukan tidak mampu untuk menyewa dua rumah sekali gus, tetapi saya sengaja menempatkan mereka dalam satu rumah supaya saling memahami dan bekerjasama.”
“Malah, ia dibuat atas persetujuan mereka demi menjadikan kehidupan bermadu lebih indah dan bahagia seperti sekarang,” katanya.
Tip Satukan Hati Kedua Isteri
Menurutnya, dia tidak mengamalkan apa-apa ilmu atau petua untuk menyatukan hati ke dua isterinya itu supaya saling menerima dan berbaik-baik.
Ads
“Ada orang cakap saya pakai ilmu, tetapi sebenarnya tidak. Cukup sekadar menjadi suami yang bertanggungjawab, budiman dan sentiasa bertolak ansur dengan isteri.
“Walaupun saya ketua keluarga, namun tidak semua pendapat dan keputusan saya betul oleh itu perlu juga mendengar dan menerima pendapat isteri-isteri.
“Jika ada masalah, kami terus bermesyuarat mencari jalan penyelesaian terbaik supaya masalah itu tidak berterusan dan menjadi lebih parah,” katanya.
Tiada Masalah Dengan Madu
Rafiah berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan madunya malah saling tolong menolong dalam segala urusan.
“Sebelum saya memberi kebenaran kepada suami mengahwini Rafidah, saya terlebih dahulu berkawan dengannya selama setahun.
“Saya bersetuju suami berkahwin dengan Rafidah selepas yakin mempunyai keserasian untuk hidup bersama seperti sekarang.
“Berkat hidup bermadu, saya kemudian hamil dan dikurniakan anak sulung selepas enam tahun tidak dikurniakan anak,” katanya.
Tambahnya, dia sekarang bukan saja mempunyai anak kandung tetapi juga anak tiri iaitu Muhammad Rizqi yang juga menjadi anak susuannya.
Ads
“Muhammad Rizqi menjadi lebih rapat dengan saya kerana dia juga dijaga dan disusukan oleh saya ketika kecil.
“Begitu juga dengan Muhammad Rafiq yang disusukan oleh Rafidah ketika masih bayi. Mereka dijaga dan disayangi seakan anak kandung oleh itu tidak timbul rasa cemburu dan sebagainya terhadap anak-anak,” katanya.
Ingat Pengorbanan Madu
Sementara itu Rafidah berkata, dia sentiasa mengingati pengorbanan Rafiah yang sedia menerimanya sebagai madu.
“Saya faham bukan senang seorang perempuan dengan rela hati menerima seorang madu.
“Oleh itu, dalam banyak perkara, saya tidak terlalu mengambil hati sekiranya suami melebihkan Rafiah berbanding saya.
“Bagaimanapun, suami tidak pernah berbuat demikian malah sentiasa adil dan menjaga perasaan ke dua-dua isterinya,” katanya.
Tambahnya, dia seronok menjalani kehidupan bersama suami, Rafiah dan dua anaknya.
Ads
“Kelebihan hidup bermadu ialah kami saling bekerjasama dan prihatin dengan prihal masing-masing.
“Kalau saya memasak, Rafiah yang akan menjaga anak-anak dan sebaliknya. Jika saya sakit Rafiah yang tolong jaga dan sebaliknya.
“Sebagai manusia memang ada perasaan cemburu dan sebagainya namun saya sentiasa positif dalam menanganinya, suami pula pandai mengambil hati sekiranya menyedari antara kami ada yang berasa cemburu,” katanya.
Tak Halang Suami Kahwin Lagi
Menurutnya, dia dan Rafiah tidak menghalang sekiranya suaminya ingin berkahwin lagi.
“Jika ditakdirkan suami berkahwin lagi, saya tidak marah asalkan suami boleh berlaku adil seperti sekarang.
“Bagaimanapun, calon ke tiga itu perlu lulus ujian daripada saya dan Rafiah terlebih dulu kerana jika dia boleh terima suami, dia juga perlu terima dua madunya dan anak-anak dengan seikhlas hati,” katanya.
MW:Memang tak mudah untuk hidup berpoligami, apatah lagi tinggal serumah dengan semua isteri serta saling bantu membantu diantara satu sama lain. Semoga berterusan dapat berlaku adil dan melayari rumahtangga dengan aman bahagia.
Damai je hati anak mahupun menantu, bila mana mak ayah puji masakan anak dan menantu yang dihidang depan mata. Lagi-lagi pujian yang disertakan dengan kata-kata yang baik.
Biarpun masakan anak dan menantu itu biasa-biasa saja, tetaplah dihargai penat lelahnya menyediakan juadah untuk keluarga.
Begitulah indahnya pelajaran kehidupan yang kedua ibu bapa ‘Azizah Mohamed ini tunjukkan. Tidak sesekali memperkecilkan usaha masakan anak mahupun menantu.
Ada pengajaran yang boleh mak ayah ambil tahu. Semoga Ramadan ini, jika lebih menjaga kata-kata.
Hilang Sakit Pinggang, Bila Ayah Puji Masakan Anak
Beberapa hari lepas. Saya hidang mee goreng untuk mak ayah.
Mak rasa sesuap.
“Sedap, Zah. Secukup rasa.”
Giliran ayah pula makan. Habis sepinggan ayah bersuara,
“Sedap betul mee Zah. Boleh buka warung depan rumah ni. Hantar Asma’ pergi sekolah, lepas tu start masak. Fuh!”
Ada sekali tu saya hidang ayam masak merah. Mak kata sedap.
Nak tahu ayah komen apa?
“Sedapnya. Macam ni gaya boleh jual dah. Cukup rasa. Eh serius ni. Jual lah. Ayah boleh jadi runner. Oven kat dapur muat berapa ekor ayam? Kalau jadi bisnes kita tukar oven besar.”
Pecah ketawa tukang masak dengar. Padahal ayam masak merah tak guna oven pun
Terhibur sungguh.
Hilang sakit pinggang berdiri lama di dapur. Walhal saya tahu masakan saya sangat sederhana. Namun terasa dihargai sebaiknya.
Alhamdulillah.
Ayah Puji Apa Jua Air Tangan Mak
Hakikatnya, itulah pemandangan di meja makan sejak kecil. Ayah akan puji apa jua air tangan mak. Di hadapan kami.
“Alhamdulillah. This is the best dinner for today!”
Ayat legend ayah. Riuh kami gelak ketawa di meja. Sebab dinner memang sekali sehari kan.
Bila kami dah besar ayah puji masakan anak dan menantu. Jarang ayah komen sepatah. Mesti ada extra feedback yang selalu buat kami ketawa terhibur.
Dan mak pula akan berterima kasih untuk setiap masakan yang terhidang. Sedangkan apalah sangat nak dibandingkan dengan air tangan mak sepanjang membesarkan kami.
Ini bukan post bercerita kesedapan masakan sendiri. Tidak sama sekali.
Namun melalui mak ayah,
Kami belajar betapa mudahnya menggembirakan orang dengan kata-kata yang baik.
Perkataan yang baik akan pergi jauh. Meresap masuk ke dalam hati pendengar. Lantas memberatkan neraca amal soleh kita.
Insya-Allah.
Perkataan yang buruk juga akan pergi jauh.
Menyakitkan hati pendengar. Lalu menjadi pemberat dosa. Melambatkan urusan kita memasuki syurga.
Nauzubillah.
Maka, selagi bernyawa, hati-hati memilih perkataan kita. Moga setiap patah kata menjadi penyelamat di akhirat sana. Di saat mulut ini tidak lagi boleh bersuara mempertahankan kita.
Syurgalah buat kalian yang mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik. Moga Allah izinkan kita semua berkumpul di sebaik-baik tempat di Syurga.
Yang padanya ‘mereka tak akan mendengar percakapan yang sia-sia dan yang menimbulkan dosa’. (Al-Waqiah:25)
Aamiin ya Mujib.
Mingguan Wanita : Menggembirakan hati orang lain dengan kata-kata yang baik juga memberi kebahagiaan kepada orang di sekeliling. Jagalah tutur kata, jika tiada perkataan baik mahu disebut, maka lebihlah baik berdiam diri.
Sumber/Foto : Anak yang menyerap pelbagai kisah, ‘Azizah Mohamed.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ini, Wawa Shauqi berasa seronok setiap kali melihat gelagat anak-anak selebriti Hanis Zalikha di instagram. Betapa comel dan petahnya mereka ‘speaking london’ dengan mak ayah.
Malah sewaktu anak-anaknya masih kecil, itulah juga impian ibu. Mahu melihat anak-anaknya petah berbahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Namun, seringkali tertewas kerana silap strategi. Rupanya ada cara betul nak ajar anak-anak seronok, dan lancar bertutur bahasa kedua ini.
Kongsinya. “Kalau tengok IG saya suka tengok lG Hanis Zalikha. Bukan tengok dia. Tapi seronok tengok anak dia.
Petah dan comel berkeletah.
Budak besar-besar ni, selain pipi, kepetahan diorang pun boleh jadi aset. Kan? Lagi pulak bila muka Melayu tapi speaking. Comel je!
Dulu bermimpi juga nak anak-anak saya speaking London macam Peppa Pig tu. Tapi apakan daya, cubaan sering gagal bertahan.
Kadang tu, adalah 10 minit cuba speaking. Lepas tu dah tercakap Melayu balik.
Tak keliru ke budak-budak kejap cakap BM, kejap cakap BI?
Jawapannya yang saya dapat dari sebuah ensiklopedia tentang otak,
TAK, KALAU :
Kita ajar dwibahasa sebelum usia anak 12 tahun
Dapat ransangan bahasa sebanyak 11 juta patah perkataan setahun (melalui pelbagai sumber) untuk satu bahasa.
Ini untuk dapatkan tahap petahlah!
Strategi yang betul.
Kalau kejap BM, kejap BI, kejap speaking Ghombau, kejap speaking Ganu, rasanya jiran sebelah dengar pun confuse.
Anak Speaking London, Kenapa Umur 0-12 Tahun?
Sebab, waktu tu, bahagian otak yang bernama Wernick & Broca sangat aktif.
Wernick & Broca adalah bahagian otak yang aktif berhubung, bila kita cuba cakap pelbagai bahasa. Especially dwibahasa.
WERNICK adalah bahagian otak yang bekerja untuk bantu kita memahami maksud sesuatu ayat.
BROCA area pula digunakan semasa bercakap. Ia akan membantu menjana arahan untuk menyusun ayat.
Tu sebab kita tengok anak yang dah biasa dwibahasa dari kecik, diorang jadi senang nak belajar bahasa lain. Bahagian otak yang 2 ni dah aktif dari kecik.
Kalau dah lepas 12 tahun baru nak belajar, boleh aje. Cuma bahagian otak ni dah tak seaktif masa kecik.
Macam nak lentur buluh bila dah jadi rebung. Keras sikit.
Nak ikut accent tu yang paling susah. Nak cakap Perancis, keluar nahu Ganu. Allahu.
Jadi, kalau ada anak bawah 12 tahun ni, jangan putus asa. Teruskan usaha. Biasakan 2 bahasa dulu. Dah power nanti, tambahlah bahasa apa-apa, insya Allah ok.
STRATEGI NAK ANAK PETAH SPEAKING
Strategi OPOL.
OPOL bermaksud, ‘One Parent, One Language’.
Kena buat keputusan, siapa nak cakap BM, siapa nak cakap BI. Tak apalah level BI kita tak setinggi Oxford. Tapi cubalah jangan campur-campur.
ML@H
Yang ini biasa diguna oleh orang yang duduk luar negara.
Anak kat sekolah dan dengan kawan-kawan cakap English / Arab/ bahasa komuniti.
Tapi kita kat rumah je bertutur Bahasa Melayu. Contoh.
T&P (Time & Place)
Dalam seminggu tu, kita boleh pilih hari apa untuk kita isytiharkan ‘Speaking Day’.
Contohnya hari Jumaat je ke. Atau setiap hari, waktu bermain bersama (bonding time) je kita ‘speaking’.
Kalau anak korang dah terer nanti, insya Allah cerah peluang mereka nak belajar luar negara. Seterusnya pulang bawa jodoh orang luar negara. Tiber.
Apabila orang tua-tua mula mempertikaikan kelahiran anak wanita ini yang lahir pada bulan Disember, hati ibu ini mulai membengkak. Malah dalam sebuah page berkaitan kehamilan berkongsi ada warga emas yang mengaitkan kelahiran bulan Disember ini anaknya jadi lembap dan lambat matang.
Dan kisah ini memberi kesan yang cukup mendalam buat ibu ini, Cik Puan Ammy. Rupanya, ibu ini pun ada cerita tentang anaknya yang lahir pada penghujung tahun itu. Biarpun andaian ‘makcik’ itu boleh menggores hatinya, dia memilih untuk jadi lebih positif.
Anak Lahir Bulan Disember Dikatakan Lembab
Mitos yang mengatakan anak kelahiran Disember ternyata tidak benar. Anak Ammy yang lahir awal Disember, alhamdulillah sihat dan cepat belajar.
Anak saya dilahirkan awal bulan 12. Saya nak tanya, salah ke lahir bulan 12? Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Sedangkan kita sendiri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza.
Saya pernah disapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga. Walaupun sudah hampir 4 tahun, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut.
Makcik : Dah berapa bulan ni? (Sambil tangan memilih selipar baby) Saya : Dah nak masuk 8 bulan. Makcik : Dah pandai apa yer? Saya : Owh! Dah boleh duduk dan guling-guling. Makcik : Lambatnya… Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah. Dah tumbuh gigi pun 2 batang. Orang dah makan nasi nanti awak makan bubur lagi ya sayang.. Sambil cuit-cuit pipi anak saya. Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12. Lambat anak nak besor. Lembab nanti nak belajar. Erkkkk…camtu plak… Makcik : Berapa ringgit selipar ni? Saya : 10 ringgit jer acik. Makcik : Haisssh… tak dapat kurang lagi ke? 8 ringgit dah la. Untuk cucu. Saya : 10 ringgit dah murah acik.
Mama Sentiasa Ada Untuk Kamu Dik
Tak jadi dia beli selipar tu. Saya tengok mata anak saya.
Tak apa lah dik. Kamu lambat jalan, mama, baba, kakak, abang-abang sentiasa ada untuk dukung kamu… Kamu lambat tumbuh gigi pun tak apa.
Mama sentiasa ada untuk blender makanan untuk kamu. Yang penting kamu sihat, kuat dan cergas. Senyuman sentiasa ada bersama kamu. Sayang kamu anak mama.
Sekarang, awal bulan 12 ni dah nak masuk 4 tahun pun dia. Saya pun dah tidak berniaga di pasar malam lagi.
Alhamdulillah ternyata apa yang dikatakan oleh makcik tu adalah mitos semata-mata.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...