Dua Hari Lepas Mejar Zahir Pergi, Isteri Baru Tahu Positif Hamil

Share

Allahu.. sebaknya mendengar berita yang dikhabarkan kakak balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal dunia dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.

Kata kakak Nour Shafinar Harun, Sha Qalif dalam facebooknya, dikatakan adiknya baru mengetahui dirinya hamil selepas dua hari pemergian arwah suaminya.

Maklumnya lagi, seandainya arwah masih ada. Tentulah ini menjadi berita yang sangat menggembirakan untuknya. Namun, arwah adik iparnya, Mejar Zahir tak dapat mengetahui berita kehadiran cahaya mata baru ini semasa hayatnya masih ada.

 

Di sini cinta Balu dan arwah bersemadi..

Doakan Inat Kuat Demi Janin Yang Dikandung

Tulisnya,

Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku.. Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi.. redha.

Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru. Balu positif hamil. Kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi..

Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ya.

 

Izzul landing katil daddy buat kali terakhir.

 

Inilah Kenangan Untuk Anak Bongsu Mejar Zahir, Izzul

Untuk Izzul (anak bongsu arwah) ini ada lah kenangan untuk Izzul ye.. nanti besar ingat ye sayang, daddy pergi sebagai wira.

 

Disinilah Tempat Arwah..
Izzul dan kenangan Daddy

 

Sebak sekali apabila Sha turut berkongsi gambar-gambar kenangan di kediaman yang pernah diduduki adik dan adik iparnya itu.

 

Mengemas barang Arwah untuk dibawa pulang ke Ipoh.
Mess tempat Arwah menginap

 

Balu Allahyarham Mejar Zahir Mulakan Hidup Baru Di Ipoh

Sebagaimana yang dilaporkan di media, isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya ini akan membawa anak-anaknya ke Ipoh untuk memulakan hidup baru.

Sebelum ini pun, Allahyarham suaminya pernah meminta isteri menetap di Perak dekat dengan rumah ibu bapa.

Mengikut perancangan Nour Sharinar dan tiga orang anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6 dan Izzul Zakly, 6 bulan bakal berpindah ke Ipoh pada November nanti.

 

Buat kali terakhir berada di sini kata Balu Arwah.

 

MW : Mendoakan semoga balu Allahyarham Mejar Zahir diberi kekuatan dan kekentalan hati menghadapi ujian tuhan yang getir ini. Semoga urusan keluarga ini dipermudahkanNya.

Sumber/ Foto : Sha Qalif, Utusan Online

Published by
Netty Ah Hiyer