Allahu.. sebaknya mendengar berita yang dikhabarkan kakak balu Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal dunia dipercayai terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Kata kakak Nour Shafinar Harun, Sha Qalif dalam facebooknya, dikatakan adiknya baru mengetahui dirinya hamil selepas dua hari pemergian arwah suaminya.
Maklumnya lagi, seandainya arwah masih ada. Tentulah ini menjadi berita yang sangat menggembirakan untuknya. Namun, arwah adik iparnya, Mejar Zahir tak dapat mengetahui berita kehadiran cahaya mata baru ini semasa hayatnya masih ada.
Di sini cinta Balu dan arwah bersemadi..
Doakan Inat Kuat Demi Janin Yang Dikandung
Tulisnya,
Alhamdulillah.. selesai semua urusan untuk Balu isteri Mejar Zahir Armaya. Untuk adik ku.. Inat tabah lah atas apa yang telah terjadi.. redha.
Alhamdulillah juga 2 hari selepas arwah pergi rupanya ada sinar baru. Balu positif hamil. Kalau arwah ada mesti dia happy sangat-sangat tapi malangnya arwah belum sempat tahu yang beliau akan menerima cahaya mata lagi..
Ads
Arwah tinggalkan penggantinya.. semoga Inat kuat demi janin yang dikandung ya.
Izzul landing katil daddy buat kali terakhir.
Inilah Kenangan Untuk Anak Bongsu Mejar Zahir, Izzul
Untuk Izzul (anak bongsu arwah) ini ada lah kenangan untuk Izzul ye.. nanti besar ingat ye sayang, daddy pergi sebagai wira.
Ads
Disinilah Tempat Arwah.. Izzul dan kenangan Daddy
Sebak sekali apabila Sha turut berkongsi gambar-gambar kenangan di kediaman yang pernah diduduki adik dan adik iparnya itu.
Mengemas barang Arwah untuk dibawa pulang ke Ipoh.
Mess tempat Arwah menginap
Ads
Balu Allahyarham Mejar Zahir Mulakan Hidup Baru Di Ipoh
Sebagaimana yang dilaporkan di media, isteri Allahyarham Mejar Mohd. Zahir Armaya ini akan membawa anak-anaknya ke Ipoh untuk memulakan hidup baru.
Sebelum ini pun, Allahyarham suaminya pernah meminta isteri menetap di Perak dekat dengan rumah ibu bapa.
Mengikut perancangan Nour Sharinar dan tiga orang anaknya, Muhammad Irfan Daniel, 10, Nur Adriana, 6 dan Izzul Zakly, 6 bulan bakal berpindah ke Ipoh pada November nanti.
Buat kali terakhir berada di sini kata Balu Arwah.
MW : Mendoakan semoga balu Allahyarham Mejar Zahir diberi kekuatan dan kekentalan hati menghadapi ujian tuhan yang getir ini. Semoga urusan keluarga ini dipermudahkanNya.
Mahligai Datuk Zainal & Fyna Jebat Musnah? Terbaru khabarnya rumah tangga adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat dan suaminya, Datuk Zainal Abdidin Hassan khabarnya sudah musnah.
Menurut sumber terdekat punca penceraian dek kerana tidak ada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.
Mahligai Datuk Zainal & Fyna Jebat Musnah?
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, pasangan itu telah berpisah dua minggu lalu
“Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu.
“Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai,” terang sumber tersebut.
Anak Perempuan Zainal Dedahkan Bapa Sudah Bercerai
Seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini, anak perempuan Zainal yang bernama Zahira Aisyah menerusi satu komen di media sosial telah mendedahkan bapanya sudah menceraikan Fyna.
“Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) ‘berdamai’ with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).
“And for your information my dad has divorced fyna jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih),” tulis Zahira.
Ngeri sungguh dah sungguh tak tercapai dek akal fikiran macam mana pemegang motorsikal boleh tersumbat berada didalam rahim dalam tempoh yang panjang.Tak terbayang azab dan kesakitan yang perlu ditanggung.
Memetik laporan agensi, seorang wanita di Bhopal, India selamat menjalani pembedahan mengeluarkan pemegang motosikal yang tersumbat dalam rahimnya.Wanita berusia 30 tahun itu dimasukkan ke Hospital MY di Indore di negeri Madhya Pradesh pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut.
Pemegang motosikal yang berjaya dikeluarkan dari dalam rahim
Doktor yang melakukan imbasan x-ray terkejut selepas mendapati satu objek asing berada dalam rahim wanita tersebut. Pemegang motosikal itu tersumbat di antara usus kecil dan pundi kencing.
Lapor media tempatan, sepasukan 19 doktor terlibat dalam proses pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bagi mengeluarkan objek tersebut. Keadaan ibu enam itu kini dilaporkan stabil.
Kredit Gambar: Cover Asia Press
Suami Masukkan Ketika Mabuk
Jurucakap hospital, Dr Sonia Moses berkata, wanita terbabit memaklumkan pemegang motosikal itu tersumbat dalam rahimnya selepas dimasukkan secara paksa oleh suaminya yang mabuk.
“Dia telah diugut untuk tidak menceritakan perkara itu kepada orang lain atau dia disakiti.
“Objek itu telah berada di dalam rahimnya selama hampir dua tahun.
“Rahimnya telah terjejas teruk dan harus dibuang, tetapi kami berjaya memulihkan pundi kencingnya,” kata Sonia.
Tambahnya, wanita malang itu tidak mampu melahirkan anak lagi selepas ini. Dia telah melaporkan pada polis, dan suaminya kini telah ditahan.
MW: Ngeri sungguh memikirkan, macam mana pemegang motosikal boleh disumbat dalam rahim selama hampir dua tahun. Kejam sungguh suami wanita ini, menyeksa isteri sebegini rupa.
Majlis perkahwinan merupakan saat paling bahagia dan dinanti-nantikan bagi setiap pasangan bercinta. Saat sah diijabkabulkan dengan momen terindah merakamkan kenangan memakai sepersalinan baju perkahwinan di pelaminan. Pelbagai usaha, biar apa jua dilalui asalkan pernikahan dapat dilakukan.
Pengantin Lelaki Berseluar Pendek
Meskipun baru sahaja menjalani pembedahan akibat kemalangan, seorang pengantin lelaki di daerah Lengkong, wilayah Jawa Timur, Indonesia mengejutkan netizen apabila dia duduk di pelamin dengan hanya memakai seluar pendek manakala terdapat plaster luka pada badannya, lapor portal berita Kompas.com semalam.
Foto majlis perkahwinan lelaki itu serta pasangannya tular di laman Twitter dan meraih lebih 10,000 tanda ‘like’ setakat semalam.
Gambar itu menunjukkan pengantin lelaki berkaki ayam duduk tersenyum di atas pelamin. Tangan kirinya dibaluti kain anduh dan terdapat plaster luka agak besar pada bahu kirinya. Kesan luka yang hampir sembuh turut jelas kelihatan di sekitar lutut, betis dan lengan kanan lelaki itu.
Jatuh Motorsikal 4 Hari Sebelum Majlis
Menurut pengantin perempuan, Elinda Dwi Kristiani, suaminya terjatuh daripada motosikal empat hari sebelum majlis perkahwinan mereka yang berlangsung semalam.
“Suami tidak boleh mengenakan baju pengantin kerana baru menjalani prosedur pembedahan pada bahunya. Dia baru saja keluar dari hospital,” katanya ketika dihubungi.
Elinda berkata, pada hari kejadian, suaminya dalam perjalanan membeli petrol sebelum pengsan secara tiba-tiba menyebabkan dia terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya.
“Kemalangan tidak melibatkan sesiapa hanya diri sendiri. “Alhamdulillah (pernikahan berjalan) lancar,” jelasnya.
Sikap Bertanggungjawab
Walaupun tidak nampak segak dan bergaya, pengantin itu menerima pujian netizen yang menyifatkannya sebagai lelaki bertanggungjawab.
“Hebat kerana jujur dan bertanggungjawab kepada majlis dan keluarga,” komen seorang pengguna.
“Mungkin ini disebut menikah kerana kemalangan,” gurau seorang lagi.
MW: Macam-macam hal. Walaupun baru sahaja kemalangan dan menjalani pembedahan, tetap rasa bertanggungjawab pada keluarga untuk meneruskan majlis.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...