Andai jodoh dah tertulis, perkenalan usia singkat juga berkekalan hingga ke jinjang pelamin walaupun hanya saling mengenali dalam tempoh dua bulan.Teka teki pelakon cantik Emma Maembong mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat akhirnya terjawab apabila selebriti ini selamat bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar, 32, dengan sekali lafaz pada satu majlis tertutup di Bukit Damansara, di sini, jam 11.58 pagi tadi.

Emma, 27, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail yang berwalikan bapanya, Ismail Embong dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohammad Akmal Abdul Aziz

Pada majlis itu, Emma menerima mas kahwin RM2,000 berserta senaskhah Al-Quran berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran dirahsiakan, manakala pihak perempuan menyerahkan tujuh dulang.

Majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.Selain adik-beradik Emma seperti Chacha Maembong, rakan artis lain yang hadir adalah Mawar Rashid,Uqasha Senrose, Alvin Chong, Aprena Manrose dan Oktovia Manrose.

Dua Bulan Saling Mengenali

Anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Ezuwan Ismail, Emma atau nama penuhnya, Fatimah Rohani Ismail bersyukur perancangan sejak beberapa bulan lalu dan impian mendirikan rumah tangga akhirnya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Tarikh nikah hari ini sangat cantik, jadi mengapa tidak kami abadikan sebagai detik bahagia saya dan suami.

“Pada Oktober tahun lalu, keluarga Shazli datang merisik dan selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat untuk berkahwin. Semuanya bagai tersusun cantik.

“Saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami menjadi pasangan suami isteri yang sah meskipun dalam perkenalan yang singkat. Insyallah fasa baru ini akan terus mematangkan saya dan Shazli,” katanya.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

IKLAN

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” katanya.

Dua Bulan Saling Mengenali, Pelakon Emma Maembong Selamat Bergelar Isteri
kredit foto: blackpepperproduction

Detik Perkenalan

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 2017 ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi pelakon, Uqasha Senrose.Namun, ketika itu, mereka hanya berborak kosong dan tidak pernah menjangka akan berlaku apa-apa.

“Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.

“Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

“Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon.

IKLAN

“Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri,” kata Emma.

Dua Bulan Saling Mengenali, Pelakon Emma Maembong Selamat Bergelar Isteri

Kesungguhan & Keberanian Shazli

Emma mengaku sikap, kesungguhan dan keberanian Muhammad Shazli antara yang memikat hatinya.

“Saya sukakan dia kerana dia sangat matang dan mementingkan keluarga. Dia juga enggan membuang masa dalam hubungan ini dan demikian juga saya.Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.”

“Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah,” katanya.

IKLAN

Emma Menepati Ciri Wanita Idaman

Dalam pada itu, Shazli menyifatkan Emma menepati ciri wanita idamannya disebabkan perwatakannya yang begitu tegas tapi baik.

“Apabila membuat keputusan, dia seorang yang tegas. Dia sentiasa utamakan keluarga dan tahu apa yang diinginkan dalam hidup.

“Dia juga memiliki hati yang sangat baik dan disenangi ramai kawan,” katanya.

Pasangan itu dijadualkan bakal mengadakan majlis resepsi di Putrajaya pada 7 Mac depan manakala majlis berinai akan diadakan sehari sebelum.

Terdahulu, Emma dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Mr S yang bekerja sebagai juruterbang dan bukannya daripada kerabat diraja.Emma dan suami menjalin hubungan cinta dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

MW: Tahniah dan selamat pengantin baru buat Emma Maembong dan suami. Selamat berbahagia dan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau dah jodoh, tertulis qada dan qadar, walaupun perkenalan singkat ditakdirkan berpanjangan dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Sumber:Hmetro, Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI