Dua Beradik Tunai Haji Di Usia Muda, Ibu Mula Daftar Haji & Menabung RM100 Sebulan Seawal Usia Anak 15 Hari

Share

Dua beradik tunai haji di usia muda, ibu mula daftar haji & menabung RM100 sebulan seawal usia anak 15 hari. Gembiranya hati bagi insan-insan yang terpilih menjadi duyufurrahman musim ini. Tahun ini seramai 31,600 ribu jemaah iaitu kouta asal telah diberikan kepada Malaysia berbanding hanya 14,306 pada tahun lalu.

Dua Beradik Tunai Haji Di Usia Muda

Di dalam puluhan ribu jemaah, dua beradik Farha Anisa dan Haiqal Aqashah dijemput menjadi tetamu Allah pada usia muda.

Hal ini dikongsikan oleh ibu mereka, Noor Azihan Sulaiman yang bertugas sebagai guru di facebooknya. Menurut Noor Azihan, dia mula mendaftarkan haji dan membuat tabungan untuk anak-anaknya seawal usia mereka 15 hari lagi iaitu selepas memperoleh surat beranak masing-masing.

Ini perkongsiannya :-

Ramai yang tanya saya, rahsia anak-anak dapat menunaikan haji pada usia yang muda.

Tak ada rahsia.

Saya dan Tabung Haji memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada award, boleh bagi la kat saya…

Seawal usia 15 tahun saya dah buka akaun TH. Masa tu ada pameran di sekolah dan saya singgah buka akaun di booth TH. Dari situlah bermulanya persahabatan saya dengan TH.

Ada duit RM5, saya pos ke TH Gerik. Begitulah yang saya lakukan masa zaman sekolah. Sehinggalah saya keluar mengajar, barulah saya buat potongan gaji secara tetap.

Sebelum berkahwin, sebelum ada anak, saya sudah membantu membuka akaun TH untuk anak-anak murid Tahun 1 saya. Masa tu kaunter TH dibuka pada setiap hari Sabtu di bangunan Arkeb MARA Lenggong.

Saya wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak murid. Kalau mereka masih ingat, setiap hari mereka akan menabung duit lebihan belanja sekolah mereka, sekupang dua kupang…

Masa tu mana ada media sosial macam sekarang. Nak ambil gambar buku catatan tabungan pun tak dapat. Kena guna kamera isi filem Kodak.

Apabila duit mereka cukup RM5 atau lebih, saya akan bawa ke kaunter TH. Sehingga mereka di Tahun 6, saya masih meneruskan usaha tabungan tersebut. Buku akaun TH mereka, saya pulangkan kepada mereka apabila mereka tamat tahun 6.

Kalaulah ibu bapa mereka prihatin pada masa itu dan membuat pendaftaran haji anak-anak mereka, tentu sekarang mereka semua sudah bergelar haji hajah terlebih dahulu daripada anak-anak saya.

Ibu Mula Daftar Haji & Menabung RM100 Sebulan Seawal Usia Anak 15 Hari

Jadi, tak ada hairanlah kalau saya membuka akaun TH anak-anak saya seawal usia mereka 2 minggu iaitu sebaik-baik sahaja mereka memperoleh surat beranak dan seterusnya mendaftarkan haji mereka.

Saat sebelum kedua beradik ini berangkat menunaikan haji musim ini. Bersama ahli keluarga yang menghantar

 

Kedua-dua anaknya dijemput menjadi tetamu Allah tahun ini. KIni berada di Madinah bersama jemaah lain

Target saya, sebulan RM100, setahun RM1200, sepuluh tahun RM12,000 simpanan bersih tidak termasuk bonus. Bermakna pada usia 10 tahun, mereka sudah cukup wang untuk mengerjakan haji.

2007, umur abang genap 10 tahun. Dia selalu ikut opahnya pergi kursus haji kerana pada tahun tersebut opahnya dapat tawaran mengerjakan haji. Dia bagi tau kawan-kawannya yang dia nak pergi haji.

Suatu hari saya terserempak cikgunya. Cikgu dia bagitau, Syaiful bagi tau semua orang yang dia nak pergi haji. Cikgunya kata,”Dia ingat senang-senang kot nak gi haji. Kalau tak ada duit, mana boleh pergi haji. Setakat pergi kursus je la.”

Saya senyum je. Tak jawab apa-apa pun. Tak la pulak saya bagi tau, duit dia memang dah cukup. Dia bagitau tu memang betul dia nak pergi haji sebab memang dah daftar pun haji dia masa tu.

Alhamdulillah, 6 tahun kemudian, pada usianya 16 tahun, Allah menjemput abang menjadi tetamu agung-Nya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- ‘10 Tahun Lalu Terpaksa Tolak.’ Kini Teruja Bakal Tunai Haji Bersama Suami, Madu

Pengalaman Tunai Haji Usia Muda, Paling Penting Pasang Niat, Rezeki Allah Cukupkan

Bagi Yang Tidak Berpeluang Tunaikan Haji, Rebutlah Kelebihan 10 Hari Awal Zulhijjah Ini

Zul Ariffin Berangkat Ke Mekah 10 Jun Ini “Dapat Pergi Haji, Cantiklah Saya Anggap Rezeki”

Lepas Peluang Tawaran Haji Kedua, Bukan TOLAK Rezeki Tapi Mahu Beri Peluang Orang Lain

Anak-anak memang sejak kecil lagi pulun mengaji dan nak khatam Quran cepat-cepat sebab mak ayah janji nak bawa umrah kalau semua dah khatam Quran.

Bukan paksa anak-anak tapi asbab itu jugalah mereka bersungguh-sungguh mengaji dan berguru.

Doa mama semoga anak-anak mama terus istiqomah dalam mengerjakan amal ibadat, mencintai rumah Allah dan mencintai agama Allah.

#hajiabglangkakak2023

#bawadoakamibersamakalian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Awal dan Scha Pening Dengan Perangai Anak Kedua..

Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya?  Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros