Dua beradik tunai haji di usia muda, ibu mula daftar haji & menabung RM100 sebulan seawal usia anak 15 hari. Gembiranya hati bagi insan-insan yang terpilih menjadi duyufurrahman musim ini. Tahun ini seramai 31,600 ribu jemaah iaitu kouta asal telah diberikan kepada Malaysia berbanding hanya 14,306 pada tahun lalu.
Dua Beradik Tunai Haji Di Usia Muda
Di dalam puluhan ribu jemaah, dua beradik Farha Anisa dan Haiqal Aqashah dijemput menjadi tetamu Allah pada usia muda.
Hal ini dikongsikan oleh ibu mereka, Noor Azihan Sulaiman yang bertugas sebagai guru di facebooknya. Menurut Noor Azihan, dia mula mendaftarkan haji dan membuat tabungan untuk anak-anaknya seawal usia mereka 15 hari lagi iaitu selepas memperoleh surat beranak masing-masing.
Ini perkongsiannya :-
Ramai yang tanya saya, rahsia anak-anak dapat menunaikan haji pada usia yang muda.
Tak ada rahsia.
Saya dan Tabung Haji memang tak dapat dipisahkan. Kalau ada award, boleh bagi la kat saya…
Seawal usia 15 tahun saya dah buka akaun TH. Masa tu ada pameran di sekolah dan saya singgah buka akaun di booth TH. Dari situlah bermulanya persahabatan saya dengan TH.
Ada duit RM5, saya pos ke TH Gerik. Begitulah yang saya lakukan masa zaman sekolah. Sehinggalah saya keluar mengajar, barulah saya buat potongan gaji secara tetap.
Sebelum berkahwin, sebelum ada anak, saya sudah membantu membuka akaun TH untuk anak-anak murid Tahun 1 saya. Masa tu kaunter TH dibuka pada setiap hari Sabtu di bangunan Arkeb MARA Lenggong.
Saya wujudkan tabung simpanan untuk anak-anak murid. Kalau mereka masih ingat, setiap hari mereka akan menabung duit lebihan belanja sekolah mereka, sekupang dua kupang…
Ads
Masa tu mana ada media sosial macam sekarang. Nak ambil gambar buku catatan tabungan pun tak dapat. Kena guna kamera isi filem Kodak.
Apabila duit mereka cukup RM5 atau lebih, saya akan bawa ke kaunter TH. Sehingga mereka di Tahun 6, saya masih meneruskan usaha tabungan tersebut. Buku akaun TH mereka, saya pulangkan kepada mereka apabila mereka tamat tahun 6.
Kalaulah ibu bapa mereka prihatin pada masa itu dan membuat pendaftaran haji anak-anak mereka, tentu sekarang mereka semua sudah bergelar haji hajah terlebih dahulu daripada anak-anak saya.
Ibu Mula Daftar Haji & Menabung RM100 Sebulan Seawal Usia Anak 15 Hari
Jadi, tak ada hairanlah kalau saya membuka akaun TH anak-anak saya seawal usia mereka 2 minggu iaitu sebaik-baik sahaja mereka memperoleh surat beranak dan seterusnya mendaftarkan haji mereka.
Target saya, sebulan RM100, setahun RM1200, sepuluh tahun RM12,000 simpanan bersih tidak termasuk bonus. Bermakna pada usia 10 tahun, mereka sudah cukup wang untuk mengerjakan haji.
2007, umur abang genap 10 tahun. Dia selalu ikut opahnya pergi kursus haji kerana pada tahun tersebut opahnya dapat tawaran mengerjakan haji. Dia bagi tau kawan-kawannya yang dia nak pergi haji.
Suatu hari saya terserempak cikgunya. Cikgu dia bagitau, Syaiful bagi tau semua orang yang dia nak pergi haji. Cikgunya kata,”Dia ingat senang-senang kot nak gi haji. Kalau tak ada duit, mana boleh pergi haji. Setakat pergi kursus je la.”
Ads
Saya senyum je. Tak jawab apa-apa pun. Tak la pulak saya bagi tau, duit dia memang dah cukup. Dia bagitau tu memang betul dia nak pergi haji sebab memang dah daftar pun haji dia masa tu.
Alhamdulillah, 6 tahun kemudian, pada usianya 16 tahun, Allah menjemput abang menjadi tetamu agung-Nya.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau teringin nak makan ala-ala pizza, mak-mak boleh cuba resipi pizzagardenia ini,mudah sangat. Jika selalu nak buat pizza kena uli dohnya dulu sebagai ‘base’ lapisan bawah, tapi kali ni mak-mak boleh guna kepingan roti je. Jadi kalau ada lebihan roti kat rumah tu, jemu hanya disapu jem atau dibakar begitu sahaja, mak-mak bolehlah cuba resipi ini iya.
Berikut resipi Pizzagardenia oleh Jewel Ecah sebagai panduan;
Tak sedap hati Dr Sheikh Muszaphar bila mana isterinya, Dr Halina maklumkan salah seorang bayi kembarnya tak bergerak atau menendang pada malam hari itu. Selalunya, waktu malam itulah kembarnya jadi paling aktif.
Sebelumnya, dua orang anak kembar lelakinya, Adam dan Noah bermain berdekatan ibu mereka. Secara tak sengaja telah terjatuh ke atas perut Dr Halina. Dan bukan jatuh biasa-biasa, tapi terjatuh dengan kuat.
Rentetan itu, Dr Halina cuma mendiamkan diri saja, sehinggalah dia memaklumkan pada suami yang salah seorang kembarnya tak bergerak apatah lagi menendang dalam tempoh dua jam selepas kejadian.
“Hati pun tak sedap..” kata Dr Sheikh Muszaphar, sebab biasanya malam hari itulah kembarnya paling aktif bergerak terutama bayi kembar perempuannya.
Alhamdulillah.. Denyutan Jantung Bayi Kembar Dapat Dikesan
Sesegera mungkin mereka bergegas ke jabatan kecemasan seawal jam 1 pagi itu juga. Dia punya debar, sehinggakan 20 minit pemanduan itu terasa begitu panjang sekali.
Masing-masing berdoa dalam hati, sehinggakan Dr Halina mengalirkan air mata tangisan.
Sebaik tiba, ujian ultrasound dilakukan secepatnya. “Alhamdulillah, denyutan jantung keduanya dapat dikesan.” Dan scan lain akan dibuat sekali lagi untuk memastikan kedua-dua kembar dalam keadaan sihat dan selamat.
Dr Sheikh Muszaphar menyucapkan syukur kepada Allah. “Tak dapat membayangkan jika sesuatu terjadi pada bayi kembar yang belum dilahirkan ini dan anak-anak kami – minta Allah jauhkan. Nauthu Billah – “
Pesan Dr Sheikh Muszaphar Buat Ibu Hamil Di Luar Sana
√ Buat para ibu hamil di luar sana, jangan sesekali mengambil mudah atas sesuatu yang berlaku. Ikutlah kata hati ibu, apatah lagi ibu lebih tahu gerak hatinya.
√ Pastikan bayi dalam kandungan menendang dengan baik, sekurang-kurangnya 10 kali tendangan dalam sejam.
√ Jangan berlengah jika perlu pergi ke hospital.
√ Setiap hal yang jadi itu amatlah bermakna. Dalam apa juga keadaan, ibu hamil perlu ada pengetahuan tentang bayi yang bakal dilahirkan.
√ Sentiasalah menjangkakan sesuatu yang takkan anda jangkakan.
√ Suami perlu sentiasa ada di sisi isteri setiap masa untuk saling menyokong. Kerana hal-hal sebegini boleh jadi kepada sesiapa pun.
Mohon Dr Sheikh Muszaphar agar mendoakan isterinya menjalani kehamilan yang tenang dan lancar.
MW :Situasi cemas sebegini sememangnya boleh jadi pada ibu hamil, antara lain jatuh terduduk dan sebagainya. Jika alami keadaan sedemikian, cepat-cepatlah ke hospital ya. Dan seperti pesan Dr Sheikh Muszaphar.. suami sentiasalah ada dengan isteri anda yang sedang sarat hamil itu.
Pokok hiasan jenis berdaun besar ini antaranya pokok ketapang, pokok monstera menjadi kegilaan peminat dekorasi hiasan dalaman. Tapi nak beli sepokok tu mahal sungguh, mencecah ratusan ringgit.
Berbekalkan idea kreatif, Puan Mazidah Mzin hasilkan sendiri pokok monstera yang cantik ini dengan berbekalkan modal RM23 saja. Ada 2 versi DIY pokok hiasan yang dikongsikan dalam ini. Satu jenis batang tinggi, dan satu lagi jenis batang rendah.
“Nak beli pokok ini memang mahal gile kat area Klang ini. Nak go cowboy jauh-jauh semua. Paling murah pun RM80 kat Klang ini. Dah lama sangat mengidam sampai makan tak lalu mandi tak basah. Akhirnya saya dapat idea buat jelah sendiri.”
Yang nak mencuba boleh ikut step by step yang dikongsikan ini. Modal hasilkan pokok hiasan ini = RM23.
1. DIY Pokok Monstera Jenis Tinggi
Tadaaaaa dah siap. Cantikkan, Nangislah tokey cowboy macam ni.
2. DIY Pokok Monstera Jenis Batang Rendah
Haa.. pacak-pacak je batang daun tu sesedap rasa. Then saya beli batu kat kedai RM2. Hias-hias je tutup suratkhabar tu. Siap.
Senang sangat kan mak-mak. Hasilnya pun puas hati. Paling penting tak keluar modal besar sangat. Rajin dengan tak rajin je mak-mak.
Ini dah ditunjukkan caranya, ada masa bolehlah mak-mak cuba buat dekat rumah sendiri. Cantik sungguh letak di ruang tamu kediaman mak-mak kelak.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.